Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • SumoMe

Urut BetisUrut Betis.

Anda sering merasa gatal di labu betis? Lenguh sudah semestinya banyak angin. Gatal-gatal di labu betis ini juga sebenarnya berkait dengan angin yang terdapat di bahagian itu. Tahu di mana labu betis. Labu betis terletak di bahagian belakang tulang kering kawasan antara lutut dan pergelangan kaki. Cuba kita pegang labu betis tersebut. Penuh isi kan? Di bahagian depan pula tulang kering. Sebenarnya bukan isi sebenarnya. Tapi otot. Otot nilah yang menggerakkan atlet untuk menggerakkan badan mereka dalam bidang sukan masing-masing. Tengok sahaja atlet, labu betis mereka berketul, timbul dan keras. Apa yang timbul tu. Itulah otot.

Kawasan & Tempat Urut Betis.

Teknik urut labu betis ini adalah teknik saya sendiri. Berdasarkan pengalaman, 100% terbukti berkesan. Ini tidak diajar di mana-mana. Ia teknik saya sendiri. Teknik urut labu betis  kenalah halus. Apa jua urutan badan yang dibuat pun mestilah halus agar tak ada yang tertinggal. Dalam dunia yang nyata ni, tugas urut tersebut yang pertama. Spiritual itu yang kedualah. Dgn spiritual sahaja, tak akan hilang angin tu. Untuk urut labu betis, kita mestilah urut di bahagian otot tersebut. Jangan pakai teknik sahaja. Nanti membazir duit orang. Urut,pelanggan rasalah, tapi keputusannya zero. Cuba tengok betul-betul gambarajah labu betis di atas. Pada setiap labu betis, terdapat 2 bahagian otot di mana kedua-dua bahagian ini dipecahkan oleh satu garis/lurah di tengah-tengahnya. Yang bewarna merah tersebut adalah otot.Itu sepatutnya kita urut. Yang bewarna putih tersebut tidak mengandungi angin dan tidak membawa apa-apa makna. Boleh juga diurut tapi sekadar lalu mcm tu sj. Bagi pelanggan yang lenguh betis, kita akan rasa otot tersebut tidak rata dan ia berbonggol-bonggol, kecil ataupun besar. Labu betis yang sihat akan rata. Jadi kita urutlah pada kedua bahagian bahagian otot tersebut dengan tumpuan pada tempat berbonggol dan berketul pada otot tersebut. Kita urut sampai rata ataupun sehingga otot tidak ada langsung ketulan besar ataupun kecil. Urut sampai di pergelangan belakang lutut. Di pergelangan belakang lutut, jangan urut kuat-kuat, sebab tempat tersebut mudah sakit. Ada juga kedua dua otot labu betis bengkak. Bukan lagi ada ketulan di situ tapi, otot yang besar iti tidak normal. Ia keras dan besar sedikit daripada normal. Ini perlu dilembutkan sehingga ia menjadi normal iaitu dengan urut otot tersebut sehingga ia lembut, rata dan tidak keras lagi. Cara mudah untuk membezakan otot labu betis yang normal dan tidak normal dengan membandingkan labu betis yang bermasalah itu dengan labu betis yabg sebelah lagi yang tidak bermasalah. Kalau keduanya berketul dan bermasalah, cuba bandingkan dengan labu betis kita sendiri (labu betis tukang urut). Caranya gosokkan dengan tapak jari untuk merasai perbezaan tersebut. Kalau tidak sama dengan yang normal, maka otot labu betis yang keras (bermasalah) tersebut harus diurut. Kesimpulannya, otot labu betis normal adalah lembut dan rata berbanding dengan yang bermasalah.

Urut BetisUrut Betis Di Bahagian Depan Dan Sisi.

Di sebelah adalah gambar betis sebelah hadapan. Tadi kita urut betis di bahagian belakang semasa pesakit meniarap. Sekarang kita urut pula betis di sebelah depan. Urut ini boleh dilakukan selepas semua urut bahagian belakang dibuat termasuk sudah buat urut paha, punggung, belakang bahu dan leher.Bilamana sesi bahagian depan bermula, pesakit mesti berbaring pula. Masa ini urut betis bahagian depan bermula. Caranya urut ke arah atas iaitu dari pergelangan kaki ke arah tempurung lutut. Bahagian depan terdiri daripada tulang kering, satu urat panjang lebih kurang 0.5meter sebesar jari kelingking dan juga terdapat otot sebelah tepi. Tulang kering kita boleh urut ringan sekali rasa sahaja. Yang perlu diurut adalah urat sebesar jari kelingking tersebut. Urat ini terletak di sebelah tepi, selari dengan tulang kering tersebut. Ia bermula dari pergelangan kaki sampai lutut. Cuba rasa. Ada kan? Urutlah urat tersebut samada ke arah atas atau ke arah bawah sehingga yang tidak rata, berketul (ketulan kecil @ ketulan besar @ bengkak) di sana hilang. Kemudian urut juga otot di  tepi @ bawah urat tersebut sehingga semuanya rata. Jangan lupa urut juga parit betul betul disisi tulang kering (parit sebelah kiri dan kanan) sehingga tidak ada lagi ketulan di sana. Sehingga semuanya rata dan tidak ada lagi ketulan, ambil dua tapak tangan, bermula dari hujung jari kaki, tolak sampai ke lutut ataupun sampai ke dada. Ini adalah untuk tolak toksid yang telah hancur tadi biar dia pergi ke atas untuk ke jantung. Selepas itu barulah sesi urut paha, peru dan dada pula bermula. Senang kan?

Urut betis ini penting untuk menguatkan kaki serta tenaga batin kita. Urut betis yang baik akan memberi kesan kepada kekuatan kaki serta tenaga batin kita. Urut betis ini boleh dibuat untuk diri sendiri juga, tetapi makan tenaga sikit kerana nak urut diri sendiri bukan senang. Cepat letih. Jika kita dapatkan rawatan urut refleksologi, kita juga akan di urut betis tetapi ia dilakukan secara relaxing sahaja semasa urut refleksologi tersebut. Yang saya beritahu seperti di atas urut betis ini adalah “sport massage” iaitu urut betis untuk buang angin. Jadi dapatkanlah urut betis daripada tukang urut terlatih jika anda malas nak urut betis anda dengan tenaga anda sendiri.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone