Urut Perut.

Urut Perut

Dalam perbincangan dengan pelanggan di kalangan-kalangan doktor,ramai di kalangan mereka tersebut telah menasihati agar tidak mengurut di kawasan abdomen/perut khususnya bagi seseorang pelanggan yang berperut buncit dan gemuk.Mereka sependapat bahawa mengurut di bahagian perut dengan cara menggunakan jari amat merbahaya sertamemberikan rasa sakit/perit kepada seseorang pesakit tersebut.Mereka berpendapat bahawa jika mengurut menggunakan jari di bahagian perut boleh meninggalkan kesan yang nyata/sampingan seperti luka,lebam dan bercalar merah.Nasihat penting daripada mereka lagi,hindari daripada mengurut ataupun menekan pusat kerana jika disentuh/diurut pusat ini,ia akan memudaratkan kesihatan pesakit terbabit.

Walaubagaimanapun,dalam rawatan urut tradisional rawatan urut perut dibenarkan iaitu dengan membuat pengubahsuaian yang sesuai yang selamat berdasarkan daripada testimoni pelanggan dari kalangan para pegawai-pegawai perubatan.Kaedah dan cara urut perut kemudian diperkenalkan kepada pelanggan berdasarkan kepada beberapa ujian yang dijalankan dalam mengurut perut ini,didapati kaedah yang akan ditunjukkan tidak memberi kesan sampingan atau kenudaratan kepada pelanggan/pesakit.

Kaedah Dan Cara Urut Perut.

Kaedah urut perut hendaklah secara berpusing-pusing seperti jam.Dalam rawatan urut tradisional,caranya ialah dengan menggunakan hujung lengan(bukan siku).Anda boleh memulakan di mana-mana arah/tempat sahaja bermula separuh jengkal dari pusat.Sekali lagi diberitahu bahawa jangan sekali-kali urutan itu terkena pada pusat kerana ianya boleh menyebabkan kesakitan kepada para pelanggan.Sekiranya anda tidak mempercayai akan nasihat ini,tekanlah sendiri pada pusat anda,sakit atau tidak.Sekiranya anda tidak merasai apa-apa kesakitan,boleh jadi anda seorang yang betul-betul kebal.Jika pelanggan anda ada mengadu masalah sembelit(susah nak buang air besar),urutkanlah berulang kali di sebelah kiri perut pesakit.Sekiranya pelanggan ada mengadu susah hendak bernafas,urutkanlah perut dari bahagian atas(permulaan dada).Urut turun ke arah pusat.Ulang beberapa kali.Tapi dalam rawatan urut tradisional yang terlalu profesional,letak minyak,dengan 2 tapak tangan,urut perut ini bermula dari pangkal zakar terus tolak naik sampai ke bahu.Teknik ini amat senang dan menyegarkan.

Dalam rawatan urut Aromaterapi Dan Thai,tanpa minyak,urut perut ini dimulakan dengan mengesan usus besar.Kemudian dengan hujung 8 jari tolak dan tarik dengan laju usus besar tersebut mengelilingi pusat selama 3,4 pusingan.Dengan minyak pula,kita gunakan kedua tapak tangan,bersilang,angkat dan letak balik mengelilingi pusat sebanyak 3,4 Pusingan ikut arah jam.Berdiri di sisi pesakit,tarik perut tepi sebelah sana dengan kedua-dua tapak tangan dengan laju sehingga panas untuk membakar lemak mengelebeh di tepi perut.Kemudian tukar sebelah sini pula buat tindakan yang sama.

Perlukah Kita Urut Perut.

Urut perut tidaklah sesusah mana.Kebanyakannya dalam rawatan urut,urut perut ini jarang dibuat kerana mungkin kesuntukan masa ataupun urut perut ini dilakukan khusus jika pesakit mengadu masalah.Sesungguhnya urut perut yang bagus sudah tentu memberi kelegaan pada perut yang rasa senacam makanan tidak hadam saja.Tapi pengalaman saya dan saya sendiri pun,urut perut tidak boleh mengeluarkan angin/kentut ‘on the spot’ pada masa itu juga.