Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • SumoMe

Urut Tapak KakiUrut Tapak Kaki.

Tapak kaki adalah merupakan antara satu tempat di badan manusia yang terdapat paling banyak urat saraf. Ia dikatakan begini adalah kerana, kita akan cepat merasa geli jika kita usik tapak kaki kita. Dengan urat saraf yang banyak ini, tuhan telah menjadikan juga tapak kaki sebagai (suis) yang terdapat banyak urat saraf yang mewakili anggota badan manusia. Urat saraf yang banyak ini tersusun dengan begitu rapi di mana ia seperti peta dunia yang mempunyai sempadan dan setiap sempadan ini akan membentuk satu kawasan yang mewakili setiap Negara. Begitu juga tapak kaki manusia. Dengan ini juga, urut tapak kaki dipanggil juga urut refleksologi iaitu kawasan saraf yang mewakili setiap anggota anggota badan manusia itu akan bertindak balas (reflex) dengan menghantar isyarat ke anggota badan yang mewakili saraf di tapak kaki tersebut.

Mengapa Orang Asli Jarang Dihidapi Penyakit Kronik.

Orang asli jarang menghidapi penyakit kronik kerana mereka berkaki ayam semasa berjalan di dalam hutan belantara. Dengan bentuk muka bumi yang tidak rata itu, mereka secara tidak sengaja memijak bonggol, batu akar kayu dan lain-lain lagi yang boleh dikatakan urut tapak kaki yang semulajadi tanpa bersusah payah mengupah orang untuk urut tapak kaki tersebut. Berlainan dengan kehidupan di bandar yang mana semuanya rata-rata. Susah untuk kita cari tempat yang berbonggol-bongol di kawasan rumah kita kecuali jika ada kawasan jalan tar yang kasar-kasar, sesuai sekalilah kita jalankan berjalan di atasnya dengan berkaki ayam bagi urut tapak kaki kita itu. Ada juga orang yang buat tempat pijak tapak kaki dengan simen di mana mereka akan menanam batu batu sebesar ibu jari di atas simen tersebut untuk diletak di dalam rumah. Sekarang ini, banyak juga terdapat batu tempat pijak refleksologi di taman-taman rekreasi dan juga di kawasan kondominium-kondominium.

Mengapa Urut Tapak Kaki Jarang Dijadikan Amalan.

Salah satu faktor terbesar kepada situasi ini adalah kurangnya kesedaran dan ilmu tentang sistem urut tapak kaki. Kebanyakan kita tidak menyedari tentang kepentingan urut tapak kaki dan juga tidak memahami jalinan sistem saraf tubuh manusia. Ada juga di antara kita tidak senang dengan rasa urut tapak kaki ini. Katanya sakit. Tapak sakit bermakna ada anggota badan kita yang sedang mengalami masalah. Sebaliknya jika diurut @ ditekan, tapak kaki kita tidak merasa sakit, bermakna, anggota badan kita dalam keadaan baik dan sihat.

Bila Perlu Urut Tapak Kaki.

Urut tapak kaki perlu dibuat bilamana kita merasa pening-pening, badan merasa tidak sihat, tapak kaki kita bengkak, tapak kaki kita merasa sakit-sakit dan gatal-gatal.

Di mana Untuk Mendapatkan Rawatan Urut Tapak Kaki.

Sekarang terdapat banyak tempat yang ada menawarkan urut tapak kaki seperti di Bukit Bintang, Chow Kit. Ada yang menyediakan di rumah-rumah kedai dan ada juga di kaki-kaki lima. Kebanyakan mengenakan bayaran dan tempoh perkhidmatan yang berbeza-beza. Ada yang memberikan perkhidmatan 30 minit untuk kedua-dua tapak kaki dan ada juga 45 minit. Tapi masa yang professional adalah 45 minit untuk kedua tapak kaki. Perkhidmatan yang disediakan di rumah kedai mungkin berkira sedikit kerana mengambilkira kos. Perkhidmatan di kaki lima @ bebas mungkin lebih sikit masanya. Semuanya bergantung juga kepada tukang urut tersebut. Bagi saya, baik cuba urut tapak kaki di kaki lima dan persendirian. Sebenarnya anda boleh buat sendiri sahaja urut tapak kaki iaitu dengan menggunakan roling tapak kaki kayu yang beharga antara rm5-rm15 itu sambil bermain komputer. Atau anda cuba pijak batu berbonggol atau batu refleksologi yang ada di taman rekreasi. Boleh juga pijak batu refleksologi plastik yang dijual di pusat membeli-belah. Atau sambil tengok tv, geselkan tapak kaki anda di tempat yang tidak tajam. Letak minyak sikit boleh kalau takut melecet. Kesannya sama sahaja. Itu pengalaman saya. Anda ada kesedaran tentang urut tapak kaki dan selalu buat, 2,3 kali dan seterusnya, insyaallah kesannya sama sahaja.Jika kita mengurut tapak kaki si pesakit,kita boleh gunakan teknik Tusuk,Urut,Tumbuk,Caffling dan Pusing(twisting).Kita boleh masukkan mana-mana yang kita rasa perlu berdasarkan kepada keadaan tapak kaki dalam rawatan urut tapak kaki tersebut.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone