Rawatan Urut Seluruh Badan

Urut: Rawatan Tradisional Yang Harus Diwarisi.

Teknik mengurut tidaklah sesenang yang kita gambarkan.Urut mempunyai kaedah yang standard yang semestinya diikuti untuk membuahkan satu hasil yang terbaik.Terdapat tukang urut yang mempunyai ilmu urut yang diperolehi @ diwarisi dari salasilah keluarga mereka tetapi masih ingin belajar urut dari kelas urut yang standard dan khusus.

Tujuan urut yang utamanya adalah untuk mengelokkan/melancarkan/memperbetulkan peredaran darah iaitu darah yang melalui pembuluh darah.Pembuluh darah ini dibaratkan sebagai sungai atau parit yang dilalui air iaitu bilamana sungai atau parit itu tersekat oleh dek sampah sarap,maka aliran tersebut tidak lancar dan memberi kesan kepada system perparitan tersebut.Pembuluh darah tersebut,bilamana tersekat maka pelbagai penyakit akan timbul.Halini disebabkan jaringan dan otot tubuh kekurangan oksigen,mineral dan makanan yang berkhasiat kerana darah tidak dapat dikirim atau lambat sampai.Akibatnya,seseorang itu akan rasa nyeri,lenguh,letih dan lelah.Jika hal ini berlarutan,akan timbul pelbagai penyakit kronik yang mula tumbuh sedikit demi sedikit. Untuk mengelak perkara ini,urutan perlu dilakukan ditempat yang berketul tadi untuk membuang angin/sampai sarap yang mengganggu aliran tadi.

Cara Urut Yang Sebenar.

1-Menggunakan ibu jari atau jari-jari tangan. 2-Dengan biji salak.

Masa Sesuai Untuk Rawatan Urut.

1-5 minit sesudah/sebelum makan. 2-Orang yang diurut berada dalam situasi sihat (kalau demam tidak digalakkan). 3-Waktu pagi @ petang. 4-Jangan dapatkan  rawatan urut bagi orang yang menghidapi penyakit kronik atau semasa demam panas.

Cara-Cara Untuk Mengenali Seseorang Tukang Urut Pakar.

Seseorang pesakit boleh menilai seseorang tukang urut tersebut berdasarkan kesan selepas urutan tadi.Kesan rawatan daripada tukang urut yang mahir akan memberikan satu perubahan yang baik iaitu seluruh badan akan menjadi bertambah sihat,bertenaga dan segar.Badan juga tidak terlibat dengan lebam dan luka-luka akibat terkena kuku tukang urut tadi dan juga tempat yang lenguh tidak akan menjadi semakin lenguh/sakit.

Tukang urut tidak pakar dapat dilihat dari segi:

1. Kukunya yang panjang.

2. Posisi tukang urut tersebut seringkali berubah-rubah dalam waktu singkat dan tidak ‘cool’ semasa mengurut.

3. Pesakit yang menerima rawatan urut tersebut seringkali mengeluh sakit.

4. Pesakit akan merasa lebih lebih sakit,penat dan letih selepas rawatan urut tersebut.

5. Ada tanda lebam,calar dan luka pada badan pesakit tersebut akibat dari tekanan yang terlampau kuat dan juga terkena kuku jari.

6. Selalu mematah-matahkan sendi pada suatu tahap yang dikira melebihi apa yang sepatutnya.

7. Mengurut pesakit yang terseliuh,tukang urut ini tidak mencari tempat punca terjadinya seliuh tadi.Tanpa melihat,dia akan terus urut pada tempat yang bengkak kebiruan tersebut.

Ada 3 posisi bagi pesakit semasa diurut iaitu pesakit meniarap,pesakit terlentang dan pesakit duduk.

Semasa Pesakit Meniarap,Apa Yang Perlu Diurut Adalah:

1-Bahagian tapak kaki. 2-Betis dan labu betis. 3-Belakang paha. 4-Punggung serta pinggang. 5-Belakang. 6-Belikat. 7-Belakang lengan.

Semasa Pesakit Terlentang,Apa Yang Perlu Diurut Adalah:

1-Betis di sisi tulang kering. 2-Paha dalam dan luar. 3-Perut. 4-Rusuk dan sudu hati. 5-Lengan dan ketiak. 6-Buah dada. 7-Muka/mata/pipi.

Semasa Pesakit Duduk,Apa Yang Perlu Diurut Adalah:

 1-Bahu serta leher. 2-Kepala dan belakang leher. 3-Tangan,tapak tangan dan jari.

Mengenal Pasti Keadaan Urat Saraf.

Hal ini penting bagi sesiapa yang ingin menjadi tukang urut. Seseorang yang mahu menjadi tukang urut mestilah mengetahui hubungkait sesuatu saraf dengan anggota badan lain. Contohnya jika seseorang pesakit itu mengatakan dia tersalah bantal,iaitu tidak boleh memusingkan kepala ke kiri serta ke kanan selepas bangun dari tidur.Seseorang tukang urut mesti mengetahui hubungkait masalah tadi dengan saraf dari anggota badan yang lain.Masalah urat leher seperti ini berkaitan dengan urat di bawah tulang belikat.Tukang urut tersebut mesti urut urat tersebut supaya urat yang tegang tersebut hilang atau kendur.Kemudian dengan perlahan-lahan,urut pula di urat bahu dan leher.

Megetahui Beza Antara Tulang Dan Urat.

Dalam rawatan urut,salah satu perkara yang mesti dititikberatkan adalah keselesaan kepada pesakit yang diurut.Jika urut sakit,akan menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit tersebut dan malah lebih teruk lagi jika selepas rawatan urutan tadi,sakit tersebut dirasai berhari-hari.Oleh itu,seorang tukang urut mesti tahu merasai dan membezakan antara urat yang hendak diurut dan tulang.Ada juga tulang yang lembut dianggap urat oleh seorang tukang urut.Seperti tulang lembut berhampiran dan bawah tulang belikat.Jika tidak tahu menilainya,ini akan menimbulkan kesakitan yang teramat oleh pesakit dan matlamat penyembuhan menjadi sebaliknya.

Jenis Urat Yang Terdapat Di tubuh.

Jenis urat yang terdapat di dalam tubuh manusia dikategorikan kepada 2 jenis mengikut pengalaman tukang urut itu sendiri. Yang pertama adalah yang menyebabkan lenguh,sakit atau tegang.Urat ini diklasifikasikan kepada urat yang urat tegang yang baru terjadi dan urat tegang yang telah lama bengkak dan keras.Jenis urat yang kedua adalah urat paralysis iaitu urat bagi orang strok /mati sebelah tubuhnya.Kesemua urat tersebut sememangnya boleh dinilai atau dirasai dengan jari bagi seorang tukang urut pakar. Sememangnya urat bengkak yang baru terbentuk amat mudah dihilangkan tetapi urat yang sudah lama bengkak memakan masa lama sedikit untuk dihilangkan.Kesemua urat jenis ini akan menyebabkan masalah lenguh-lengu,sakit,nyilu dan gatal di anggota terlibat.Akibat tersebut akan menjadi bertambah lagi pada waktu selepas hubungan seks dan badan terkena hujan. Hospital tidak dapat merawat ini semua kecuali dengan hanya melalui rawatan urut.

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!