Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • SumoMe

Urut PahaUrut Paha Dan Kandungan Otot.

Paha merupakan anggota yang menjalankan peranan utama untuk kita mengangkat barang, bangun atau pun untuk kita menjalankankan satu-satu senaman. Boleh dikatakan begitu kerana di paha terdapat terlalu banyak otot. Otot di paha adalah otot yang paling banyak terdapat di badan manusia jika dibandingkan dengan anggota badan manusia yang lain. Otot yang terdapat di sini bukan sahaja selari, tetapi bersilang-silang macam “fly over” jalan raya. Ia terlalu unik dan amat susah untuk dibaca kecuali jika kita melihat gambarajah otot paha manusia. Orang yang selalu bersenam akan memiliki bentuk paha yang menarik walaupun memakai seluar. Paha yang pejal akan memberi rasa yang selesa kepada seseorang individu itu. Orang yang bermain “gym” untuk senaman paha akan mempunyai paha yang berotot,pejal dan cantik. Orang yang jarang bersenam mungkin akan memiliki paha yang besar di mana ada terkandung lemak di dalamnya. Keadaan paha yang besar akan memberikan rasa yang tidak selesa kepada pemiliknya samada semasa sembahyang,duduk, bersela dsb.

Urut Paha Dan Kaitan Dengan Jenis Paha.

Bentuk paha yang kecil amat mudah untuk diurut. Bentuk paha yang besar amat susah untuk diurut. Bagi seorang tukang urut, paha yang kecil senang untuk diurut kerana kita boleh urut paha tersebut sehingga ke tulang. Kita mudah meneroka otot-otot paha sebegini kerana tidak ada banyak lemak yang menghalang kita daripada merasa susur galur otot tersebut. Otot orang gemuk mungkin memakan sedikit tenaga bagi seseorang tukang urut walaupun dia seorang tukang urut mahir. Susah untuk kita menekannya sampai ke tulang kerana terlalu banyak isi dan lemak yang menghalang. Biasanya kesan urut pada paha orang yang kurus lebih berkesan jika dibandingkan dengan orang pelanggan yang gemuk. Ada tukang urut yang terdapat tidak mengambil pelanggan yang berbadan besar kerana susah katanya untuk urut. Tapi bukan semua tukang urut begitu. Urut paha ahli bina badan juga susah kerana terlalu keras sehingga memeritkan jari. Walaupun mudah untuk mengesan susur galur otot tersebut, tapi kalis jugalah untuk menekannya.

Jenis Urut Paha.

Pada teori saya, urut paha terbahagi kepada 2 jenis iaitu urut paha untuk buang angin “Sport Massage” dan urut paha untuk tenaga batin. Urut paha untuk “Sport Massage”, kita tumpukan urut di bahagian atas otot tersebut. Urut paha ini sebenarnya bermula di sendi belakang lutut tersebut. Sendi belakang lutut tersebut kita kena urut juga kerana tempat tersebut banyak toksid mendap yang terkumpul. Urut dengan perlahan lahan tapi berulang kali semasa urut tempat tersebut kerana ia sensitif dan mudah merasa sakit. Kemudian kita urut paha pula. Kita kesan ada ketulan di seluruh bahagian paha, kemudian kita tumpukan pada tempat ketulan tersebut. Kita urut ketulan tersebut sampai hancur sehingga kita rasa otot di paha tersebut menjadi telah rata. Kalau ada ketulan di paha pada tempat sebelah lain, kita hancurkan juga sehingga semua ketulan dibuang. Kita mula urut dari sendi belakang lutut sampai ke punggung”pinggang”. Selepas hancurkan semua angin, kita tolak paha menggunakan kedua tapak tangan kita bermula sendi belakang lutut tolak ke atas melalui punggung, pinggang, belakang sampai ke bahu. Kita boleh ulang berulang kali. Ini adalah untuk menolak angin”Asid” hancur tadi supaya sampai ke jantung untuk dicuci. Untuk paha bahagian depan pula, tekniknya sama macam urut paha bahagian belakang ini. Tapi urut paha bahagian depan dilakukan bilamana pesakit terlentang nanti. Untuk urut paha jenis satu lagi iaitu urut paha untuk tenaga batin, urutan ini ditumpukan pada bahagian bawah iaitu bahagian celah otot paha.  Setiap jaluran otot terdapat “line @ parit) masing-masing. Kita urutlah di celah otot tersebut kalau boleh dalam-dalam biar ia terkena urat tenaga batin yang terdapat di celah itu. Urutan ini bermula dari sendi belakang lutut sampai ke pangkal pinggang. Urutan yang berkesan, akan membuatkan anu pesakit tegak mencacak. Begitu juga urut paha tenaga batin sebulah depan nanti iaitu boleh diurut bilamana pesakit baring terlentang nanti. Tekniknya sama.

 Hubungan Paha Dengan Punggung.

Otot paha semestinya bersambung dengan punggung. Punggung yang lenguh dan sakit berpunca juga dengan angin yang terlalu banyak di paha. Urut paha untuk membuang angin akan meringankan separuh daripada sakit punggung tersebut. Jadi untuk menghilangkan segala lenguh yang melanda, urutlah paha anda dengan segera. Jangan berharap kepada ubat. Urut adalah lebih praktikal. Dapatkan rawatan urut paha anda daripada tukang urut yang terlatih.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone