Teknik UrutBerbagai Teknik Urut.

Dengan mengetahui jenis urut dan mengurut orang, akan boleh menjadi tukang urut yang mahir, tidak sekadar asal urut. Sebab tiap teknik mempunyai manfaat atau daya sembuh yang berbeza.

Senarai Teknik Urut Yang Terdapat.

1.Urut Ramas : Iaitu dengan menggunakan telapak tangan dan kelima jari untuk meramas sambil mengurut. Teknik urut ramas ini biasa digunakan untuk mengurut bahagian hujung bahu, siku, lutut dan permukaan kulit yang cembung. Untuk mencapai taraf profesional anda harus selalu melatih tangan dan jari-jari anda mengurut dengan teknik urut ini.

2. Urut Tarik : Jari-jari termasuk ibu jari digunakan untuk menekan jaringan otot kemudian ditarik perlahan-lahan dan dileaskan lagi. Teknik urut ini untuk mengendurkan otot yang terlalu tegang atau kejang.

3. Urut Cepit : Ibu jari dan keempat jari lainnya digunakan untuk menyepit. Ibu jari menekan manakala jari lainnya sebagai penahan.

4. Urut Cubitan Dua Jari : Teknik urut ini menggunakan jari tengah dan jari telunjuk yang dibengkokkan. Teknik urut ini digunakan untuk menarik otot-otot kecil yang letaknya tersembunyi seperti di bawak ketiak. Untuk melatih kedua jari ini agar mahir dan kuat, maka berlatihlah dengan menyepit paha anda sendiri yang berseluar jean tebal.

5. Urut Cubitan Lima Cari : Dengan kelima jari untuk digunakan sebagai penyepit daging atau jaringan otot. Daging atau otot disepit atau dicubit, lalu ditarik perlahan-lahan. Teknik urut ini biasa digunakan untuk mengurut bahagian paha atau sisi pinggang.

6. Tekanan Muka Ibu Jari : Iaitu dengan menggunakan urutan yang bertumpu pada muka ibu jari. Perhatikan, jangan sampai keliru, bukan hujung ibu jari. Arah tekankan tegak lurus pada tempat yang diurut. Teknik urut ini juga memerlukan latihan yang intensif. Gunakan paha berkain tebal untuk ditekan-tekan sewaktu latihan.

7. Tekanan Hujung Ibu Jari : Urut tekanan hujung ibu jari ini dengan menggunakan tekanan yang bertumpu pada hujung ibu jari. Arah tekanan harus tegak lurus pada kawasan yang diurut.

8. Muka Tiga Jari : Inilah teknik urut yang dalam istilah Jawa disebut urut unyeng. Iaitu dengan menekankan muka tiga jari: jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Setelah ketiga muka jari itu menekan lalu di goyang memusing.

9.Tekanan Tiga Jari : Ingat jangan sampai salah. Ini tekanan tiga jari iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Bukan urut unyeng! Teknik urut ini hampir sama dengan teknik nombor 8 tapi berbeza. Perbezaannya, teknik urut ini tidak perlu di goyang memusing. Persamaannya iaitu sama-sama menggunakan muka tiga jari. Bukan hujungnya.

10. Urut Muka Ibu Jari : Caranya dengan menggunakan muka ibu jari untuk menekan, setelah ditekan didorong menggeser permukaan kulit. Biarpun tampaknya sederhana tetapi harus melatih teknik urut ini dengan sungguh-sungguh dan tepat.

11. Pangkal Telapak Tangan : Sesuai dengan namanya, teknik urut ini menggunakanpangkal telapak tangan untuk bertumpu. Arah urutan agak condong 70 darjah dari permukaan kulit yang diurut.

12. Tarikan Empat Cari : Iaitu dengan menggunakan empat jari selain ibu jari untuk menarik kawasan urut iaitu menggeser kawasan urutnya.

13. Urutan Pangkal Telapak : Iaitu sebuah teknik urut yang menggunakan pangkal telapak tangan untuk menggeser permukaan kawasan urutan dengan cara mendorong ke depan.

14.Urutan Tiga Jari : Iaitu dengan tiga jari: jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Mula-mula ketiga jari itu menekan kemudian menarik dan menggeser permukaan yang diurut.

15. Memilin : Kedua tangan digunakan, ibu jari mengadap ke jari lainnya dan memilin kulit. Perhatikan posisi jari telunjuk pada gambar, ibu jari selalu diletakkan di atas kedua jari telunjuk. Walau sebutannya hanya memilin atau melintir tapi dalam praktiknya teknik ini adalah gabungan dari gerak memilin, mengangkat, memutar, menekan dan menarik. Teknik urut ini biasanya digunakan di punggung bahagian bawah.

16. Urut Uleg : Tangan digenggamkan, ibu jari dilipat ke dalam dengan buku jari menonjol seperti. Posisi tangan digerakkan tegak lurus pada tubuh dengan gerakkan menggelinding. Teknik urut ini digunakan pada bahagian; paha, punggung, lekukan siku dan lutut dan leher bahagian belakang.

17.Urut Cengkeram : Sebenarnya lebih tepat disebut cubitan seluruh jari. Gerakannya adalah mencubit ke arah depan dengan menggunakan jari dan telapak tangan. Teknik urut ini akan menimbulkan warna merah pada sasaran urut. Jari tangan berhadapan dengan ibu jari. Teknik urut cengkeram ini sangat berguna untuk meredakan pembengkakan. Biasanya dilakukan pada kelompok otot atau urat daging. Arah gerakan; dari bawah ke atas atau sebaliknya.

18. Urut Tekanan Cepat : Yang dimaksudkan dalam tekanan cepat adalah teknik urut dengan menggunakan ibu jari, telapak tangan atau bahagian depan tangan yang digenggam. Biasanya menggunakan dua tangan. Untuk kawasan urut yang luas sebaiknya menggunakan kedua telapak tangan. Daerah kepala atau kening sebaiknya menggunakan ibu jari. Daerah punggung sebaiknya menggunakan kepala tangan. Tekanan tergantung pada daerah yang dirawat; dimulai dari tekanan awal yang ringan kemudian mulai keras dan berat diakhiri dengan tekanan ringan lagi. Teknik urut ini dilakukan pada kening, dada, perut dan punggung.

19. Cubitan Kuat : Iaitu tekanan pada satu titik dengan cara mencubit kuat-kuat; menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Teknik urut ini biasa dilakukan pada pesakit semasa keadaan tertentu. Misalnya pada saat pesakit pengsan.

20. Urutan Gosok : Urut gosok hanya dilakukakan sekadar terasa. Dilakukan pada tempat yang terasa sakit dan sekitarnya. Caranya dengan menggunakan telapak tangan dan ibu jari atau hujung jari lainnya. Boleh juga menggunakan kedua telapak tangan secara bersamaan. Teknik urut gosok ini biasa digunakan untuk menghilangkan pedih pada luka.

21. Urut Lima Jari : Iaitu dengan menggerakkan kulit di atas jaringan dengan hujung dan permukaan jari tangan. Teknik urut ini dlakukan di daerah yang lembut, seperti di bahagian; rongga perut, bahagian atas, kaki, pinggang, punggung bahagian bawah dan pinggul. Teknik urut ini harus dilakukan searah dengan otot dan tulang.

Teknik Urut Yang Digunakan Bersesuaian Dengan Keadaan.

Kesemua teknik urut di atas mempunyai faedah dan keberkesanannya yang tersendiri berdasarkan keadaan serta anggota badan yang diurut. Ada anggota badan kita yang tidak sesuai dikenakan sesuatu teknik urut.

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!