Tujuan Urut.

urut

Menghairankan, sekarang ini banyak rumah-rumah urut yang menawarkan Urut Tradisional baik di kota besar mahupun kota kecil. Namun buku-buku petunjuk tentang urut tradisional itu belum banyak ditulis orang bahkan boleh dikatakan tidak ada.

Tujuan utama daripada pengurutan adalah kesembuhan. Sesuai dengan tradisi masyarakat jawa, bahkan untuk mendapatkan kesembuhan mereka tidak hanya menggunakan rawatan urutan tetapi ada cara lain yang cukup baik iaitu penyembuhan dengan jamu Tradisional. Dengan menerapkan kedua teori itu kebanyakkan cara penyembuhan tradisi jawa itu cukup mujarab.

Perbezaan Antara Rawatan Urut.

Urut cara Jawa kebanyakannya menekankan sistem kelancaran peredaran darah. Jika darah dalam tubuh beredar lancar maka tidak ada gangguan atau kelainan pada tubuh seseorang, ertinya jika darah dalam tubuh seseorang itu beredar lancar maka maka akan terganggu pula kesihatan orang tersebut.

Berbeza dengan urutan refleksi, urutan ini lebih menekankan pada perangsangan urat saraf, teori ini pada batas tertentu memang dapat dibenarkan tapi bila keterlaluan orang akan merasa ketagihan, urat saraf menjadi manja, hanya akan aktif bila mendapat rangsangan. Inilah yang dijauhi oleh urutan cara jawa.

Ada tanggapan yang keliru dari kebanyakkan masyarakat kita. Ada tanggapan bahawa bila seseorang tahan pada pengurutan yang kuat dan menyakitkan maka orang itu akan merasa hebat, merasa bangga. Demikian pula anggapan keliru para pengurut, mereka pun bangga apabila dianggap dapat mengurut dengan tenaga sangat kuat sehingga mampu menyakiti pesakitnya.

Itu sebabnya tanggapan sebegini tidak betul!

Tujuan pengurutan bukanlah menyakiti seseorang, melainkan menyembuhkan sakit seseorang! Melebihi, apabila sesudah mendapatkan rawatan urut seorang pesakit mendapati beberapa anggota tubuhnya membengkak biru hingga menimbulkan rasa ngilu, ini benar-benar tidak dibenarkan oleh ilmu urut dari bangsa manapun juga.

Sesuai dengan watak kebudayaan Nusantara yang mampu menerima atau menyerap unsur dari luar, maka kami memandang urutan refleksi secara wajar, tanpa ragu. Harus diakui urutan refleksi memang mujarab, ada beberapa penyakit atau kelainan tubuh yang tidak dapat dijangkau oleh urut Jawa. Sebaliknya ada beberapa keistimewaan urut Jawa yang tidak terdapat pada urut refleksi. Oleh kerana itu dengan mengetahui kedua teori itu secara tepat maka memberi manfaat bagi kita semua.

Di antara kelebihan urut cara Jawa ialah urutan ini tidak sekadar diterapkan untuk menyembuhkan penyakit atau kelainan tubuh seseorang, melainkan juga dapat menimbulkan kenikmatan pada tubuh seseorang.

Oleh kerana itu banyak orang yang datang ke rumah-rumah urut yang bertuliskan urut tradisional. Mereka sebenarnya tidak sakit, hanya sedikit merasa lelah, dan dengan rawatan urut mereka akan segera medapatkan kesegaran kembali.

Ahli urut yang mahir (ini memerlukan latihan dan kesungguhan dalam mendalami ilmu urutan) akan mendapat langganan yang banyak. Hal ini kerana sakit terlanjur merasa keenakan dengan rawatan pengurut. Tentu hal ini bukan disebabkan rawatan di luar ilmu urut misalnya wajah cantik dan perilaku menyimpang dari pengurut yang seksi.

Penyalahgunaan Dalam Tujuan Rawatan Urut.

Memang tidak dapat dinafikan, ada saja yang melakukan penyalahgunaan tempat urut sebagai tempat untuk kegiatan pelacuran. Penyalahgunaan inilah yang menyebabkan sebahagian orang memandang sinis pada papan nama yang bertuliskan tempat urut dan sebagainya yang mempunyai perkataan Urut Tradisional.

Kenyataan menunjukkan, para pengurut yang tidak berwajah cantik atau berwajah tampan, bahkan mereka yang berusia lanjut pun masih disukai pelanggannya, bukan kerana paras rupa, tetapi kerana kemampuan dan kepakaran mereka memang diakui dan berkesan dalam rawatan urut.