Terseliuh.

Terseliuh

Terseliuh biasanya disertai pembengkakan. Penyebabnya bermacam-macam. Ada yang kerana jatuh, boleh juga kerana hentakan. Kalau terjadi pembengkakan biasanya otot-otot menjadi tegang dan orang sering menyebutnya dengan istilah salah urat.

Perhatian : Jangan sesekali mengurut bahagian yang terseliuh itu. Pengurutan secara langsung pada bahagian yang terseliuh hanya akan memburukkan lagi keadaan, lagi pula pesakit akan merasa kesakitan teramat sangat.

Rawatan Untuk Terseliuh.

1. Pertama lemaskanlah ototnya dengan cara mengurut bahagian hujung dari bahagian yang terseliuh. Misalnya yang terseliuh tangannya maka urutlah bahagian pergelangan tangannya lebih dahulu. Dimulai dari jari-jarinya. Lalu ke ruas-ruas jari dan kemudian ke pangkal jari.

2. Berikutnya telapak tangan, merambat perlahan ke dekat bahagian yang terseliuh. Ingat hanya ke dekat bahagian yang terseliuh saja selanjutnya bahagian yang terseliuh diloncati, urut bahagian atas lengan, otot-otot lengan, ke atas siku sampai ke pangkal lengan di bawah ketiak.

3. Sesudah otot-otot lengan lemas maka carilah tendon pengikat tulang sendi yang terseliuh itu. Gunakan teknik urut muka tiga jari tepat di hujung tendon. Mulailah dengan tekanan lemah kemudian beransur kuat.

Sesudah semua jaringan menjadi lemas maka anda dapat mulai membetulkan letak sendiri yang terseliuh.

Untuk membetulkan kes terseliuh yang berat anda harus berhati-hati. Misalnya terseliuh yang mengakibatkan tulang lepas dari persendiriannya.

Membetulkan Letak Sendi Yang Terseliuh.

1. Peganglah erat-erat jari-jari pesakit dengan tangan kanan.

2. Tangan kiri memegang sambil menahan siku.

3. Perlahan dan penuh keyakinan diri tariklah jari-jarinya, lalu lepaskan secara mendadak.

4. Agar penarikan itu mantap sebelumnya bersihkan minyak urut yang terdapat di jari-jari pesakit. Boleh juga menggunakan kain handuk untuk memegang jari-jari pesakit supaya tidak licin.

5. Yang harus anda ingat adalah jangan sekali-kali melakukan penarikan tangan sebelum semua jaringan otot di lengan dan tangan pesakit lemas.

6. Sesudah letak tulang kembali ke persendiannya maka gunakan kain pembalut untuk menahan bahagian yang terseliuh itu selama setengah jam. Boleh juga selama lima belas minit.

Ramuan Tradisional Untuk Terseliuh / Salah Urat.

Untuk mempercepatkan penyembuhan, gunakan ramuan di bawah ini :

1. Pertama rendamlah bahagian yang terseliuh itu di dalam air panas (hangat) yang sudah dibubuhi garam dapur secukupnya.

2. Sesudah perawatan tersebut gunakan kompres beberapa bahan di bawah ini :

-Jahe diparut.
-Kencur.
-Babakan kulit pohon Turi Merah.
-Lengkuas Merah.
-Sedikit garam, asam dan minyak serai.
-3 sendok makan cuka Jawa.
-2 sendok teh sari jeruk nipis.

Jangan banyak bergerak supaya proses penyembuhan lebih cepat bagi anggota yang terseliuh.Perlu diingatkan sekali lagi bahawa selepas sahaja berlakunya seliuh, jangan sekali-sekali urut di tempat terseliuh tersebut. Letakkan air batu di sana. supaya darah yang terseliuh dari luka dalaman tersebut tidak merebak yang akan menjadikan lebam semakin luas. Selepas itu , biarkan ia sehingga 2,3 hari. Kemudian barulah urut untuk membuang darah kotor pekat yang pasti akan menjadikan anda sentiasa sakit tersebut. Selepas urut di pergelangan yang terseliuh tadi, anda akan merasai sakit terseliuh tadi hilang sedikit demi sedikit dalam masa satu hari.