Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • Sumo

Urut Leher Otot Leher Dan Urut Leher.

Tahukah anda, ada terdapat juga latihan senaman untuk leher bagi ahli sukan. Ahli sukan tersebut menundukkan kepala, kemudian satu benda berat digantung di kepala. Kemudian ianya diangkat menggunakan leher dan diturunkan kembali. Begitulah seterusnya. Latihan sebegini akan membuatkan otot leher kuat secara keseluruhan dan leher menjadi pejal dan besar. Di manakah terletaknya otot leher tersebut. Otot leher terletak betul betul di belakang leher. Di sisi dan depan leher sebahagian besarnya terdiri daripada hanya berjuta-juta urat saraf. Dalam rawatan Urut Tradisional dan “Sport Massage”, pesakit tidak akan diurut di bahagian sisi dan depan leher kerana tidak ada otot besar di situ. Jika diurut, ia akan merosakkan jalinan saraf sensitif yang terdapat dan leher akan menjadi merah dan bengkak. Ini merbahaya.

Mengapa Leher Menjadi Lenguh.

Lenguh leher terjadi akibat daripada pembentukan ketulan di bahagian belakang leher dan juga bahu. Ketulan ini terbentuk tanpa disedari samada bersaiz besar dan kecil. Ada yang lembut dan ada juga yang keras/degil. Ketulan ini terbentuk daripada pemakanan dan gaya hidup seperti memakan makanan yang berlemak, kurang minum air, kurang tidur dsb. Bagi orang yang kurang tidur, bengkak pada pangkal belakang kepala senang terbentuk. Orang yang kurang tidur atau tidur tidak teratur, terdapat banyak ketulan angin di lehernya.

Urut Leher Dan Kepentingannya.

Kita biasa merasai lenguh-lenguh di leher terutama bilamana duduk di atas kerusi lama-lama atau duduk@ tidur dalam situasi yang tidak betul. Bagi kerja, lenguh ini akan mengganggu prestasi kerja kita. Kalau kena masanya, langsung tidak boleh buat kerja. Ia biasa disertai dengan pening kepala dan lenguh bahu. Jika dilihat pada gambarajah ini, otot bahu dan belakang leher, ianya adalah satu. Ya. Sememangnya. Jika anda lenguh di leher, bermakna anda juga lenguh di bahu dan kepala. Masing-masing mempunyai kaitan yang rapat. Tidak boleh tidak, satu daripada otot bahu dan leher, semuanya mesti diurut dan bebas daripada angin atau ketulan yang menghalang peredaran darah. Kalau tidak salah satu daripadanya termasuk bahagian kepala akan mengalami masalah. Setelah bahu diurut, rawatan urut belakang leher dilakukan pula untuk melengkapkan satu rawatan urut yang akan memberikan keselesaan di bahagian kepala. Untuk mendapat kesan yang optimum dan tidak ada lagi sakit leher berulang, keseluruhan belakang pesakit juga perlu diurut.

Urut LeherCara Urut Leher.

Urut leher terbahagi kepada 2 cara iaitu boleh urut ke arah atas dan boleh urut ke arah bawah. Bagi pesakit darah tinggi/strok, kita kena urut ke arah bawah. Untuk urut ke arah atas, kita boleh mulakan di permulaan leher sebelah bawah. Letakkan permukaan ibu jari tempat tersebut, masing-masing satu ibu jari di setiap belah otot leher, tekan sedikit kemudian tolak kedua-dua otot belakang leher tersebut ke atas sampai di permulaan tengkorak. Tambahkan tekanan untuk sampai di atas. Ulang beberapa kali. Kemudian urut macam tadi juga tapi kita buat dalam bentuk bulat-bulat. Ini untuk melembutkan otot tersebut. Boleh ulang beberapa kali. Kadar tekanan pada permulaan tekanan adalah jangan terlalu kuat dan tambah kadar tekanan sehingga sampai sebelah atas. Anda boleh juga urut setiap belah otot belakang leher tersebut satu-satu menggunakan kedua ibu jari pada masa yang sama. Sesudah selesai, tukar sebelah sana pula. Buat hingga selesai. Yang pastinya urut belakang leher ini, anda urut keseluruhan dan pastikan sepanjang kedua-dua otot belakang leher tersebut, anda dapat mengenal pasti bengkak @ ketulan angin yang bersaiz besar atau kecil. Selepas urut keseluruhan, tumpukan pada ketulan tersebut. Gosok, genyeh, gentel dsb untuk menghancurkan keseluruhan ketulan yang ada. Leher yang sihat, kita tidak akan rasa pun ketulan di otot leher tersebut. Ia akan rata. Bila tiada ketulan, darah dapat berjalan dengan lancar di dalam salur kapilari darah yang terletak di dalam otot tersebut. Kita tidak akan lagi merasa pening.

Tadi urut ke atas. Ini kita urut pula ke bawah. Cara urut leher arah ke bawah ini di buat kepada pesakit darah tinggi agar salur kapilari darah tidak pecah jika kita mengurutnya arah ke atas. Dalam keadaan berdiri, pesakit dalam keadaan bersela atau boleh juga kita dalam keadaan duduk, pesakit meniarap, urutlah dengan cara yang sama bermula dari pangkal kepala(permulaan tengkorak), turun ke bawah sampai bahu. Boleh gunakan dua jari atau satu jari setiap belah. Tekanan diubah berdasarkan reaksi pesakit. Yang pasti, kita kena hilangkan ketulan angin yang ada di otot tersebut.

Urut leher amat penting untuk kesejahteraan hidup kita. Tanpa urut leher, kita tidak sejahtera. Ini kerana, rawatan urut leher akan melegakan kepala kita. Kita boleh urut leher kita sendiri. Letakkan minyak kemudian urut leher tersebut selagi mana terdaya. Cara urut leher tersebut sama seperti cara di atas juga. Biasanya kita cepat letih bila kita urut leher kita sendiri. Tapi untuk melegakan lenguh tersebut dengan cepat, kita urut leher kita tersebut sambil tengok tv, bermain komputer dsb. Untuk mendapatkan rawatan urut leher berkualiti, anda mesti mendapatkan orang yang betul-betul pandai dalam rawatan urut leher beserta bahu ini yang mampu memberi perubahan dalam jangka masa lama. Rawatan urut leher yang betul, bahu dan leher tidak lenguh lagi dan kepala kita akan menjadi semakin ringan.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone