• Sharebar

 Posisi UrutBerbagai Posisi Urut.

Posisi urut ini ikut menekankan kesan ke atas pengurutan, kerana itu sewaktu berlangsungnya pengurutan posisi urut untuk badan pesakit harus diatur sedemikian rupa, tepat dan benar. Pesakit hendaknya mengendurkan tali pinggang, tanggalkan pakaian dan tubuhnya rileks. Secara tradisional pesakit biasanya hanya memakai kain tipis seperti pelikat dan sebagainya.

1. Posisi Urut Bahagian Leher.

Pesakit tidur mengiring. Pengurut menahan kestabilan sementara tangannya yang lain untuk mengurut. Boleh juga posisi pesakit duduk di pembaringan.

2. Posisi Urut Bahagian Perut.

Pesakit tidur terlentang dengan mulut agak menganga. Kedua tangan diletakkan di samping tubuh. Lutut dibengkok ke atas agar perut tidak terlalu tegang. Pengurut menjaga keseimbangan tubuhnya dengan membengkokkan satu lutut, tubuhnya agak condong ke depan dengan lengan agak lurus.

3. Posisi Urut Bahagian Pundak.

Pesakit duduk di pembaringan. Pengurut membengkok satu kakinya ke belakang, sedang kaki lainnya dibengkok sambil menahan punggung pesakit.

4. Posisi Urut Bahagian Punggung.

Pesakit tidur meniarap dengan bantal menahan dada. Pengurut membengkok satu lutut sambil menjaga keseimbangan.

5. Antara Punggung Dan Pinggang.

Bahagian ini tidak boleh sembarangan dalam mengurut, maksudnya pengurut tidak boleh diam di satu tempat dan hanya tangannya saja yang bergerak atau berpindah dari punggung ke pinggang atau sebaliknya. Setiap penggantian dari punggung ke pinggang posisi pengurut harus ikut bergeser.

6. Bahagian Kaki.

Pesakit tidur terlentang atau meniarap, pengurut membengkok satu lutut atau duduk bersimpuh untuk mengurut.

Tahap Pengurutan.

Tahap atau ukuran pengurutan adala kadar kekuatan sewaktu mengurut bahagian-bahagian tubuh. Ada bahagian tubuh yang harus diurut sekuat tenaga. Ada yang cukup kuat. Agak kuat atau sekadar bahagian tubuh terasa, ada yang mengistilahkannya dengan usapan. Untuk mengukur kekuatan anda, boleh menggunakan alat timbangan sehingga anda dapat menentukan kekuatan urut anda.

Sebagai contoh di bawah ini dibuatkan tahap kekuatan :

Kategori Urut Ukuran:

  • Urut sekuat tenaga – 10
  • Urut sekuat tenaga – 9
  • Urut sekuat tenaga – 8
  • Urut sekuat tenaga – 7
  • Cukup kuat (Setengah tenaga) – 5
  • Cukup kuat (Setengah tenaga) – 4
  • Cukup kuat (Setengah tenaga) – 3
  • Cukup kuat (Setengah tenaga) – 2
  • Usapan sekadar terasa – 1

Posisi urut adalah amat penting untuk memberi keselesaan kepada pesakit dan ianya juga dapat menjamin keberkesanan satu satu urutan tersebut. Jika posisi urut tidak bertepatan dengan jenis urut, ini akan memberi suasana ketidakselesaan dan berkemungkinan ia akan meninggalkan rasa sakit terhadap pesakit tadi. Seharusnya tukang urut pakar mementingkan cara urut, jenis urut dengan posisi urut.

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!