Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • Sumo

Urut Tapak Tangan Urut Tapak Tangan.

Tapak tangan merupakan anggota badan terpenting dalam melakukan sesuatu kerja tidak kira kerja ringan ataupun kerja berat.Tapak tangan yang sihat akan membuatkan kita boleh tumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan.Tapi kadangkala,dalam hayat anda ada ketika tapak tangan anda menjadi lenguh,sengal dan sakit-sakit.Ini mungkin berpunca dari penjagaan tangan yang tidak betul seperti bagi seorang tukang urut.Setelah baru sahaja selesai mengurut pelanggan,walaupun telah dikeringkan minyak di tangan yang masih baru itu,mereka terus ke bilik air dan terus membasuh tangan mereka dengan air paip sejuk normal(bukan air suam).Sepatutnya mereka membasuhnya dgn air suam.Hal ini kalau diamalkan akan memyebabkan tangan pasti akan menjadi lenguh dan berbuku-buku ototnya.Ada banyak lagi penyebab tapak tangan menjadi lenguh.

Sistem Saraf Dan Urut Tapak Tangan.

Urut Tapak TanganUntuk pengetahuan,ingin diterangkan bahawa di tapak tangan juga adalah tempat yang mempunyai punca urat saraf untuk keseluruhan organ selain daripada kepala,telinga dan tapak kaki.Seperti di tapak kaki juga,di sini terdapat point-point yang mewakili organ-organ badan tertentu.Boleh dikatakan di sini adalah urut refleksologi kedua terbesar selepas urut refleksologi tapak kaki.Jika kita rajin dan sentiasa mengurut tapak tangan kita sendiri,pasti ia menjadi penyokong sumbangan ke arah kesihatan badan kita.

Cara Urut Tapak Tangan.

Urut tapak tangan terbahagi kepada 3 bahagian.Tapak tangan terbahagi kepada 3 zon iaitu sisi kiri dan kanan serta di tengah-tengah termasuk jari.Terdapat 2 kaedah dan cara untuk mengurut tapak tangan.Pertama jika pelanggan anda itu seorang yang gemuk atau berbadan besar,gunakanlah siku dan diikuti dengan ibu jari.Tetapi jika pelanggan tersebut seorang yang berbadan kecil,cukuplah dengan menggunakan ibu jari sahaja.Cara rasmi untuk urut tapak tangan ini adalah dengan tusuk,urut dan pusing ‘twisting'(keseluruhan tapak tangan).

Urut Tapak TanganSetelah minyak disapu di tapak tangan,urut tapak tangan dengan menggunakan siku atau ibu jari si sekitar zon sisi kanan dan kiri tapak tangan.Kemudian urut pula zon tengah tapak tangan dengan mengikut lurah dan lorong tulang jari yang terdapat di tapak tangan.Akhir sekali urut pula tapak-tapak jari itu.Patahkan ia perlahan-lahan.Di sebelah belakang tangan pula,urutkanlah dengan menggunakan ibu jari anda terutama di sekitar daging yang terdapat di celah-celah antara jari telunjuk dan ibu jari.

Urut tapak tangan tidaklah susah sangat kalau kita tahu arah serta caranya.Urut dengan mengikut sahaja arus otot tersebut.Jika ada ketulan,kita hilangkannya.Kalau kita tidak pasti samada itu adalah ketulan/angin atau tidak,kita boleh membandingkan dengan tangan yang sebelah lagi.Jika berbeza,maka tidak syak lagi,ketulan itulah yang menyebabkan kita sakit.Jadi dengan yakin kita mulalah urut tapak tangan.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone