Urut Dada & Kepentingannya.

Urut Dada

Ramai orang tidak tahu urut dada boleh melegakan pernafasan seseorang.Mereka jarang mengamalkan kecuali ketika didatangi masalah pernafasan yang kronik.Urut dada ibarat kita mengilap cermin enjin pernafasan kita.Tujuan sebenar urut dada dan celah-celah tulang rusuk ialah semata-mata untuk memberi keselesaan pada sistem pernafasan seseorang.Selain itu ia juga terbukti boleh menghilangkan perasaan seperti dicucuk dengan jarum sekali-sekala di sekitar dada,khususnya bagi mereka yang kuat merokok.Kaedah dan cara mengurut dada sebenarnya terdapat sedikit persamaan dengan apa yang dilakukan di perut.Jika di perut semua urutan bermula dari tepi, dan berakhir di tengah-tengah dekat pusat,manakala di dada pula ianya bermula dari tepi dekat bahu dan dari rusuk diurut terus sampai ke tengah dekat dengan puting susu.

Cara & Teknik Urut Dada.

Urut Dada

Dengan menggunakan tapak tangan,urutkanlah bermula dari atas,dekat dengan bahu.Tolak dengan tekanan perlahan hingga sampai ke puting susu.Kemudian bermula dari tepi rusuk,dekat dengan ketiak,tarik sampai ke puting susu.Kemudian barulah diurutkan di bawah ketiak dengan cara tarik/tolak hingga sampai ke tengah.Kita tarik/tolak ikut dengan tekanan kuat atau perlahan mengikut arah selari muscle  ‘pectoralis major’ tersebut.Kemudian diikuti urut di celah-celah tulang-tulang rusuk dengan cara tarik/tolak menggunakan semua jari-jari,kecuali ibu jari,bermula dari bawah tarik/tolak melalui celah tulang rusuk hingga sampai naik ke tengah dada.Dari tengah dada tersebut kita tolak menghala ke arah puting susu.Apabila sekitar kawasan dada sebelah kanan habis diurut,urutkan pula di sekitar dada kiri.

Mengikut pengalaman diri sendiri,jika kita kuat merokok,dada kita menjadi sesak dan sukar untuk bernafas.Lama kelamaan,satu rasa seperti menyucuk-nyucuk dirasai di dada sekali sekala akibat dari tabiat merokok tersebut.Ditambah pula dengan pengambilan makanan berminyak dan berkolestrol tinggi,dada kita akan menjadi tidak nyaman seperti orang yang tidak merokok.Di otot dada pula timbul satu ketulan.Jika kita picit ketulan tersebut,ianya sakit.Kita boleh bezakan dada sebelah kiri dan kanan.Kalau tidak sama dan ada ketulan pelik/asing,kita kenalpasti ketulan itu berbentuk bulat atau memanjang.Kalau bulat kita gentel-entelkan dan gosok ia dgn jari sampai hilang kemudian bersihkan dgn tolak ke arah puting susu.Kalau berbentuk memanjang,rasa bentuknya yang memanjang itu dan kita tekan kemudian urut/hancurkan/geselkan dengan  mana-mana jari mengikut arah selari bentuk panjang ketulan tersebut hingga kecil dan hilang.Kemudian bersihkan ia dengan tapak tangan @ tapak jari ke arah puting susu.Biasanya ketulan memanjang ini mengikut arah arus otot dada tersebut.Dalam rawatan urut  yang betul-betul profesional,urut dada ini disertakan dengan urut perut iaitu letak minyak dengan menggunakan dua tapak tangan bermula dari kemaluan tolak menghala ke atas melalui perut dan sampai di dada.Urut dada seperti ini adalah urut dada secara umum.Kita akan merasa segar dan nyaman serta anu kita juga secara automatiknya menjadi tegang.

Sesungguhnya cara urut dada bagi lelaki dan payudara bagi perempuan hampir sama iaitu dengan cara mengurut di sekeliling dada/buah dada dengan cara tolak menghala ke puting.

Urut Dada Sendiri.

Urut DadaUrut dada sendiri tidaklah sesusah mana kalau kita tahu teknik dan arahnya.Kalau kita rasakan dada kita sesak dan tidak selesa,kita boleh mengurut menggunakan teknik yang dibentangkan.Kita boleh gunakan mana-mana satu kerana tapak tangan kita pastinya boleh sampai untuk mengurut dada sendiri.Kecuali jika kita rasa dada kita terlalu sakit dan menyucuk,kita cuba urut dada sendiri,tetapi masih lagi tidak kurang sakitnya,kita mesti meminta pertolongan orang lain untuk mengurut seluruh belakang kita.Jika digabungkan urut dada(bahagian depan) dan urut belakang(bahagian belakang), ditambah dengan urut sisi pula,pastinya semuanya akan kembali pulih dan normal dengan izin tuhan.