Urut Punggung.

Urut Punggung

Bentuk punggung atau bontot tidak memberi apa-apa makna bagi kaum lelaki. Tapi bagi kaum perempuan, bentuk punggung memainkan peranan yang amat penting dalam menjelaskan kecantikan seseorang wanita itu. Punggung kaum lelaki lebih keras dan pejal manakala punggung kaum hawa lembut seperti kapas. Dalam situasi urut punggung seseorang individu, bagi saya urut punggung lelaki lebih susah daripada urut punggung wanita kerana ia lebih keras dan lebih berotot. Punggung yang keras dan pejal lebih menarik bagi lelaki manakala punggung yang montok dan besar lebih menarik bagi kaum perempuan. Walaubagaimanapun perbezaannya, urat/otot yang ada di punggung kaum adam dan hawa semuanya sama dari segi susunannya.

Mengenali Punggung Bermasalah & Teknik Urut Punggung Yang Baik.

Adakah anda pernah rasa gatal-gatal dan lenguh di punggung termasuk paha? Mungkin setiap individu pernah merasainya terutama yang tidak pernah mendapat rawatan urut dalam hayatnya. Apabila ini terjadi, kebanyakannya, anu pun tak berapa power dsb. Itulah antara kaitan antara punggung, tenaga batin dan paha. Untuk pengetahuan, punggung merupakan salah satu pusat bagi tenaga batin seseorang lelaki. Di bahagian punggung terdapat banyak sekali otot yang melintang. Kalau kita bayangkan tulang sahaja di sana, pasti kita dapat ukur banyak mana isi dan otot yang berada di situ. Urut sahaja otot dan isi melainkan tulang tersebut. Cara bayangkan tulang sahaja yang ada di sana merupakan satu teknik untuk urutan punggung yang baik.

Cara Urut Punggung.

Urut Punggung

Sakit atau lenguh punggung berpunca dari banyak punca. Kita merasa sakit atau lenguh punggung kerana terdapat banyak angin @ ketulan yang berada di sana. Ketulan ada yang bulat dan panjang melintang terdiri daripada pelbagai saiz. Kebanyakan ketulan itu biasanya berada pada permulaan punggung iaitu tempat pengakhir bagi paha. Sakit atau lenguh punggung ini juga berpunca daripada paha yang banyak angin. Jadi untuk menghilangkan sakit atau lenguh punggung secara kekal, kita mesti urut paha dahulu beserta dengan urut punggung. Urat/otot paha berhubung secara langsung dengan urat/otot punggung. Selepas kita urut paha, di pengakhir urut paha kita mula urut punggung. Jangan “skip”. Sambungkan. Bagi pesakit yang lenguh punggung, permulaan punggung itu terdapat otot bengkak dan keras. Ia betul-betul terletak di atas tulang punggung. Urut angin tersebut sampai hancur. Kemudian urut punggung mengikut arah otot punggung seperti dalam gambarajah di atas. Bagi sakit punggung kronik, kalau kita tekan dalam-dalam, kita akan merasa satu urat besar panjang sebesar ibu jari terdapat di dalam punggung itu. Kita kena urut urat yang keras memanjang di atas jaluran urat yang keras tadi sampai ia semakin lembut,mengecil dan hancur. Tapi susah untuk hilangkannya dalam masa satu jam kerana urat tersebut sentiasa lari(tergelincir) dari jari tukang urut. Kita cuba urut di atas urat tadi sampai berjaya bermula dari permelaan punggung sampai ke atas. Itu kalau pesakit sedang meniarap. Susah sikit untuk kesan jaluran keras macam tali dalam punggung itu tadi. Untuk menimbulkan urat tadi, ubah pesakit supaya mengiring dan bengkokkan kakinya. Situasi inilah urat bermasalah tersebut timbul dan mudah untuk diurut. Kita urutlah dari tempat awal urat bengkak tersebut, urut mengikut jaluran urat tersebut ke atas sampai akhir jaluran bengkak tersebut tersebut. Punggung yang sihat tidak akan ada apa-apa ketulan di sana. Tadi kita urut punggung mengikut urat otot punggung seperti dalam gambarajah di atas. Kita boleh juga urut punggung melintang dari otot punggung tersebut selepas selesai urut arah seperti di atas. Di antara punggung kiri dan kanan, di tengah-tengah terdapat tulang dan sedikit otot lurah dubur. Urut tulang dan otot tersebut ke arah atas sehingga tidak ada ketulan lagi. Kita boleh “goreng” sahaja urut punggung, janji punggung tersebut bebas dan tidak ada langsung ketulan walau dari sudut mana sekali pun. Akhir sekali boleh letak kedua tapak tangan masing-masing di punggung kiri dan kanan, kemudian tekan dan buat dalam bentuk bulatan. Buat di mana sahaja bahagian punggung. Ini untuk melembutkan otot punggung. Akhir sekali, tolaklah dengan kedua tapak tangan bermula dari permulaan punggung(seluruh punggung), tolak sampai ke leher. Ini untuk mengangkut asid yang hancur selepas urut punggung tadi ke atas, iaitu ke jantung untuk diangkut dan dicuci.