Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • Sumo

Darah Tinggi Penyakit Darah Tinggi.

Kekuatan untuk mengurut pesakit yang mempunyai darah tinggi tidak boleh lebih dari 5. Pertama suruhlah pesakit darah tinggi itu berbaring terlentang. Gunakan urut penghilang rasa lelah gunanya adalah untuk melancarkan peredaran darah dan membesarkan pembuluh darah yang menyempit.

1. Sesudah urut penghilang rasa lelah maka suruhlah pesakit darah tinggi itu duduk. Dengan empat jari tekanlah titik-titik di belakang kepala dan tengkuk. Mulailah dengan kekuatan urut 1 makin lama kekuatan ditambah hingga 4, masing-masing selama 2 minit.

2. Pesakit berbaring lagi, tekan ulu hatinya dengan urut jari kekuatan 2 hingga 3 selama setengah minit. Selama rawatan urut suruhlah pesakit darah tinggi tersebut bernafas lambat. Jadi jangan menahan nafas sama sekali. Ulangi rawatan ini sampai 4 kali. Dengan istirahat setengah minit.

3. Rawatan selanjutnya adalah dengan teknik urut cepit telapak tangan pesakit darah tinggi tersebut, tepatnya di celah kiri kanan tulang jari tengahnya. Lakukan selama 1 minit dengan kekuatan 4.

Terakhir cepitlah erat-erat hujung jari tengah pesakit darah tinggi tersebut dengan sekuat tenaga baik jari tangan kiri mahupun kanan.

Ramuan Tradisional Untuk Darah Tinggi.

Agar tekanan darah bagi pesakit darah tinggi pesakit benar-benar stabil maka gunakan ramuan di bawah ini :

  • Ambillah segenggam daun seldri tumbuk sampai halus, kemudian campurkan air dan tapislah pada sebuah kain bersih atau penapis yang halus. Usahakan air tapisan sampai satu gelas. Biarkan satu jam baru di minum dengan sedikit hampasnya.
  • Lakukan pengubatan ini setiap pagi dan petang.

Ramuan Tradisional Lain Untuk Darah Tinggi.

  • Ambillah tiga buah mengkudu, parutlah kemudian diperah airnya. Usahakan airnya sampai satu gelas. Di minum setiap pagi dan petang.

Darah Tinggi Darah Rendah(Kurang Darah).

1. Mulai dengan menggunakan teknik urut menghilangkan rasa lelah.

2. Lanjutkan dengan mengurut bahagian depan paha, kira-kira 5cm di atas lutut. Gunakan teknik tarik dengan kekuatan lima. Lakukan hal itu selama 2 minit.

3. Berdirilah di belakang pesakit sementara si pesakit duduk. Dengan jari tengah urutlah di tengah kedua alisnya, melewati alis sampai ke kening. Lakukan pengurutan ini sekaligus dengan kedua tangan anda, cukup gunakan kekuatan tiga. Lakukan sebanyak 10 kali. Sesudah itu gunakan teknik urut jari pada enam titik di atas kepala. Tiga jari di sebelah kanan dan tiga jari di sebelah kiri keduanya 2 minit.

Ramuan Untuk Penyakit Darah Rendah.

Ini ramuan ringkas dan mudah didapatkan, syaratnya anda harus tekun membuat dan meminumnya.

  • Kunir/kunyit.
  • Kuning telur ayam kampung.
  • Madu.
  • Anggur.

Caranya : Kunyit diparut, dibubuhi sedikit air lalu diperah. Telur ayam digaul lalu dicampur dengan perahan kunyit, tambahkan madu dan anggur. Minum ramuan ini 2 kali sehari selama seminggu berturut-turut. Insya Allah anda sembuh. Cubalah ramuan-ramuan di atas yang terbukti berkesan untuk penyakit darah rendah dan juga darah tinggi.

Penyakit darah tinggi ini juga memerlukan rawatan urut. Disebabkan sudah lama tidak mendapatkan rawatan urut, mungkin angin terjadi di setiap seluruh pelusuk badan yang menyekat peredaran darah yang pastinya memburukkan lagi keadaan bagi orang yang sudah sedia dihidapi penyakit darah tinggi. Dengan mendapatkan rawatan urut, peredaran darah berjalan lancar yang dapat meringankan sedikit penyakit darah tinggi tersebut. Perlu diingatkan, semasa mengurut pesakit darah tinggi di bahagian leher, jangan sekali urut ke arah atas. Urut ke arah bawah.Kerana tekanan darah yang tinggi akan menjadi lebih tinggi lagi dan bimbang urat di leher (saluran kapilari) itu akan pecah. Jika pecah(strok), pesakit darah tinggi tersebut akan dengan serta merta akan meninggal dunia. Jadi bagi pesakit darah tinggi, dapatkan rawatan urut seluruh badan sekarang untuk meringankan penyakit darah tinggi tersebut.Rawatan urut sedikit sebanyak dapat melancarkan salur kapilari darah yang tersumbat disertakan dengan pemakanan yang baik dapan mengurangkan penyakit darah tinggi.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!