Urut Lutut Dan Kaitannya Dengan Sakit Lutut.

urut lututPernahkah anda mengalami sakit lutut.Jawapan adalah ‘tidak’ bagi orang muda dan jawapan sebaliknya bagi orang tua @ warga emas.Orang muda,ototnya masih muda dan masih segar.Bendalir sebagai pelincir di dalam sendi lutut masih ‘maintain’ dan berada dalam kuantiti yang standard.Apa yang menyebabkan sakit lutut sahaja bagi orang muda adalah mungkin berpunca daripada kemalangan dsb.Bagi orang tua/warga emas,sakit lutut adalah menjadi perkara yang mesti terjadi kepada kebanyakan warga emas.Kenapa mereka sakit lutut.Jawapannya adalah bebdalir pelincir di dalam lutut sudah kering dan lutut tidak boleh lagi menjadi lutut yang normal.Setiap kali berdiri,mereka akan rasa sengal-sengal kerana bendalir pelincir sudah tiada dan tulang rawan dan ligamen yang bergesel tanpa pelincir tadi akan bergesel terus sesama mereka.Adalah boleh dikatakan di sini,bendalir ini kurang di sebabkan faktor umur dan kerja guna tenaga yang kuat semasa muda.Produksi bendalir sudah tidak berapa aktif lagi ditambah pula produksi orang tua yang tidak seberapa lagi.Lebih teruk lagi jika tidak pernah mendapat rawatan urut.’Blood circulation’ tidak berjalan dengan sempurna dan tubuh tidak mendapat darah yang secukupnya untuk beredar di sekeliling tubuh untuk menjalankan fungsinya membekalkan khasiat yang diperlukan termasuk di lutut.Jadi urut lutut yang bagus disertakan urut anggota badan yang lain diperlukan untuk membetulkan keadaan.

urut Lutut

Anatomi Lutut

Cara & Teknik Urut Lutut.

Ada orang khususnya warga emas,mereka ingin mendapatkan rawatan pembedahan untuk mengubati sakit lutut mereka.Jangan!!Bahaya.Jika kita bedah lutut,segala dalam lutut sudah tidak normal/semulajadi lagi.Segalanya ada tambahan benda plastik dsb.Jadi sampai bila boleh bertahan jika kita pakai barang tiruan.Jadi penyelesaian terbaik ialah kita urut lutut tersebut.Apa yang kita perlu urut adalah di sekeliling/sisi/bawah tempurung lutut tersebut disertakan sekali rawatan urut paha depan dan belakang.Kita boleh urut di sekitar tempurung lutut tersebut tetapi kita tidak boleh urut paha.Tenaga tidak mencukupi untuk urut paha sendiri walau orang tersebut adalah pakar urut terkenal.Kita mesti menyuruh orang lain yang mengurutnya.

Urut Lutut

Vastus Medialis(2),Vastus Lateralis(9),Rectus Femoris(1),Sartorius

Di lutut terdapat ligamen dan tendon yang bewarna putih seperti dalam gambarajah.Ligamen dan tendon ini tidak perlu diurut kerana tidak ada angin @ ketulan di sana.Yang perlu diurut adalah Gastrocnemius muscle,Lateral Head,Medial Head,Popliteus Muscle.Urut sepanjang otot tersebut.Jangan urut melintang.Urut selari dengan otot tersebut.Buangkan ketulan yang terdapat pada otot tersebut.Orang terutama warga emas yang sakit lutut,kalau kita rasa lutut mereka,di sana tidak seperti lutut orang normal.Terdapat banyak bengkak malah lutut mereka tidak rasa seperti lutut.Untuk memulihkan lutut tersebut,kita sedaya upaya samada urut sedikit-sedikit dalam sehari atau urut dgn masa yang panjang sekaligus,urut lutut tersebut supaya menjadi bentuk seperti lutut orang normal/muda.Caranya hancurkan ketulan yang berkumpul di atas otot yang telah disebutkan.Cara urut adalah samada gosok,genyeh,gentel dan urut dalam bentuk zig zag atau macamana cara sekalipun dengan tapak ibu jari & hujung ibu jari untuk menghancurkan angin serta ledir yang berkumpul di situ.Jangan lupa juga disertakan urut di sekeliling, bawah tempurung lutut dan dua lubang di depan tempurung lutut tersebut untuk menyingkirkan asid dan angin  di tempat tersebut.Pada masa urut itu,tolak angin yang telah hancur dengan tapak tangan ke arah pinggang/badan atas.

Setelah urut di bahagian tersebut,urut pula di otot bahagian paha sampai punggung @ pinggang bermula dari Vastus Medialis Obliquus,Vastus Lateralis,Sartorius & Rectus Femoris.Kerana apa.Darah yang sihat dari jantung tersekat di paha dan tidak sampai ke lutut,dan lutut dengan ini tidak dapat digantikan dengan tisu yang baru.Ini menyebabkan lutut tidak pulih sepenuhnya,dan ia masih lagi sakit seperti sebelumnya.Cara urut paha sudah diterangkan dalam artikel ‘Urut Paha’.Dalam kes sakit lutut ini.urut betis tidak perlu dibuat.

Urut Lutut Secara Berterusan.

Urut lutut secara berterusan setiap hari sehingga ketulan di lutut hilang akan menjadikan orang yang mengidap sakit lutut sembuh sepenuhnya.Tidak ada lagi,sengal dan nyilu apabila berdiri kerana dari kesan urut lutut yang bagus dan berterusan,menyebabkan lutut bebas dari segala ketulan & bentuk lutut menjadi seperti lutut orang normal.Ada lurah & lubang di tepi tempurung lutut dan kita tahu ia tidak ada ketulan lagi wlu ketulan tersebut amat degil untuk hilang,malah mengambil masa berhari-hari atau minggu untuk meratakan/menghilangkan ia.Cubalah cara urut lutut ini & insyaallah orang yang menghidapi sakit lutut sudah boleh tidur lena & tak perlu makan pil dsb yang sememangnya mitos semuanya.