Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • Sumo
urut muka

Urut Dahi Mula Dari Tengah(Tekan & Tolak Ke Tepi Kanan & Kiri)

Urut Muka.

Tujuan utama urut muka hanyalah sekadar untuk memberikan sedikit kerehatan pada urat-urat saraf anggota yang terdapat di sekitar muka.Selain itu,amalan mengurut muka juga boleh menenangkan fikiran dan memudahkan tidur.Antara tempat-tempat yang menjadi sasaran urutan adalah di dahi,lubang cengkuman mata bawah kening,serta sendi-sendi tulang rahang dan pipi.

Kaedah Dan Cara Urut Muka.

Kaedah dan cara urut muka dikira agak rumit kerana ia terbahagi kepada beberapa peringkat dan tertumpu di tempat-tempat tertentu sahaja.Walaubagaimanapun,akan dihuraikan secara ringkas berdasarkan apa yang pernah dilakukan ke atas pelanggan.

Perhatikan gambarajah.Dengan menggunakan ibu jari kanan dan kiri,urut bermula dari tengah-tengah dahi,tekan dan tolak ke tepi kanan dan kiri hingga sampai penghujung dahi.Selepas itu,pada tempat yang sama juga,urutlah pula dengan menggunakan 4 jari masing-masing sebelah kanan dan kiri.Caranya juga sama dengan apa yang telah dilakukan menggunakan ibu jari tadi.Kemudian dengan menggunakan ibu jari atau 2 jari @  jari telunjuk kanan dan kiri,urutkanlah sisi kepala(berhampiran telinga) dengan cara memusin-musingkannya.Urat di sini didapati bengkak jika seseorang itu tidak cukup tidur,stress atau terlalu banyak berfikir.

Seterusnya dengan menggunakan jari telunjuk ataupun 4 jari kanan dan kiri,tidak termasuk ibu jari,urutlah berhampiran tulang bonjol di sebelah kanan kiri hidung(tulang pipi) turun secara melengkung sampai di tulang sendi rahang/pipi kemudian naik pula sampai ke pangkal telinga.Urutan ini biasa diberi dalan rawatan Aromaterapi Dan Thai Massage.Ulangkan beberapa kali.Kemudian kita urut pula di bahagian dagu dengan cara menusuk  bermula dari tengah dagu hingga ke rahang sebanyak 2,3 kali.Kemudian urut pipi dengan cara ‘rolling’ keatas.Selepas itu urut telinga pula.

Urut Muka

Urutan Di Sekitar Lubang Cengkuman Mata

Seterusnya,urut pula di sekitar lubang cengkuman mata.Dengan menggunakan 2 jari telunjuk kanan dan kiri,urutlah dari tepi batang hidung kanan dan kiri,urut dari tepi batang hidung kanan dan kiri,urutkanlah ia di dalam lubang cengkungan mata iaitu di bawah kening tolak ke tepi kanan dan kiri hingga hujung bingkai lubang cengkungan mata.Kemudian kita tusuk kedua-dua belah kening dalam dua pusingan(set).

Terdapat pelbagai tambahan cara urut muka lain yang lebih halus sebagai tambahan iaitu dengan cara menggosokkan kedua tapak tangan sehingga panas kemudian kita tutup kedua-dua belah muka pelanggan kiri dan kanan tersebut masing-masing dengan tapak tangan kiri dan kanan yang panas tadi.

Posisi Pelanggan Semasa Sesi Urut Muka.

Terdapat 2 posisi pelanggan semasa sesi rawatan urut muka.Tukang urut boleh urut muka pelanggan semasa:Pertama- pelanggan duduk bersila(Tukang urut duduk di hujung kepala.Kedua-Pelanggan baring terlentang(Tukang urut berdiri di belakang pelanggan).

Urut Muka Sambil Mandi @ Cuci Muka.

Sebenarnya,kita boleh mengambil kesempatan urut muka kita semasa kita sedang basuh muka atapun semasa mandi.Pencuci muka sudah ada di muka,maka kita urutlah muka kita sebagaimana cara kita mencuci muka seperti kebiasaan iaitu dengan cara memusing-musingkan 4 tapak jari tangan dengan tenang di samping niat kita untuk menghilangkan daki di muka.Cara memusingkan dengan cara terbaik adalah bermula dari bawah pusing menghala ke atas supaya isi muka kita tidak jatuh dan kita akan kelihatan muda.Urut muka sebagai pelengkap kepada rawatan urut.Kalau tidak kena dengan caranya,rawatan urut muka yang diberikan tadi akan membuatkan muka menjadi letih.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone