Urut Kepala.

Urut Kepala

Anda selalu rasa pening? Pening tak kira masa. Tanpa sebab pening tersebut datang dengan sendirinya. Makan ubat tak jalan juga. Bolehlah tapi lega sekejap saja. Nak pergi urut tak pasti mana tempat urut yang bagus dan berkesan. Terfikir, nak urut kepala sahaja kena bayar berpuluh-puluh ringgit. Macamana situasi sekarang. Akhir sekali terpaksa biarkan dan sekali sekala terpaksa menelan ubat dan pil-pil kesihatan yang lain. Jangan bimbang. Sekarang anda berkunjung ke blog yang paling “detail” tentang rawatan urut seluruh badan termasuk urut kepala yang mana artikel dari blog ini ditulis sendiri oleh saya, pakar terapi terlatih anda. Ia ditulis untuk memberi sumbangan  berbentuk sedikit ilmu kepada orang ramai agar boleh dipraktikkan untuk tujuan kebaikan. Oleh itu, anda boleh praktikkannya sendiri jika susah untuk mendapatkan rawatan dari tukang urut di luar sana.

Mengapa Sakit Kepala?

Sakit atau pening kepala terjadi disebabkan asas atau akar kepada kepala tersebut bermasalah dan juga disebabkan angin/otot keras yang berbuku-buku terdapat di sekitar kepala/kulit kepala iaitu dalam salur darah dan otot dalam kulit kepala tersebut. Asas kepada kepala tersebut bahu dan leher. Bahu dan leher bermasalah adalah penyebab utama kepada kepala yang bermasalah ini. Kenapa pula?. Hal ini terjadi adalah kerana angin/asid berbentuk ketulan kecil atau besar terbentuk di bahagian bahu dan leher yang menghalang darah beroksigen untuk mengalir laju ke arah kepala. Angin tersebut akan menyekat lebih separuh dari terowong darah tersebut untuk sampai dalam keadaan normal. Bila bekalan tak cukup, maka berlakulah kebuluran di anggota kepala. Darah beroksigen berkhasiat ini ini perlu ke kepala untuk menggantikan darah yang telah digunakan yang mana darah yang sedia ada di kepala tersebut telah kehabisan oksigen/khasiat yang boleh digunakan untuk mengekalkan atau membentuk sel baru. Maka bila mana oksigen/khasiat tidak cukup, maka mulalah urat atau otot di kepala tersebut mula menjadi kusam dan tak bermaya. Inilah menyebabkan macam-macam ketulan terbentuk yang menghalang pula kapilari dan otot di sekitar kepala untuk menjalankan tugasnya menghantar darah berkhasiat tersebut untuk beredar sekitar kepala. Bilamana di luar bermasalah, di dalam juga(otak) akan mengalami masalah. Mulalah pening-pening dan sebagainya.

Cara Urut Kepala.

