64777612 2 URUT MELAYU URUTAN LELAKI URUT REFLEKSOLOGI KAKI URUTAN BADAN SAUNA HERBA DI MELAKA Bandar Maharani Cara Urut

Cara Urut :

1. Cara Urut Buku Lali.

2. Cara Urut Kaki.

3. Cara Urut Bahu Untuk Wanita Yang Kurang Tidur.

4. Cara Urut Untuk Sakit Kepala.

5. Cara Urut Untuk Menaikkan Peranakan.

6. Cara Urut Untuk Masalah Sembelit.

7. Cara Urut Untuk Masalah Mandul.

8. Cara Urut Mengatasi Masalah Haid Tidak Lancar.

9. Cara Urut Untuk Penyakit Kencing Manis.

10.Cara Urut Bagi Masalah Tekanan Darah Rendah.

11.Cara Urut Bagi Merawat Asma.

12.Cara Urut Bagi Masalah Sakit Lengan.

1. Cara Urut: Buku Lali.

Buku lali menentukan penyakit wanita. Buku lali “Body alignment” seseorang dapat ditentukan dengan cara urut @ memicit disekitar kawasan ini.Terdapat satu urat di kanan dan kiri buku lali, bila ditekan atau di picit pelanggan akan berasa sakit, jika kadar kesakitan itu lebih dirasai di sebelah kanan, ini bererti pada keseluruhan anggota badan khususnya urat saraf yang bermula dari kaki hingga ke leher sebelah kanan juga turut bermasalah berbanding dengan anggota di sebelah kiri dan begitu jugalah sebaliknya.

2. Cara Urut: Kaki.

Kaedah cara urut ini dikenali sebagai ‘Leg massage’ ianya tertumpu pada betis dengan cara urut @ memicit belakang betis dengan jari telunjuk dan hantu. Cara urut ini amat sakit dan pedih bagaimanapun rasa lenguh dan penat di sekitar betis akan berkurangan dengan cepat.

Terseliuh:Terseliuh disebabkan oleh: i- Mengangkat barang berat. ii-Tersalah urat ketika berolahraga. iii-Tersalah urat ketika tidur. iv-Masuk angin.

Cara Urut :

Langkah pertama: Luruskan tangan pesakit dan urut dari pangkal lengan hingga ke belakang lengan.

Langkah kedua : Cari urat yang bengkak dan tekan dengan ibu jari seberapa yang kuat beberapa kali.

Langkah Ketiga: Telentangkan tangan dan urut tapak tangan beberapa kali dengan lembut.

Langkah Keempat: Ulangi lagi megurut tapak tangan dan jari-jari dengan lembut.

Langkah Kelima: Ulang belakang tangan yang bengkak dan terseliuh beberapa kali, sehingga pesakit berasa lega.(Cara urut ini hendaklah dilakukan tiga hari berturut-turut sebelah pagi atau petang) gunakan minyak kelapa atau minyak urut untuk mengurut.Mula mengurut dengan menyebut nama Allah.

3. Cara Urut Bahu Untuk Wanita Yang Kurang Tidur.

Jika urat di atas bahu atau urat di dalam cengkungan bingkai mata serta urat kanan atau kiri rusuk dahi, didapati terlalu tegang dan bengkak ini menunjukkan seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup.

Kurang tidur adalah disebabkan berbagai masalah seperti: i-Banyak berfikir. ii-Anak-anak meragam. iii-Penyakit mental dan fizikal.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Cari urat di atas kedua kening dengan ibu jari, urut ke kanan dan ke kiri dengan lembut.

Langkah Kedua: Urut lagi hingga ke pipi kanan dan kiri beberapa kali.

Langkah Ketiga: Biarkan pesakit memejamkan mata, setelah itu tekankan ibu jari di bawah kening, lakukan 3 kali berturut-turut.

Langkah Keempat: Tekan di kiri kanan mata dengan perlahan-lahan untuk beberapa kali, sehingga pesakit rasa lega dan selesa serta segar kembali.Mulakan mengurut dengan cara urut ini dengan membaca ‘Bismillahirahmanirahim’ gunakan minyak kelapa atau minyak urut untuk mengurut.

4. Cara Urut Untuk Sakit Kepala.

Banyak faktor yang menyebabkan wanita itu sakit kepala: i-Kurang tidur. ii-Makan berlebihan. iii-Tekanan perasaan. iv-Tersalah makan. v-Darah tinggi. vi-Penyakit angin. vii-Deman.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Cari urat di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan.

Langkah Kedua: Suruh pesakit tunduk sedikit dan lakukan urutan melalui belakang kepada sebanyak 3 kali berturut-turut.

Langkah Ketiga: Urut hingga ke Bahagian belakang leher membawa ke bahu, lakukan beberapa kali mengikut kemahuan pesakit.

Langkah Keempat: Urat Bahagian hadapan kepala, lakukan cara ini sebanyak 3 kali berturut-turut atau mengikut kemahuan pesakit.

Langkah Kelima: Simpulkan rambut pesakit dan tarik sebanyak 2 kali berturut-turut atau mengikut kemahuan pesakit.Mulakan mengurut untuk cara urut ini dengan membaca selawat nabi.

5. Cara Urut Menaikkan Peranakan.

Menaikkan peranakan bukannya hanya untuk wanita atau ibu-ibu yang baru lepas bersalain, tetapi juga pada mereka yang kerap merasa sering membuang air kencing (biasanya lebih dari lima hingga sepuluh kali sehari).

Cara Urut :

Langkah Pertama: Tegakkan peha pesakit dan tukang urut perlu berdiri di hujung kaki pesakit, sapukan minyak keseluruhan perut dan mulakan urutan dari sudut hati perlahan-lahan sehingga membawa ke seluruh perut. Lakukan sehingga perut menjadi lembut dan kemudian suruhlah pesakit menarik nafas dan ketika itu anda tolak perut pesakit perlahan-lahan. Lakukan sebanyak tiga kali dengan rehat selama lima minit setiap kali selepas anda menaikkannya.

Langkah Kedua: Selepas itu urutlah pula bahagian paha, mulakan dari arah lutut membawa kea rah kemaluan. Lakukan berulang kali.

Langkah Ketiga: Suruh pesakit anda baring mengiring, dengan kedudukan seperti dalam gambar. Anda perlu meletakkan kaki anda di atas punggung pesakit dan menarik perlahan tangan pesakit. Terlebih dahulu anda perlu meminta pesakit melembutkan badan.Apabila anda menarik, mula-mula ke sebelah kanan dan kemudiannya ke sebelah kiri serta berderap bunyi pinggang, pesakit akan merasa selesa. Bagaimanapun bagi yang tidak mahir, perbuatan ini tidak digalakkan.

Langkah Keempat: Dudukkan pesakit anda dan kemudiannya mulakan urutan dibahagian bahu, di depan dan juga belakang. Suruh pesakit anda meletakkan kedua tangannya di belakang kepala, urut perlahan-lahan.Selepas itu, silangkan tangan pesakit dan tarik ke arah belakang perlahan-lahan bergantian kiri dan kanan.Mulakan mengurut bagi cara urut ini dengan membaca selawat nabi 3 kali.

6. Cara Urut Bagi Masalah Sembelit.

Apabila anda di antara kita yang di di serang sembelit, seluruh perjalanan kehidupan dirasakan tidak selesa. Kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena tubuh badan apalagi timbulnya rasa ketegangan pada bahagian perut, sakit kepala, mulut terasa pahit, mual, nafsu makan berkurang dan juga suka tidur.Perut menjadi keras disebabkan daya gerakan usus besar tidak aktif dan ianya memerlukan urutan.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Mulakan urutan anda disekitar atas pusat, tekan dan urut menuju kea rah bawah pusat secara perlahan-lahan. Apa yang penting ketika mengurut dibahagian ini lebihkan penggunaan perut dan menyenangkan pergerakan jari jemari anda.Lakukan urutan keseluruh kawasan perut dan suruhlah pesakit anda menghela nafas secara teratur, teruskan urutan anda sehingga ke kawasan ari-ari.

Langkah Kedua: Kali ini pengurutan tertumpu ke kawasan belakang badan terutamanya di kawasan pinggang. Urut secara selari dari pinggang sehingga ke arah belakang tengkuk. Lakukan berulang kali. Akhir sekali dibahagian kaki, terutamanya disekitar bawah betis. Semua cara urut @ urutan di atas sangat elok diulang selama tiga pagi, Insya Allah sembelit anda akan berkurang.

7. Cara Urut Bagi Masalah Mandul.

Setiap dari kita digalakkan berusaha biar dengan apa cara pun tanpa mengena erti jemu dan berputus asa, di samping reda dengan ketentuan Allah, bagaimana pun ketentuan dan kesabaran adalah kunci terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan atau lebih tepat mandul.Mandul biasanya di sebabkan oleh sel telur yang dihasilkan tidak sihat apabila bertemu dengan sperma lelaki, ini menyebabkan setiap kali selepas mengadakan hubungan kelamin, kedua sel telur dan sperma gagal bercantum.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Mulakan urutan disekitar kawasan urat belikat. Urut perlahan-lahan di belah kiri dan kanan tulang belakang, gunakan urutan selari, dari pinggang ke bahu.

Langkah Kedua: Urut dengan menggunakan ibu jari ke kawasan pinggang, lakukan urutan dibahagian ini berulang kali sehingga urat-urat yang menegang di sekitar pinggang akan menjadi kendur. Teruskan urutan @ cara urut ini ke bahagian punggung terutamanya di kawasan tengah dan luar punggung. Teruskan urutan @ cara urut ini sehingga membawa ke arah betis di sebelah dalam terutamanya di kawasan anggaran empat jari di atas buku lali.Urutan-urutan @ cara urut untuk memulihkan kemandulan perlu dilakukan berulang kali dan sekiranya anda serta pasangan sabar, Insya Allah usaha anda akan berhasil. Mulakan mengurut untuk cara urut ini dengan membaca selawat nabi (gunakan minyak urut).

8. Cara Urut Mengatasi Masalah Haid Tidak Lancar.

Sekiranya anda seering mengalami masalah haid yang tidak lancar, cubalah bertemu tukang urut, seeloknya seminggu dari tarikh anda akan didatangi haid.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Baringkan pesakit anda dalam keadaan terlentang dan kemudian usap perutnya perlahan, kemudiannya sapukan minyak urut ke seluruh perut. Mulakan urutan secara perlahan-lahan di sebelah kiri dan kanan pusat, lakukan berulang kali agar urat-urat di sekeliling lambung lembut.

Langkah Kedua: Gunakan ibu jari untuk menekan di bawah pusat (kira-kira setengah jari di bawah pusat), tekanlah perlahan-perlahan namun kemudiannya tingkatkan tekanan anda dikawasan tersebut secara berperingkat dalam anggaran 25 minit.

Langkah Ketiga: Lakukan tekanan yang agak kuat di atas ari-ari. Anda akan rasa di kawasan tersebut agak keras, biasanya di kawasan inilah perut terasa agak ngeri dan ngilu. Urutkan perlahan-lahan sehingga ianya lembut bagi memudahkan aliran darah ke vagina.

Langkah Keempat: Suruhlah pesakit anda meniarap pula. Sapukan minyak dan mulakan urutan pada bahagian atas pinggang urutlah perlahan-lahan sehingga ketegangan yang terdapat di kawasan tersebut jadi lembut dan rasa kaku berkurangan.Seterusnya alihkan urutan anda ke arah bawah pinggang, tepatnya dibahagian atas punggung. Urutan dengan menggunakan ibu jari di tekan agak kuat ke arah paha. Biasanya di kawasan ini darah yang akan mengalir ke paha tersekat, ini akan menyebabkan ketika haid, kaki dan paha terasa kejang.Lakukan urtutan dengan lembut walaupun dengan tekanan yang agak keras, ulangi berkali-kali dan anda akan dapat rasakan ketegangan urat akan kembali kendur dan lembut setelah anda mengurutnya dalam anggaran dua puluh minit.

Langkah Kelima: Lakukan rawatan anda secara perlahan-lahan dari punggung membawa ke arah paha, terutamanya ke kawasan anggaran dua jari ke atas tempurung lutut. Dengan menggunakan ibu jari cari tekan kawasan tersebut sehingga anda menemui ‘seakan-akan biji guli’ yang berketul.Tekan sambil goyang-goyangkan biji guli tersebut sehingga ianya lembut dan tidak berbiji lagi, walaupun pada awalnya urutan di sebelah dalam paha ini agak sakit tetapi kemudiannya pesakit anda akan merasai kurangnya rasa ngilu dan tegang.

Langkah Keenam: Teruskan urutan anda ke arah betis di sebelah dalam, terutamanya anggaran empat jari di atas buku lali.Anda akan dapati urat-urat yang keras dan biasanya agak kejang di situ, lebihkan sedikit minyak urut anda dan urutlah perlahan-lahan sehingga urat dan betis anda menjadi lembut dan terasa ringan.

Langkah Ketujuh: Akhir sekali tumpukan urutan anda ke daerah tengah tapak kaki. Sebagai tukang urut anda perlu memberitahu pesakit anda bahawa urutan di kawasan ini memang menyakitkan. Bagaimana pun ianya akan berkurangan bila kawasan yang anda urut ini menjadi lembut.Lakukan cara urut tersebut seeloknya selama tiga hari, Insya Allah kelancaran haid anda akan mengalami kemudahan dan anda akan rasa selesa.

9. Cara Urut Untuk Penyakit Kencing Manis.

Selain darah tinggi, kencing manis merupakan penyakit yang mampu menjadi pembunuh dalam diam. Penderita kencing manis memang payah untuk disembuhkan jika penyakit tersebut sudah kritikal, oleh sebab itu pencegahan diperingkat awal merupakan langkah terbaik yang harus diberikan perhatian oleh semua orang terutamanya wanita yang memasuki usia kedewasaan.Tanda-tanda awal dapat diketahui sama ada seseorang itu mengidap kencing manis atau pun tidak. Mereka biasanya sering merasa haus, selalu sahaja terlupa, keinginan dan kegiatan berkait dengan nafsu seks berkurang malah ada ketikanya hilang dan juga penglibatan semakin kabur.Jika anda memiliki tanda-tanda seperti ini, eloklah menemui pakar untuk mencegah berlakunya penyakit yang sangat merbahaya ini, termasuk mengambil langkah awal dengan mengurangkan pengambilan gula, bahan-bahan manis, malah berjumpa dengan tukang urut bagi membantu membenteras penyakit tersebut.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Mulakan cara urut ini ditengah dada (antara dua buah dada) urut perlahan-lahan selama lebih kurang 15 minit, kemudian teruskan ke arah bawah buah dada kiri dan kanan.Salah satu punca terjadinya kencing manis adalah kerana badan mengandungi banyak lemak, oleh itu tujuan utama urutan di kawasan ini adalah untuk mengurangkan dan memecahkan melak yang terkumpul.Sapukan seluruh kawasan ini dengan minyak bagi memudahkan pergerakan ibu jari untuk mengurut ke kawasan kiri dan kanan anggaran dua jari di bawah pusat sehingga membawa kesekitar ari-ari. Urutlah perlahan-lahan ke semua kawasan tersebut, tiap satu pergerakan lakukan selama 20 minit dan berhenti selama 5 minit sebelum diulangi lagi selama 20 minit.

Langkah Kedua: Tumpukan cara urut ini di bahagian belakang tubuh pesakit. Mulakan di bahagian pangkal leher. Tekan dengan ibu jari, tetapi jangan tekan terlalu kuat, perlahan-lahan berulang kali menghala ke arah atas tulang selangka, anggaran dua ibu jari.Dengan dibantu oleh minyak urut bagi melicinkan pergerakan tangan anda, urut keseluruh bahagian belakang pesakit anda sehingga ke tengah punggung (tungking), lakukan berkali-kali agar perjalanan darah diseluruh kawasan tersebut berjalan lancer.

