Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • Sumo

Lelah Menghilangkan Rasa Lelah.

Ini sebenarnya termasuk urut dasar.Maksudnya berbagai penyakit dapat diringankan penderitaannya dengan teknik urut menghilangkan rasa lelah ini.

Langkah Pengurutan Terhadap Pesakit Lelah.

1. Pesakit lelah baring meniarap. Pertama urutlah jari-jari kaki pesakit lelah tersebut dengan teknik urut cepit dengan kekuatan sederhana sahaja. Lakukan selama 2 minit untuk setiap kaki.

2. Selanjutnya urutlah semua celah di antara tulang jari kaki pesakit lelah dengan kekuatan sedang (setengah tenaga = 5) selama 2 minit setiap kaki.

3. Selanjutnya urut di daerah atas tendon achiles. Kadar kekuatan 6 selama 1 minit.

4. Sudah itu urutlah bahagian betis belakang pesakit lelah dengan urutan pangkal telapak. Cara mengurut dari bawah hingga ke lekukan lutut. Kekuatan urut 6. Tiap kaki 1 minit.

5. Urut juga seluruh paha pesakit lelah bahagian belakang.

6. Selanjutnya urut daerah atas pantat dengan teknik urut muka tiga jari. Gunakan kekuatan 5 sampai 1 minit.

7. Selanjutnya urut bahagian tangan pesakit lelah. Mula-mula urut semua jari dan celah di antara tulang jejari seperti tadi mengurut kaki.

8. Sesudah itu urut tengah-tengah telapak tangan pesakit lelah dengan teknik urut cepit dengan kekuatan 4 selama1 minit.

9. Lalu urut bahagian bawah siku pesakit lelah tersebut, baik sisi luar mahupun dalamnya. Gunakan teknik urut cepit selama 2 minit dengan kekuatan 6.

10.Berikutnya gunakan teknik urut muka tiga jari untuk mengurut belakang ketiak pesakit lelah tersebut selama 1 minit dengan kekuatan 6.

11.Kini teruskan dengan mengurut bahagian punggung dan tengkuk pesakit lelah tersebut. Mula-mula gunakan teknik urut ramas di kedua hujung bahu dengan kekuatan 5 selama 1 minit. Sudah itu dengan teknik urut cepit selama 1 minit dengan kekuatan 6. Lalu gunakan teknik urut muka tiga jari selama 1 minit dengan kekuatan 5 pada celah di samping kedua tulang belikat. Selanjutnya jika pesakit lelah itu menderita tekanan darah rendah urutlah bahagian tekuk dengan teknik urut cepit dari bawah lalu ke atas kepala. Jika mempunyai tekanan darah tinggi urut dulu bahagian kepala lalu ke bawah.

12.Terakhir urutlah bahagian dada pesakit lelah tersebut. Gunakan teknik urut, muka ibu jari. Lakukan selama 2 minit dengan kekuatan 4. Ingat pengurutan dilakukan dengan cara serentak. Gunakan kedua tangan anda untuk mengurut dada kanan dan kiri sekaligus. Caranya mengurut dari tulang dada lalu menepi sampai ke tepi dada di bawah ketiak.

Ramuan Tradisional Untuk Menghilangkan Rasa Lelah.

Siapkan ramuan di bawah ini :

  • 15 gram Sembunglegi.
  • 15 gram Widara Putih.
  • 15 gram Temulawak.
  • 10 gram Selamagi.
  • 10 gram Jahe.
  • 10 gram Remujung.
  • 30 gram Daun Pegagan.
  • 50 gram Kayu Manis.
  • 39 gram Daun Jintan.
  • 20 gram Kencur.
  • 5 gram Daun Besaran.
  • 400 cc air.

Caranya : Direbus, tapi jangan terlalu lama, boleh dibubuh sedikit madu.

Teknik urutan dan ramuan tradisional ini adalah amalan yang diamalkan terbukti dapat meringankan seterusnya memulihkan penyakit lelah. Jadi dapatkanlah rawatan urut seluruh badan. Dalam rawatan urut seluruh badan itu, pesakit lelah akan diurut di bahagian dada dan sisi dada untuk meringankan sedikit penyakit lelah tersebut.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!