Urut Kepala

Ramai orang menggunakan gel sapu seperti di bahagian bahu dan leher. Gel ini tidak mampu untuk menghancurkan ketulan angin yang besar dan kecil mahupun besar. Maka urut jugalah cara penyelesaian yang sebenarnya. Setelah urut bahu dan leher kita akan mula urut bahagian kepala kita. Cuba anda lihat gambar kepala ini. Di seluruh kepala terdapat banyak salur darah. Ia menghala ke arah puncak kepala. Apa yang perlu kita urut melalui gambarajah ini. Anda boleh berdiri jika pesakit duduk bersila. Bermula dari telinga iaitu tempat mulanya dilihat salur darah tersebut, dengan hujung kesepuluh-kesepuluh jari yang anda kena letakkan di tempat tersebut, tekankan sedikit(cucuk), mulalah urutkan kulit kepala tersebut menghala ke arah atas mengikut arah saluran darah tersebut. Dalam masa mengurut tersebut, anda kena rasa/mengenalpasti menggunakan hati dalam anda, tempat-tempat di kulit kepala tersebut yang ada ketulan kecil. Ketulan inilah yang menghalang salur darah dalam kulit kepala anda itu daripada beredar sekeliling kepala. Raba dan urutkan dengan tekanan menyucuk dengan semua hujung jari tersebut serentak menggunakan teknik yang sama samada tepi atau belakang kepala bermula dari bawah hingga ke atas puncak kepala. Ulangkan beberapa kali sehingga anda rasa tiada lagi ketulan. Di tengah-tengah kepala ada 3 “line”. Satu terletak di tengah-tengah dan dua lagi terletak ke tepi sedikit (jarak 3 jari) masing-masing sebelah kiri dan kanan. “Line” tersebut semuanya bermula dari dahi sampai di belakang kepala. Pesakit bersela, anda berdiri atau pesakit terlentang, anda berada di hujung kepalanya. Rapatkan kedua ibu jari, letak kedua-dua hujung ibu jari yang rapat tersebut di permulaan “line” pertama iaitu di belakang kepala, dengan menggunakan berat badan, tusuk ibu jari tersebut di “line” atas kulit kepala tersebut bermula di belakang kepala atau di boleh juga bermula dari dahi. Tusuk menggunakan berat (rileks-rileks) hingga sampai di sebelah sana. Kemudian buat benda yang sama untuk “line ke-2 dan ke-3. Ulangkan beberapa kali hingga selesai. Selepas itu, anda boleh kumpulkan satu kelompok rambut, genggamkan rambut tersebut, tarik dan goyang-goyangkan. Ini untuk memberi ruang supaya bahagian bawah iaitu ruang antara kulit kepala dan tengkorak terbuka sedikit agar darah beroksigen dan enzin dapat mengisi dan melalui tempat tersebut yang akan menjalankan proses untuk memberi kelegaan yang maksimum. Kemudian urut keseluruhan dahi pesakit (dengan tekanan yang medium rileks) bermula dari tengah dahi menghala ke tepi dengan pernukaan 2 ibu jari anda. Ulang beberapa kali hingga selesai. Anda boleh melakukan ini secara berdiri jika pesakit duduk bersila atau boleh duduk di hujung kepala jika pesakit terlentang. Selepas itu anda letakkan jari telunjuk dan jari hantu serentak atau keseluruhan hujung jari atau boleh juga tapak ibu jari di seluruh kawasan antara dahi dan telinga. Urut dalam bentuk bulatan samada bulatan lawan atau ikut arah jam dalam 2,3 minit di kawasan tersebut. Ini untuk mengendurkan otot sisi kepala di kawasan tersebut agan kepala menjadi ringan. Akhir sekali, urutkan telinga pesakit tersebut dengan cara memicit ringan dan gentel seluruh telinga tersebut lebih kurang 1 minit. Kemudian lipatkan telinga tersebut 1,2 kali. Selesai Urut kepala.

Rawatan Urut Kepala Yang Baik.

Bahagian luar kepala kita terdiri daripada kulit kepala dan tengkorak. Kulit kepala seperti karpet. Jika kita hiriskan dan selak kulit kepala tersebut, maka kita akan lihat satu benda keras bewarna putih iaitu tengkorak. Tengkorak tidak boleh diurut kerana tidak ada apa-apa di sana kecuali ada isi di dalamnya iaitu otak. Jadi, kita dapat gambarkan di kulit kepala tersebut sajalah terdapat berjuta-juta saraf dan sedikit otot yang mana dalam rawatan urut kepala ini, kita mestilah memastikan selurut tisu/isi/otot kulit kepala tersebut lembut dan bebas daripada ketulan yang menghalang “highway” darah daripada mengalirkan trafik darah yang normal dan lancar. Di kepala juga ada point refleksologi yang mewakili organ-organ badan tertentu masing-masing.Jadi kita telah nampak situasi tempat yang perlu diurut tersebut kan? Jadi urut kepala anda tersebut menggunakan tekhik di atas ke seluruh bahagian kepala. Untuk pengetahuan, kulit kepala yang sihat dengan peredaran darah yang lancar mampu melebatkan rambut anda kerana dalam kulit kepala inilah tempat(enjin) bermulanya pertumbuhan rambut seseorang.

Adakah Anda Boleh Urut Kepala Anda Sendiri.

Urut kepala sendiri sememangnya boleh. Dengan menggunakan teknik urut kepala di atas, urut kepala anda pada mana-mana situasi pun anda berada samada masa tengok tv, bermain komputer dll. Sambil urut kepala tersebut, urut juga bahu dan leher anda. Sampai tangan kan? Tapi letih sikitlah. Jika anda malas, dapatkanlah rawatan daripada orang yang mahir dalam rawatan urut kepala ini agar anda selesa dan kesan rawatan urut kepala tersebut juga mampu merubah situasi kepala dan seterusnya minda anda. Terdapat pelbagai jenis cara rawatan urut kepala di luar sana. Tapi rawatan urut kepala terbaik adalah, anda akan rasa kesan rawatan urut kepala tersebut dalam jangka masa yang lama.