Langkah Ketiga: Langkah seterusnya adalah bahagian sebelah dalam ataupun di belakang tulang kering, kira-kira lima jri dari tempurung lutut. Gunakan ibu jari untuk menolak urat-urat di kawasan tersebut ke arah buku lali. Lakukan cara urut ini perlahan sehingga urat-urat yang kebanyakannya tegang dan mengeras di bahagian ini menjadi lembut dan mengendur.Teruskan cara urut ini sehingga ke arah ibu jari kuku, terutamanya di atas ibu jari kaki di sebelah luar, urutan ini memang menyakitkan pesakit anda dan sebagai tukang urut harus berhati-hati agar pesakit anda biarpun merasa sakit tetapi terasa sedikit selesa bila urat di bahagian ini menjadi lembut.Akhir sekali, tumpukan cara urut ini di tengah tapak kaki. Tekan tengah tapak kaki menggunakan ibu jari dengan kuat. Cara urut bagi pengurutan di bahagian ini perlu dilakukan agak lama sedikit anggaran setengah jam, bagi membantu urat-urat saraf di bahagian ini dapat diaktifkan semula, sekaligus memberikan keselesaan kepada pesakit. Mulakan mengurut bagi cara urut ini dengan membaca Bismillahirrahmanirahim.

10. Cara Urut Bagi Masalah Tekanan Darah Rendah.

Sama ada anda mengalami darah tinggi ataupun darah rendah, ianya sama sahaja kedua-duanya menganggu kesihatan dan sekaligus keselesaan hidup anda.Tanda-tanda awal mereka yang diserang gejala darah rendah adalah sering merasa tidak bertenaga, lesu dan kurang bersemangat, muka pucat, kepala sering sakit dan terasa berat, otot-otot terasa kejang, badan terutamanya kaki tangan terasa kebas, mata sering berkunang-kunang dan pandangan kabur, terasa selalu sejuk, tidak punya nafsu makan dan juga selalu sembelit.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Sekiranya anda didatangi oleh pesakit yang menghadapi masalah tekanan darah rendah tempat pertama yang anda harus urut adalah di bahagian tengah dada, antara dua buah dada. Urut perlahan bagi tujuan merangsang denyutan jantung kembali aktif.Dengan menggunakan ibu jari, tolak ke arah sudut hati, selalunya di situ tempat berkumpulnya angin yang menyebabkan kita hilang selera untuk makan. Urut perlahan-lahan kawasan ini dan pesakit akan merasa sesuatu bunyi “berdecut” setelah beberapa kali mengurut di kawasan ni.Ketika ini juga ada kalanya pesakit akan terkentut ataupun sendawa, malah ada ketikanya pesakit akan muntah.Teruskan urutan anda sehingga kebahagian atas ari-ari. Urut perlahan sehingga kawasan ini terasa lembut dan tidak tegang.

Langkah Kedua: Tiarapkan pesakit anda. Kali ini tumpukan urutan pada kawasan yang berhampiran dengan tulang belakang. Walaupun urutan anda lembut, jika terkena dengan urat yang bersangkutan ianya akan menyakitkan pesakit anda, bagaimanapun ianya bersikap sementara, setelah dilakukan berulang kali, kesakitan itu akan hilang.Teruskan cara urut untuk cara urut ini ke arah punggung terutamanyadi kawasan berhampiran buah pinggang, dengan menggunakan ibu jari, tekan kawasan ini agak kuat, rangsangan urat saraf di kawasan tersebut agak baik untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan.

Langkah Ketiga: Dibahagian tangan, urat saraf yang berhubung kait dengan masalah tekanan darah rendah terletak tiga jari dari pergelangan tangan di lengan sebelah dalam. Cara urut di kawasan ini perlu dilakukan dengan agak kuat, ianya dapat menambah tenaga serta menghilangkan rasa lemah lesu.Langkah seterusnya adalah bahagian tengah pergelangan tangan. Lakukan cara urut untuk cara urut ini berkali-kali di kawasan ini membawa ke arah jari jemari pesakit. Anda juga harus mengajar pesakit anda mengurut dengan betul di kawasan ini kerana pesakit boleh mengurutnya sendiri di rumah bagi membantu menghilangkan rasa kebas tangan dan juga rasa sejuk tangan.

Langkah Keempat: Seterusnya, urutlah di bahagian sebelah dalam betis, di kawasan tiga jari dari pelipat. Kawasan ini memang menyakitkan pesakit, anda perlu berhati-hati dan mengulangi urutan berkali-kali dengan perlahan.Dengan menggunakan ibu jari, tolakkan urat-urat tegang perlahan-lahan ke arah buku lali, ketegangan yang dirasai oleh pesakit akan akan berkurangan dan betis pesakit yang awalnya keras akan menjadi lembut dan ringan.

Langkah Kelima: Kali ini tumpukan cara urut pada bahagian kepala. Mulakan dengan mengurut bahagian tengah kepala, kawasan ini akan mendatangkan rasa sakit pada pesakit, bagaimanapun jika betul cara mengurutnya, pesakit akan merasa nikmat sekaligus kepala yang berat akan terasa ringan. Dari atas kepala, urut ke bawah perlahan-lahan sehingga ke urat di belakang leher urat leher yang tegang perlu diurut dengan lembut dan perlahan kerana ianya akan menambah kesakitan jika dilakukan dengan kasar. Lakukan cara urut ini beberapa ketika, berhenti dan lakukan lagi, ulang-ulang cara urut @ keadaan itu anggaran selama 20 minit, pesakit anda akan rasa lega, selesa dan yang pasti, tidurnya juga akan lena.

11. Cara Urut Bagi Merawat Asma.

Umum mengetahui penyakit asma merupakan sejenis penyakit yang sukar untuk sembuh, ianya menyerang bukan sahaja orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.Seorang yang diserang asma seringkali merasa terseksa terutamanya apabila nenghadapi udara sejuk, malah dipantangkan memakan benda-benda sejuk seperti buah tembikai, nangka da lain-lain kerana ini akan menyebabkan penyakit yang dihidapinya akan datangmenyerang.Bagi setengah kes yang teruk, pesakit terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi membantu pesksait bernafas.Urutan secara tradisional dikenal pasti dapt membantu pesakit asma mengurangi sakitnya, bagaimanapun jadikan urutan tradisional ini sebagai satu rutin, barulah hasilnya akan anda dapati.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Suruh pesakit anda duduk tegak. Sapukan bahagian belakang pesakit anda dengan minyak kelapa yang telah dicampurkan dengan bawang puitih. Urutkan perlahan di kawasan antara tulang belikat dan tulang belakang. Dengan menggunakan ibu jari, tolakkan dari atas pinggang ke arah bahu. Lakukan cara urut untuk cara urut ini berulang kali sehingga kawasan tersebut agak panas.Kawasan tersebut merupakan jaringan pada fungsi pernafasan, juga terdapat pembuluh darah seterusnya pengaliran darah yang baik dapat membantu udara sampai ke paru-paru dengan lancar.

Langkah Kedua: Baringkan pesakit anda. Urutkan perlahan-lahan di kawasan dada terutamanya kawasan bawah bahu kerana di kawasan ini terdapatnya susunan saraf dan pembuluh darah otot ataupun urat yang tegang akan mnyebabkan sesak nafas, lantaran itu urutlah perlahan-lahan agar darah di kawasan ini dapat mengalir dengan lancar.Lanjutkan urutan anda betul-betul di tengah dada terutamanya di antara dua buah dada dan di bawah sedikit dari tulang selangka. Ulang cara urut untuk cara urut ini berkali-kali, berhenti beberapa ketika dan kemudiannya ulangi lagi, ini bertujuan untuk member rangsangan kepada paru-paru dan jantung anda.

Langkah Ketiga: Teruskan cara urut untuk cara urut ini pada bahagian tangan pula. Tempat yang paling penting bagi mambntu mengatasi masalah asma di bahagian tangan ialah di kawasan (anggaran) lima jari di bawah lipatan siku iaitu dibahagian sebelah dalam. Menurut kaedah releksi di kawasan ini terdapat saraf dan pembuluh darah yang secara langsung berhubung dengan saluran pernafasan anda dan juga yang berkaitan langsung dengan jantung.Urutan di kawasan ini menghala ke arah pergelangan tangan memerlukan kelembutan dan jangan dilakukan secara kasar bagi membantu pengaliran darah berjalan lancar ke jantung dan juga udara bergerak bebas keluar masuk ke paru-paru anda.

Langkah Keempat: Teruskan urutan anda ke bahagian punggung tangan, khususnya dibahagian antar ibu jari dengan jari telunjuk. Bila tepat mngenai urat yang berhubungkait dengan saluran pernafasan anda, anda akan dapat merasai rasa ngeri ngilu namun sebagai tukang urut yang mahir, lakukan urutan perlahan-lahan dan kemudiannya langsung hilang.

Langkah Kelima: Kali ini tumpukan urutan di kawasan betis bahagian dalam. Keadaan urat yag berkait rapat dengans sistem pernafasan dan jantung serta paru-paru terletak kira-kira empat jari dari buku lali.Lakukan urutan perlahan-lahan, anda perlu berhati-hati kearan urat yang bersangkutan terletak di belakang tulang kering dan kalau tersalah urut sehingga mengenai tulang kering ini akan menyakitkan pesakit anda. Urut dengan menggunakan ibu jari dengan urutan yang agak kuat sehingga menimbulkan rasa panas di sekitar kawasan tersebut, walaupun ianya agak menyakitkan tetapi kesannya sangat baik dan jika dilakukan secara rutin, penyakit asma akan dapat disembuhkan, terutamanya bagi mereka yang baru mula menampakkan tanda-tanda akan mengidapi penyakit tersebut.Mulakan mengurut bagi cara urut ini dengan membaca Bismillahirahmanirahim 3 kali.

12. Cara Urut Bagi Masalah Sakit Lengan.

Ramai di antara kita sering mengalami masalah sakit lengan mungkin disebabkan mengangkat barang ataupun tersalah urat.

Cara Urut :

Langkah Pertama: Mulakan urutan di kawasan empat jari di bawah bahu. Urut perlahan-lahan sehingga andda menemui kelainan pada urat di kawasan tersebut, biasanya anda akan menemui urat yang berbiji-biji. Urutlah urat tersebut sehingga hilang biji-biji tersebut.

Langkah Kedua: Teruskan urutan anda sehingga ke bahagian belakang badan terutamannya di sekitar bahu dan arah ke ketiak, seterusnya membawa ke arah lipatan siku. Di kawasan tengah lipatan, gunakan ibu jari untuk menekan dengan tekanan yang agak keras, lakukan sebanyak lima kali tekanan setiap kali anggaran 15 minit. Di kawasan tersebut terdapat pembuluh darah jika terganggu, ianya mempengaruhi lengan dan menjadikan lengan sakit dan tujuan penekanan adalah untuk melancarkan darah.

Langkah Ketiga: Teruskan cara urut untuk cara urut ini hingga ke kawasan ibu jari di sebelah tepi, seterusnya ke kawasan belakang tapak tangan terutamanya selari dengan jari manis, carilah perlahan-lahan sehingga pesakit anda mengatakan rasa sakit, maka urutlah perlahan di kawasan yang dikatakan sakit itu.Urutan untuk cara urut bahagian belakang tapak tangan ini boleh juga dilakukanoleh pesakit sendiri secara rutin agar dapat membantu menghilangkan kebas-kebas tangan disebabkan oleh kerja-kerja berat ataupun kesejukan.Mulakan urutan bagi cara urut ini dengan membaca selawat nabi 3 kali.

PUSAT SARAF DI TAPAK TANGAN.

Pada bahagian tapak tangan dan belakang tapak tangan terdapat jaringan saraf yang lembut. Jaring saraf ini menyebarkan ke saraf-saraf yang berhubung ke seluruh tubuh badan, jika bahagian saraf pada tapak tangan diurut atau dipicit, maka saraf yang disitu kebetulan terkena tekanan.

1. Penyakit Yang Dapat Dikesan Melalui Cara Urut Tapak Tangan.

Mnimbulkan reaksi pada bahagian lain asalkan jaringannya berhubung:

  • Pada tapak ibu jari terdapat saraf yang berhubung dengan saraf-saraf pernafasan dan saraf otot dada
  • Pada tapak jari telunjuk terdapat saraf yang berhubung dengan saraf usus besar.
  • Pada tapak jari tengah.

Sememangnya setiap penyakit ada kaedah penyembuhannya melalui pelbagai cara urut.

Tagged with:

Filed under: Urut

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!