Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • Sumo

Jenis Massage Jenis-Jenis Massage.

Pada pendapat saya, urut dan picit sebenarnya membawa maksud yang agak berlainan dalam konteks praktikal. Namun begitu, sekiranya anda membuka kamus Inggeris, anda akan mendapati ianya membawa erti yang sama. Akan tetapi pad hakikatnya, picit sebenarnya tidal lebih daripada perbuatan cubit, Cuma berbeza dari segi penggunaan anggota. Kalaulah cubit menggunakan dua potong jari, iaitu ibu jari dan jari telunjuk, sedangkan picit menggunakan kesemua jari yang merangkumi pergerakan seluruh tapak tangan. Oleh hal yang demikian tidak hairanlah jika kaedah mengurut atau picit agak berbeza-beza di antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Dalam bahasa Inggeris, picit dan urut membawa maksud dan sebutan yang sama iaitu, “Massage”. Sebenarnya konsep massage itu sendiri telah menimbulkan tanggapan yang salah di kalangan sesetengah pihak di Malaysia. Hal ini terjadi kerana terlalu banyak pusat-pusat atau kedai massage yang diusahakan oleh wanita atau gadis-gadis sedangkan maksud massage itu ialah picit, bukannya urut. Walau bagaimanapun ringkasnya dalam perbincangan ini, biarlah kita samakan sahaja maksud massage, picit ataupun urut.

Bila dibuat tinjauan di beberapa tempat di bandar-bandar besar, jelas membuktikan bahawa massage itu terbahagi kepada beberapa kategori yang berlainan maksud dan tujuan, dan diusahakan oleh golongan yang berlainan jantina di tempat yang berbeza-beza.

Hasil tinjauanyang telah dibuat selama beberapa bulan di bandar-bandar tempat di sekitarnya mendapati bahawa beberapa jenis urut yang disebut massage telah dikendalikan oleh pihak-pihak dan tempat-tempat yang tertentu. Kita dapati bahawa tidak kurang daripada tujuh jenis Massage yang berlainan cara dan tujuan, yang dikumpulkan kepada dua kumpulan kategori. Kategori pertama dinamakan sebagai “Enjoy Massage” yang merangkumi tiga jenis massage yang terdiri daripada muka serta kepala, badan, dan betis serta paha. Manakala kategori yang kedua pula ialah “Health Massage” yang merangkumi empat jenis massage seperti, Tradisional Massage, Massage Tenaga Batin, Massage Tapak Kaki dan Massage Kebatinan.

Di sana nanti anda akan dapat memilih yang mana satu jenis urut yang menjadi idaman anda. Sekiranya seluruh badan terasa penat atau letih, Tradisional Massage adalah pilihan utama. Sekiranya keupayaan seks anda terlalu lemah, maka Marital Bliss Massage atau Massage Tenaga Batinlah patut diutamakan. Jika and inginkan kepada bersuka-suka maka pergilah ke tempat yang terdapat Body Massage. Di bawah ini diturunkan carta kedudukan jenis-jenis massage yang ada di Malaysia yang saya tahu.

Berpandukan kepada rajah 3, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Malaysia mungkin salah satu negara yang mempunyai berbagai jenis massage. Sehubungan itu ada baiknya jika saya huraikan secara ringkas ciri-ciri rupa bentuk bagaimana massage-massage tersebut dikendalikan.

Perlu dijelaskan, umumnya mengetahui bahawa Health Massage ini biasanya dikendalikan oleh orang-orang lelaki, walau bagaimanapun, Tradisional Massage adakalanya dikendalikan oleh bidan-bidan kampung yang sudah tua. Manakala Enjoy Massage pula, biasanya dikendalikan oleh wanita-wanita atau anak gadis atau pondan.

Senarai Jenis Massage.

Tradisional Massage.

Kebanyakan jenis massage ini dikendalikan oleh orang lelaki kepada pelangga lelaki. Cara jenis massage ini ialah dengan menggunakan minyak, dilumur pada badan pelanggan, ditolak dan ditekan dengan menggunakan jari, tapak tangan, lengan, siku, tapak kaki, atau tumit. Cara-cara jenis massage ini ialah bermula dari tapak kaki hingga ke kepala. Tegasnya, seluruh badan perlu dimassage.

Marital Bliss Massage.

Jenis massage ini juga perlu menggunakan minyak, ianya banyak bertumpu di sekitar zakar dan kemaluan dengan tujuan untuk menambahkan keupayaan terhadap hubungan seks, ia dikendalikan oleh bomoh-bomoh tenaga batin lelaki. Jenis massage ini boleh dikatan ada diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan setiap hari.

Reflexology Massage.

Di Malaysia Jenis massage ini dikenali sebagai picit tapak kaki, manakala di Indonesia pula disebut picit Tusrah. Jenis massage ini perkenalkan oleh seorang pemuda berbangsa Swiss, bernama Mr. Heidi. Beliau telah membuat satu kajian dan mendapati bahawa kunci segala perjalanan darah dan lain-lain elemen di dalam tubuh manusia berpusat di kaki. Oleh itu, jika seseorang itu menghadapi sebarang masalah, cukuplah dengan hanya massage di tempat atau pusat tertentu yang sedia ada di tapak kaki atau tumit. Masa yang perlu diambil untuk Jenis massage ini biasanya tidak melebihi lima minit bagi satu kali massage.

Mysticism Massage.

Jenis massage ini biasanya dikendalikan secara kebatinan atau Spiritual oleh Dukun Tradisional yang betul –betul pakar atau mahir dalam Ilmu Kebatinan. Kaedah cara jenis massage ini tidak memerlukan kepada tenaga fizikal yang seperti mana dilakukan oleh Tukang Urut Tradisional. Ia dilakukan dengan cara menggosok, mengurut dengan jari, menepuk pada tempat yang mengalami masalah di badan pelanggan dalam satu nafas, tanpa mengunakan minyak. Sesudah itu, pesakit akan merasa lega dan ringan serta bertenaga.

Facial Scalp Massage.

Jenis massage ini kebanyakannya dikendalikan oleh anak-anak gadis atau wanita-wanita yang bertugas sebagai tukang-tukang gunting atau juru-juru solek. Setahu saya, mereka hanya massage di sekitar muka dan kepala dengan menggunakan jari. Pelanggan-pelanggannya terdiri dari lelaki dan perempuan.

Body Massage.

Jenis massage ini biasanya dilakukan oleh perempuan cina di tempat-tempat tertentu yang dipanggil Rumah Urut atau Health Centre. Cara urutan jenis massage ini sekadar memicit-micit dan memukul pelanggannya dengan rusuk tangan. Tidak ada apa-apa hasil yang didapati oleh pelanggan cuma sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Menurut sumber-sumber rapat, golongan pondan atau mak nyah juga ada menjalankan perusahaan dan saya diberitahu bahawa kedai mereka adalah lebih maju jika dibandingkan dengan kedai yang dikendalikan oleh kaum-kaum wanita.

Leg Massage.

Jenis massage ini juga seakan-akan sama dengan Body Massage Cuma ianya bertumpu di sekitar betis dan paha sahaja. Golongan yang mengunjungi tempat ini kebanyakkannya adalah mereka yang berasa penat atau lenguh-lenguh di sekitar betis dan paha. Pengusaha atau tukang jenis massage ini juga terdiri dari kalangan wanita-wanita, gadis-gadis atau pondan ditempat-tempat tertentu dan kebiasaannya dirahsiakan.

Jenis Massage Yang Berbeza Mengikut Tempat.

Beberapa tahun lalu, penulis buku ini telah dipanggil oleh seorang pelanggan berbangsa Inggeris, berasal dari kota London yang bekerja sebagai wartawan kepada sebuah syarikat penerbitan akhbar/majalah The Sunday Mirror. Ia meminta supaya mengurutnya di salah sebuah hotel yang terkemuka di Kota Bharu. Kebiasaannya, pada setiap bilik hotel tersebut ada dipaparkan iklan “Kelantanese Tradisional Massage” dan juga dihuraikan secara detail apa yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Sungguh pun di dalam bilik jernalis itu tidak lagi terdapat iklan tersebut, samada hilang atau musnah, lalu dibersihkan oleh pekerja hotel dan belum digantikan dengan yang baru. Entah dari mana wartawan itu memperolehi nombor telefon untuk mendapatkan khidmat urut. Inilah satu-satu pengalaman penulis yang tidak dapat dilupakannya.

Sebenarnya wartawan yang dimaksudkan oleh penulis buku ini tadi adalah terdiri daripada golongan orang-orang yang suka diurut, lebih-lebih lagi semasa badan dalam keadaan terlalu letih. Beliau telah mendapat tahu nombor telefon saya melalui seorang jirannya yang pernah datang ke Kota Bharu dan pernah diurut dengan beliau. Menyedari bahawa jirannya itu ialah seorang yang gemar diurut, maka berita tentang Urut Tradisional Melayu Kelantan pun disampaikan kepadanya. Selama lebih sejam bersamanya, beliau menceritakan mengenai perbezaan kaedah dan cara mengurut yang pernah beliau lihat dan menikmatinya sendiri di lain-lain tempat. Pendek kata, lain negeri atau negara, maka lainlah kaedah dan caranya.

Menurut beliau, di Jepun, mereka menggunakan bedak dan caranya ialah dengan meramas-ramas urat dan daging sahaja atau memicit-micit. Di Hong Kong pula, mereka banyak menggunakan sistem menekan dengan menggunakan jari di tempat-tempat yang tertentu. Di negeri China, digunakan tulang sendi harimau buat mengurut dan ada kalanya digunakan sejenis kayu untuk mengurut tapak kaki.

Manakala di Jawa, Indonesia pula, cara urutannya mengikut kaedah kebatinan, iaitu tukang urut tidak banyak menggunakan tenaga tetapi hanya menekan perlahan-lahan di tempat yang bermasalah dan menolaknya sambil menarik nafas dengan kuat. Ada juga tukang urut yang menggunakan duit syiling timah lama untuk mengurut. Selain itu terdapat juga anak-anak gadis yang mengurut dengan hanya menampal/menepuk-nepuk rususk tangan pada anggota tubuh.

Di England sendiri menurut wartawan tersebut, kebanyakan rumah urut dan health centre dikendalikan oleh wanita-wanita dengan menggunakan losyen. Di sini, jelaslah kepada kita bahawa kaedah dan cara mengurut memang berbeza-beza pada satu-satu tempat. Tetapi katanya, cara urutan orang melayu di Malaysia, khususnya di Kota Bharulah yang betul-betul menyeronokkan berbanding dengan lain-lain jenis massage.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!