Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • SumoMe

Tukang Urut

Profesyen Sebagai Tukang Urut.

Profesyen sebagai Tukang Urut dikatakan sama sahaja dengan profesyen Tukang Masak dalam konteks cita rasa da hasil yang kan dinikmati oleh para pelanggan. Dengan lain perkataan, seorang Tukang Urut tidak perlu memuji tentang kebijaksanaan atau kepakarannya kepada orang ramai, lebih-lebih lagi, mengiklankan profesyennya itu di dalam setiap surat khabar tempatan pada setiap hari untuk diketahui umum. Jika hal seperti itu masih juga wujud dalam satu-satu masyarakat, negeri atau negara, maka taraf profesional itu akan lenyap. Malahan bertukar menjadi sindiket penipuan yang lebih mementingkan keuntungan daripada mutu perkhidmatan. Apa yang diketahui, hanya barangan atau hasil pengeluaran yang baru diperkenalkan sahaja perlu diiklankan kepada umum.

Menilai Seorang Tukang Urut.

Dalam konteks ini, apa yang lebih pentingnya, biarlah si pelanggan itu sendiri menilai sejauh manakah keberkesanan perkhidmatan yang diterima dari seorang Tukang Urut. Hal tersebut samalah juga dengan seorang Tukang Masak, selagi hidangan masakannya belum dinikmati oleh para pelanggan, maka selama itulah rahsia kelazatan masakannya tidak boleh diberi pujian atau nilaian. Bagi saya, cara yang paling mudah dan ringkas untuk menilai akan kemahiran seseorang Tukang Urut itu ialah, badan anda terlalu letih sebelum diurut akan kembali segar dan bertenaga selepas diurut, serta ringan segala anggota badan. Selain itu, tidak ada tanda-tanda calar merah atau lebam atau luka akibat terkena kuku atau jari. Jika sesudah diurut oleh seseorang tukang urut,anda akan terus merasa letih dan tidak bermaya serta ditambah pula dengan kesan-kesan lebam, calar-calar merah atau luka, itu bererti anda telah memilih Tukang Urut yang salah.

Dalam konteks lain pula, jika sebelum diurut keupayaan seks anda terlalu lemah, samada zakar lambat tegang, mani lekas terpancut keluar atau pun tidak ada selera langsung terhadap seks. Biasanya selepas diurut oleh Tukang Urut yang mahir, keinginan terhadap seks terus menjadi-jadi, bukan sahaja zakar mudah manjadi tegang bahkan kadang kala anda boleh bertahan lama, semakin kuat dan bertenaga.

Cara Mengenali Tukang Urut Tidak Mahir.

Selain daripada mempunyai sepuluh prinsip bagi setiap Tukang Urut yang mahir sebagaimana yang telah dihuraikan terdahulu daripada ini, disini terdapat pula ciri-ciri penting yang boleh dibuat ukuran dan penilaian samada seseorang tukang urut itu mempunyai kepakaran, pengalaman atau pun sebaliknya. Setelah beberapa kajian dibuat, terdapat beberapa ciri penting yang perlu ada pada setiap tukang urut. Ketidakmahirannya bolehlah dilihat dan dikesan berpandukan kepada keadaan dan tindaklakunya seperti di bawah:

1. Cara kedudukan tukang urut yang sering berubah-ubah tempat dalam masa yang singkat semasa mengurut.

2. Seringkali terjadi urutan yang menyebabkan pelanggan mengeluh dan mengeluh kesakitan.

3. Kuku jari tukang urut didapati panjang.

4. Pelanggan lebih merasa letih, penat dan sakit sesudah diurut.

5. Terdapat kesan tanda-tanda calar, lebam-lebam atau luka-luka di badan pelanggan sesudah diurut, akibat dari tekanan urut yang kuat, terkena jari atau kuku.

6. Suka membengkok, memusing atau mematahkan sendi dan tulang pelanggannya, kadang kala melebihi tahap pergerakan satu-satu anggota. Sebagai contohnya, suka memusingkan kepala ke kanan dan ke kiri, suka mematah-matahkan jari tangan atau kaki.

7. Bila mengurut pelanggannya yang terseliuh beserta dengan bengkak yang besar berwarna hijau tua, ia terus mengurut di tempat bengkak dan bukannya mencari punca-punca urat yang ada hubungkaitnya dengan tempat yang bermasalah tadi.

Perlu Teliti Memilih Tukang Urut.

Memandangkan bahawa amalan mengurut boleh menyembuh atau meredakan masalah yang ada hubungkaitnya dengan urat saraf seseorang, ke tahap yang paling minima dalam jangka masa yang singkat dan tidak meninggalkan apa-apa kesan sampingan, maka sudah pasti seseorang yang tahu akan khasiatnya, ingin mendapatkan sekali lagi perkhidmatan urut bila ia dalam keadaan letih atau ketegangan urat saraf. Kemudian, inilah yang menyebabkan sesetengah pihak mengatakan bahawa amalan mengurut boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ketagih.Seeloknya,anda untuk memberi kesan yang maksima,anda perlu teliti dalam memilih tukang urut.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!