Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone
  • SumoMe

Urut BahuUrut Bahu.

Bahu adalah organ yang sangat fleksibel. Ia adalah organ yang bersangkutan dengan aktiviti mengangkat barang dan sebagainya. Bahu yang kuat akan menolong separuh daripada tenaga yang diperlukan untuk mengangkat barang. Mengangkat barang dan bermain besi adalah suatu yang berbeza untuk mendapatkan bahu yang cantik. Menarik benda ke atas dan menolak benda ke atas akan memberi satu keputusan ketulan otot bahu yang berbeza. Inilah dikatakan bahu teramat unik. Setelah guna bertahun-tahun khidmat bahu, maka akan timbul masalah jugalah akhirnya nanti jika tidak di servis. Maka rawatan urut bahu perlu diberikan kepada anggota ini.

Mengapa Perlu Urut Bahu.

Bahu adalah anggota yang paling dekat dengan kepala selepas leher. Kesakitan bahu senang dirasai kerana isyarat lenguh bahu tersebut ditafsirkan dengan cepat oleh otak dan juga bahu yang lenguh akan memberi kesan yang teruk kepada otak dan leher. Kesannya adalah kita menjadi tidak selesa, kadang-kadang pening dan leher juga menjadi lenguh. Apakah sebabnya. Darah sihat beroksigen mengalir dengan perlahan di leher dan di otak jika bahu lenguh dan sakit. Dengan darah sihat beroksigen yang mengalir perlahan ini, ia akan menyebabkan leher dan otak tidak mendapat zat yang secukupnya bagi proses pembinaan sel yang normal. Apakah penyebabnya darah tidak sampai ke bahagian tersebut. Apabila kita tengok otot bahu dan leher, ia bersambung dan kita boleh tengok dengan nyata jika kita tengok gambarajah otot bahu dan leher. Angin/ketulan besar atau kecil yang terbentuk di leher akan menyekat peredaran darah dari jantung yang semestinya melalui bahu terlebih dahulu sebelum ke leher dan otak.

Urut BahuCara Urut Bahu.

Terdapat pelbagai kaedah dalam rawatan urut bahu ini. Ia adalah seperti urut “Aromatheraphy Dan Thai”, “Sport Massage” dan Urut Tradisional. Kesemua rawatan urut ini dijalankan untuk buang angin di bahu. Saya gabungkan semua kaedah dari 3 jenis urutan tersebut bagi kaedah mengurut bahu ini.Kaedah urut bahu yang baik adalah kita urut bahu di atas otot bahu tersebut. Cuba kita raba dan tekan sedikit dengan 5 jari tangan, di sana ada tulang dan juga ada otot bahu yang bersambung dengan leher. Yang kita nak buat adalah urut keseluruhan otot bahu tersebut. Kalau nak senang, cuba kita bayangkan otot bahu ahli bina badan yang cantik tu. Ada seketul otot di sanakan? Kita urut keseluruhan otot itu. Otot tersebut adalah seperti dalam gambarajah ini. Otot nombor 1 di atas.

Kita boleh urut bahu ini dengan jari dan juga lengan. Kita boleh urut bahu ini ke arah atas dan juga ke arah bawah. Suruh pesakit bersela. Sapukan minyak. Mula-mula kita urut ke arah atas. Pada permulaan bahu, iaitu berhampiran sendi bahu dan betul-betul atas bahu ada satu biji tulang sebesar biji nangka. Di sini bermulanya otot bahu. Tekan pada permulaan otot tersebut dengan permukaan ibu jari dengan tekanan yang sesuai. Kalau boleh medium. Tengok atas reaksi pesakit. Kalau tengok reaksi pesakit teruk, kita kurangkan sikit tekanan. Janji tekanan tersebut menyentuh angin yang ada di dalamnya. Setelah tekan, tolak ke atas sehingga sampai di permulaan otot leher. Ulangkan beberapa kali pada otot tersebut terutama pada ketulan yang ada sehingga ketulan tersebut hilang. Kemudian suruh pesakit genggamkan tangan. Ambil genggaman tangan pesakit dan letakkan di atas bahunya. Tangan pesakit tersebut biar sentuh bahu. Suruh dia kekalkan genggaman tangan tersebut. Kemudian kita(tukang urut) pula genggam tangan. Gunakan kelima-lima sendi jari yang tajam tu(yang tengah) untuk cakar tarik otot bahu tersebut. Caranya, letakkan ia di otot bahu pesakit(permulaan otot leher), tekan sedikit kemudian tarik ke bawah ke arah tulang sebesar biji nangka tu berulang-ulang kali untuk keseluruhan otot bahu tersebut. Buat sehingga angin di otot bahu tersebut hancur. Sesudah habis, suruh pesakit lepaskan genggaman tangan dan letak tangan di bawah. Berdiri di tepi pesakit. Ambil tapak tangan,dari leher, tekan sedikit, gosokkan otot leher pesakit  itu ke bawah hingga sampai di tulang biji nangka tersebut berulang kali. Ini untuk menyucikan angin yang hancur biar pergi ke arah bahu. Boleh juga ambil lengan, kemudian bermula di leher tolak pada keseluruhan otot bahu tersebut hingga sampai ke tulang biji nangka bahu tersebut. Buat berulang kali. Ini untuk membilas dan menyucikan segala kotoran yang ada. Anda boleh juga berdiri. Duduk di belakang pesakit. Kemudian ambil kesepuluh-sepuluh jari masing letak di bahu kiri dan kanan pesakit, ramas keseluruhan otot bahu pesakit itu dengan kesemua jari tersebut di samping tekan juga dengan permukaan ibu jari pada otot bahu pesakit tersebut.  Ini untuk melembutkan otot bahu yang tegang tersebut.Urut Bahu

Tadi kita tolak dari bawah ke atas menggunakan ibu jari. Kita boleh juga tolak dari atas ke bawah menggunakan ibu jari tersebut. Caranya, berdiri di sisi pesakit, ambil permukaan ibu jari, letak si otot leher(permulaan otot bahu), tolak ke bawah sehingga sampai di tulang biji nangka tersebut. Urut berulang kali pada sekeliling/keseluruhan otot bahu tersebut. Habis urut bahu.

Cara Urut Bahu Yang Baik.

Cuba tengok otot bahu ahli bina badan di sebelah. Nampak dengan jelas otot bahunya. Kalau kita urut ahli bina badan ni, kita urut di atas otot tersebutlah. Tapi kalau orang biasa, otot tersebut tidak timbul. Jadi secara keseluruhannya, apa yang perlu diurut pada otot bahu, kita urutlah otot tersebut. Urut secara seluruh otot yang timbul tersebut dan otot yang bewarna merah pada gambarajah otot ke 2 di atas. Dengan urutan yang baik, pasti rawatan urut bahu anda ini akan menjadi satu rawatan urut bahu yang berkualiti.Bagi urut bahu yang ringkas,urut bahu boleh dilakukan dengan meramas-ramas otot bahu dengan hujung kesepuluh-sepuluh jari secara serentak.Pasti urut bahu ini menjadi urut bahu yang ‘simple’ dan ringkas tapi melegakan.

Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestDigg thisShare on LinkedInShare on Google+Share on StumbleUponShare on RedditEmail this to someone