Back+muscles Urut BelakangSakit Belakang Dan Rawatan Urut Belakang.

Banyaknya orang yang sakit/lenguh belakang sekarang ni. Mana boleh hidup bila sakit belakang. Bolehlah hidup tapi separuh nafas. Macam mahu mati sekarang juga. Susah pula nak cari tukang urut yang boleh memulihkan sakit belakang ni. Urut sekejap sakit balik. Tak kira lepas urut dari tukang urut tua atau muda. Semuanya sama saja. Orang bayar. Apa benda mereka ni. Aku nak buat kerja tak boleh. Urut, urut, tapi tak rasa benda apa. Itulah keluhan para pesakit lenguh belakang yang ada di negara ini. Ini fenomena biasa bagi setiap pesakit setiap kali mendapat rawatan urut lenguh belakang dari tukang urut yang ada di KL ini. Kalau dapatkan rawatan urut lenguh belakang dari tukang urut yang tak berapa halus kerjanya, inilah situasi terjadi. Tapi tak apa. Sekarang anda berada pada “page” yang tepat. Anda sekarang sedang membaca artikel daripada pakar urut lenguh belakang terbaik. Dah beratus pelanggan diurut, semuanya sembuh. Tak ada urut belakang yang pelik-pelik macam wak dan pak cik tu buat dsb. Urut sakit belakang saya adalah urutan “sekolah” yang berada dalam alam realiti dan urutan yang cerdik yang diluluskan oleh mata setiap orang.

Sakit Belakang Dan Urut Belakang.

Sakit belakang dalam bahasa saintifiknya adalah Lumbago. Lumbago akan sentiasa dirasai oleh pesakitnya lebih-lebih lagi jika badan dibongkokkan atau mengangkat barang. Otot penyebab Lumbago ada 2 “line” sepanjang 1 meter sebesar ibu jari setiap satu yang terletak betul-betul di sebelah kiri dan kanan tulang belakang yang hanya dipisahkan oleh satu “parit”  kecil. Otot ini bermula di pangkal tulang punggung, berakhir di belakang leher. Otot inilah yang mengangkut darah-darah beroksigen untuk kegunaan seluruh anggota badan terutama untuk kegunaan anggota sebelah bawah iaitu kaki,lutut,paha dan punggung. Yang terjadinya sakit belakang ini adalah, bilamana kita sedang membongkok, kedua otot ini akan menjadi sempit. Dsebabkan dengan ketulan dan angin yang ada di dalam otot tersebut, ia seakan tertutup terus salurannya. Darah dari jantung susah untuk melaluinya dan inilah yang membuatkan anggota sebelah bawah daripada ketulan/angin tersebut akan menjadi lenguh disebabkan darah beroksigen untuk membina sel tidak sampai dan rarah kotor tidak dapat diangkut di kawasan tersebut . Ini akan terus merebak ke paha, lutut dan kaki. Akhir sekali anggota badan yang di bawah tersebut menjadi tidak sihat juga dan terbentuklah angin/ketulan baru pada sedikit demi sedikit pada anggota tersebut. Untuk membetul keadaan ini kepada normal, urut untuk buang angin mesti dibuat. Ketulan-ketulan besar mahupun kecil mesti digentel/diurut/digosok/ditolak supaya ia hancur dan memulihkan semula peredaran darah ke arah semulajadi.

Teknik Urut Belakang Yang Biasa Terdapat.

Ada macam-macam cara urut belakang. Yang paling menjengkelkan, dengan lesen usia sebagai tukang urut, orang mudah percaya walaupun yang melihatnya mungkit sedikit akan ragu-ragu. Ada tukang urut yang urut dengan ringkas tapi penuh karisma gayanya. Ada yang urut dengan kayu. Ada yang urut dengan duit syiling. Nampak sangat tak sekolah. Pelanggan yang sakit bukan nak yang tu sebenarnya. Mereka mahu, semasa urut tidak memeritkan, dan selepas urut juga tidak memeritkan. Buat apa urut terlampau pedih dan balik rumah terus pedih. Lebam dan merah-merah pula tu. Sebenarnya hasil atau keputusan selepas itu juga yang mereka mahukan.

Muscles dos3 120 %28FF%29 en Urut BelakangCara Urut Belakang.

Cara urut belakang yang awal bermula di pangkal tulang punggung. Sapukan minyak seluruh belakang dan punggung. Urut tulang punggung sebelah atas tersebut sekejap, kemudian urut juga sisi punggung tersebut. Arahnya dari arah tulang punggung atas tersebut tolak ke bawah. Tolak sekitar area pinggang juga dengan arah dari atas ke bawah/sisi. Kita akan rasa ada ketulan dengan jari samada ketulan panjang atau bulat. Buang segala ketulan yang ada itu. Selepas itu barulah bermulanya sesi urut belakang. Urut kedua belah otot belakang tersebut menggunakan permukaan ibu jari bermula dari pangkal punggung ke atas sampai bahu. Setiap ibu jari bagi setiap belah otot. Tekan dengan menggunakan berat badan. Urut berulang kali. Kemudian kita urut setiap belah otot tersebut dengan menggunakan kedua ibu jari bermula dari pangkal punggung hingga ke atas. Mula-mula urut yang sebelah sini, kemudian nanti kita urut otot yang sebelah sana pula nanti. Otot/urat belakang yang normal, kalau kita urut dari permulaan sampai atas, permukaannya rata. Tidak ada bengkak. Otot/urat yang bermasalah, kita akan dapat rasai ada bengkak di mana-mana tempat sepanjang otot tersebut. Jadi, yang harus kita buat adalah, tumpukan pada tempat yang bengkak di atas otot tersebut. Gosok dan hancurkan dengan permukaan ibu jari secara rileks sehingga ia mengecil dan hancur/hilang. Inilah yang dipanggil “Sport Massage”. Kemudian kita urut otot sebelah sana pula. Setelah selesai, kita cuba rasa mana bahagian belakang badan tersebut yang mempunyai bengkak/angin. Hilangkannya sehingga ia rata. Urut juga di sebelah rusuk kiri dan kanan bermula dari punggung tolak sampai ke ketiak. Hilangkan ketulan di  antara kawasan tersebut jika ada. Kemudian selepas semuanya selesai, kita boleh urut bahagian celah/bawah sekeliling tulang belikat. Hancurkan ketulan yang ada. Kemudian kita boleh tolak segala angin yang hancur yang kita telah urut tadi ke arah atas untuk dicuci di jantung. Caranya, ambil tapak, letak di permulaan pinggang, tolak hingga sampai di bahu.Ulang beberapa kali. Akhir sekali, letakkan kedua tapak tangan. Buat mcm rama rama. Letak di pinggang pesakit, tekan menggunakan berat badan, jangan angkat, kemudian pusingkan tapak tangan tersebut 45 darjah sehingga jari kedua tapak tangan tersebut bertemu dan kemudian pusingkan semula seperti asal, tolak ke bawah sehingga sampai ke bawah (sisi pinggang) hingga menyentuh lantai, kemudian tarik ke atas dengan cepat. Ulangkan beberapa kali. Alhamdulillah, sudah siap urut belakang.

Adakah Anda Boleh Urut Belakang Anda Sendiri?

Mana boleh. Tak sampai. Urut pinggang sendiri bolehlan tapi letih dan tak akan sembuh kerana kita tidak mendapatkan rawatan urut belakang secara keseluruhan. Oleh itu, kita kena suruh juga orang lain tolong urutkan. Kalau kawan-kawan dan saudara sendiri tak apalah. Tapi kalau nak dapatkan rawatan urut belakang yang berkesan, pastikan anda mendapat rawatan urut belakang dari tukang urut belakang yang betul-betul berdiri di alam nyata agar rawatan urut belakang anda berakhir dengan satu keputusan yang berbeza jika dibandingkan sebelum rawatan urut belakang itu dibuat.