Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • SumoMe

Urut TelingaUrut Telinga.

Kita telah mengetahui bahawa di kepala terdapat urat saraf yang mewakili semua urat saraf di dalam badan kita.Tidak boleh dinafikan juga bahawa di telinga juga terdapat urat saraf yang berangkai-rangkai mewakili organ kita.Sekiranya kita merasakan sukar untuk mengurut di antara bahagian badan kita untuk kesegaran dan kelegaan bolehlah kita cuba mengurut bahagian telinga kita sahaja.Sambil-sambil duduk melihat televisyen,berehat da taman dan sebelum tidur malam bolehlah kita urut telinga kita sendiri yang mana dapat melegakan badan kita juga.Urat refleksologi di telinga merupakan urat refleksologi ke-4 terbesar dalam badan manusia selepas urat refleksologi tapak kaki,tangan dan kepala.

Cara Urut Telinga.

Urut di telinga kita boleh gunakan kaedah tusuk,picit,gentel,tekan dan lipat.Semasa sesi urut telinga bermula,kita tekan/tusuk (menggunakan jari telunjuk @ ibu jari) seluruh kawasan telinga hadapan.Kemudian kita tusuk di pangkal telinga belakang (dengan jari telunjuk @ ibu jari) sepanjang pangkal telinga tersebut bebeberapa kali.Kemudian kita gentel seluruh cuping seluruh cuping telinga beberapa minit.Beberapa lama pun tak kisah.Akhir sekali kita tekan cuping telinga belakang ke arah depan sepaya telinga tersebut tertutup dan tidak dapat mendengar apa-apa.Tekan beberapa saat.Kemudian kita lepaskan tekanan tersebut dan kita lipat  telinga tersebut bermula dari cuping atas dengan cata ketemukan cuping telinga atas dan bawah.Buat beberapa kali.Biasanya,dalam rawatan urut ini,urut telinga diberikan bersama dengan rawatan urut kepala dan muka.Ini melengkapkan saru rawatan urut bahaUrut Telingagian sebelah atas badan.

Urut Telinga Sendiri.

Di telinga terdapat banyak point refleksologi yang mana fungsinya sama dengan point refleksologi yang lain.Kalau nak urut telinga sendiri secara kasar kita urut telinga seperti di atas kerana dengan cara itu,semua pointnya akan kena kerana cuping telinga bukan besar sangat.Tapi kalau kita nak buat khusus untuk satu-satu point tersebut,lagi baik.Kalau secara khusus,kita kepilkan point yang kita mahu tersebut dengan hujung ibu jari dan jari telunjuk.Seberapa kuat atas keselesaan kita.Dalam rawatan urut Aromaterapi & Thai,urut telinga dibuat dengan cara gentel,ramas dan lipat sahaja.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone