42 23707040rok Masuk AnginPenyakit Masuk Angin.

Penyakit masuk angin disebut juga sebagai penyakit lambung. Masuk angin ini adalah akibat dari kelalaian seseorang mengatur makan, tidak makan dengan teratur, makan yang dikunyah tidak lumat, makan terlalu berlebihan terutama makanan pedas dan asam. Akibatnya bahagian atas perut terasa mual serta pedih terutama jika perut sedang kosong atau terlalu banyak berisi.

Suruhlah penderita masuk angin berbaring terlentang, semua otot dikendurkan. Mulai mengurut bahagian jejari kaki, kiri dan kanan. Gunakan teknik urut cepit. Setelah itu urutlah celah di antara tulang jari kaki dengan teknik yang sama, masing-masing 1 minit untuk satu kaki.

Berikutnya urut bahagian tendon achiles dengan kekuatan 6.

1. Selanjutnya urut bahagian betis dari bawah ke atas. Gunakan teknik urutan pangkal telapak selama 1 minit dengan kekuatan 6.

2. Lanjutlah dengan mengurut bahagian lakukan kaki ke atas betis dengan teknik urut muka tiga jari selama setengah minit dengan kekuatan 7.

3. Langkah berikutnya adalah tangan pesakit masuk angin tersebut. Mulailah mengurut bahagian hujung jarinya. Caranya sama dengan pengurutan pada kaki. Cuma saja anda harus mengurangi kekuatan urut. Tentu pengurutan pada tangan harus lebih ringan daripada ketika mengurut kaki.

4. Sesudah jari-jari tangan, urutlah titik di dekat pangkal ibu jari dengan teknik urut cepit kekuatan 6 selama 2 minit.

5. Selanjutnya urut titik di dekat siku bahagian dalam. Gunakan teknik urut cepit dengan kekuatan 6 selama 1 minit.

6. Kemudian urut bahagian bawah hujung tulang selangka dengan teknik urut muka tiga jari selama 2 minit dengan kekuatan 5.

7. Berikutnya pesakit masuk angin berbaring meniarap. Kedua tangannya menjulur ke atas. Urut daerah di samping ketiak bahagian belakang dengan urutan muka tiga ibu jari dengan kekuatan 6 selama 3 minit.

8. Masih dengan teknik urut masuk angin yang sama, sekarang urutlah bahagian di pinggir tulang belikat selama 2 minit dengan kekuatan 5. Jangan lupa urutlah bahagian kiri dn kanan secara merata.

9. Rawatan yang terakhir adalah mengurut bahagian sela-sela tulang rusuk ke 6 dan ke 7 (dihitung dari tulang rusuk paling atas). Gunakan urut muka tiga ibu jari selama 2 minit dengan kekuatan 4.

Urut Masuk Angin Tambahan.

Jika masalah masuk angin tergolong berat maka ada beberapa urutan masuk angin tambahan. Pertama urut bahagian bawah ketiak. Gunakan urut jari dengan kekuatan 4 selama 2 minit, waktu mengurut arahkan pada bahagian dada. Sebaiknya berbaring miring.

Urut masuk angin tambahan berikutnya adalah bahagian kaki. Urut bahagian telapak kaki dengan teknik urut tekanan hujung ibu jari selama 3 minit dengan kekuatan 8. Mulai dari tengah telapak kaki menuju ke atas iaitu bahagian lekuk telapak kaki.

Urut pada bahagian ini akan terasa menggelikan tapi usahakan pesakit masuk angin anda bertahan. Boleh anda mulai dengan kekuatan paling rendah kemudian beransur-ansur ke tekanan yang agak kuat.

Ramuan Untuk Masuk Angin.

Perawatannya: Sambil diberi rawatan, pesakit masuk angin hendaklah menjaga makan. Tetapi harus makan setiap waktu makan. Makan makanan yang baik atau biskut bila terasa mual pada ulu hati.

Caranya: Setengah sudu teh jintan, setengah ruas ibu jari kencur yang ditumbuk hingga halus, kemudian direndam dengan air mendidih sebanyak suku gelas. Minumlah selepas makan.

Jika pesakit ada gejala mengeluarkan darah, tidurlah dengan segera dan jangan bergerak. Beri susu dan air beras. Beri makanan bubur halus dan lembut serta sari kacang hijau. Jangan dimakan panas-panas. Jaram padaa bahagian ulu hati dengan menggunakan air dingin. Berehatlah selama satu atau dua minggu.

Ini adalah resepi paling murah dan dapat dilakukan oleh siapa saja. Syaratnya anda tidak boleh menganggap seperti resepi. Dan tekunlah mengerjakannya. Terutama bagi mereka yang sering terkena masuk angin, maka biasakanlah minum air putih bersih (tentu saja sudah dimasak). Boleh juga menggunakan air mineral semacam Agua. Minumlah air bersih tersebut setiap pagi hari sesudah bangun tidur dan sebelum anda makan apa-apa atau minum apa-apa. Insya Allah anda sembuh dengan resepi ini. Semua penyakit ada ubatnya termasuk masalah masuk angin.

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!