Langkah Lengkap Cara Urut Seluruh Badan.

urut

Di antara terma atau teknik yang sering digunakan atau disebut-sebut di dalam proses pembelajaran urut adalah:

1. Tusuk. 2. Tusuk jari dan tusuk siku 3. Buku lima 4. Strok panjang dan pendek(guna lengan) 5. Kuak kupu-kupu dengan lengan 6. Tumbuk 7. Karate 8. Cuffling(tepuk tapak tangan melengkung) 9. Usapan’efflarage'(ramas-ramas letak towel dsb)10. Renjis 11. Tarik dasar rambut 12. Juak(tolak dengan tapak tangan) 13. Lipat Kaki/tangan 14. Pusingan(twisting) 15. Kepitan untuk jari-jemari(friction) 16. Tusuk dan pusing 17. Gosokan 18. Tarikan urat pinggang 19. Cengkaman/cubitan(shiatsu) 20. Memulas 21. Menekan 22. Pijak anak gajah(guna tapak kaki) 23. Tarik minyak/mengeringkan minyak di badan 24. Meramas dan mengecal.

Bagaimana Memulakan Urut.

Bagi sistem dalam artikel ini,kita memperkenalkan urutan yang sangat sistematik.Turutan yang digariskan di dalam artikel ini direka untuk kemudahan bagi pengurut dan pesakit.Sekiranya turutan ini diikuti dengan teratur maka gerak kerja urutan kita akan memberikan hasil yang baik lagi sempurna,kita tidak rasa cepat penat dan pesakit berada di dalam keadaan yang lebih relaks.Kita mulakan urutan dari bahagian belakang dengan pesakit menangkupkan muka mereka di dalam lubang katil yang mempunyai lubang khas untuk muka dan tujuan bagi pesakit senang bernafas.Kalau pesakit meniarap di atas lantai atau tilam,seperti biasa sebagaimana kita tahu.

Urut Bahagian Belakang.

Urut

1.  Mengurut seluruh tapak dan jari-jari kaki dengan menggunakan cara gerak kerja menusuk dengan jari atau siku.Kita kena ambil perhatian iaitu di setiap join kaki dengan tapak kaki pergerakan lain yang perlu diambil kira ialak dengan cara memusing ke kiri ke kanan,ke atas dan ke bawah.Begitu juga bila kita mengurut bahagian tangan kelak mesti ada pergerakan pusingan ini yang kita tidak seharusnya tinggalkan.Selepas itu ditumbuk dan dicaffling tapak kaki tersebut.
2.  Selepas itu kita urut celah buku lali,keting kaki dan belakang betis dengan cara urut tusuk.
3.  Dikuti dengan sambungan mengurut perlipatan betis dan pangkal belakang paha.
4.  Kemudian kita urut kedua-dua punggung mengikut anak panah.Buat pusingan dengan pangkal tapak tangan pada kedua-dua punggung serentak.Kemudian mulalah urut punggung.
5.  Seterusnya di pinggang.
6.  Di belakang antara tulang spinal(tulang belakang) ke atas.
7.  Urut kedua-dua belikat.
8.  Urut bahu kedua-dua belah serentak menggunakan jari hampir kesepuluh jari anda.
9.  Urut kedua-dua belah belakang lengan tangan.
10. Urut tengkuk dengan cara urutan membulat.
11. Urutkan dan tusuk kulit kepala dan juga menarik dasar rambut.
12. Tusuk menggunakankedua-dua ibu jari atau siku di kedua-dua tepi tulang belakang dengan menghindarkan tulang.Jangan sekali-kali menekan tulang belakang ini.
13. Tekan dengan kedua-dua tapak tangan di seluruh belakang dengan posisi yang sama seperti ketika mengurut punggung.pinggang dan belakang.Ini kita panggil juak iaitu menggunakan pangkal tapak tangan dan menggunakan berat badan kita.Menekan dan menjuak dengan kuat urat-urat di belakang dengan kuat sehingga kedengaran satu bunyi krik,krik yang mana urutan ini boleh melegakan pesakit.Selepas habis setiap gerak kerja,kita akan mengeringkan minyak dengan menggunakan tuala dengan cara meramas dan mengecal semua tempat yang berminyak.Selepas itu kita juga harus membuat usapan atau dalam bahasa Perancisnya ‘efflarage’.Untuk urutan belakang dari nombor 1-10 memakan masa selama lebih kurang 15 minit.

Setelah menamatkan urutan belakang ini dan selepas sempurna semua kerja,kita tutuplah urutan belakang ini dengan melipatkan kedua kaki hingga ke punggung.Sekiranya pelanggan tidak dapat menahan dan merasa kesakitan kita harus melakukan setakat yang mereka mampu terima.Selepas rapat kedua-dua belah kaki diselang-selikan dan bengkokkan juga hingga ke pangkal punggung jadi jumlah semuanya adalah tiga pergerakan paling kurang.Maka tamatlah urutan bahagian belakang yang memakan masa keseluruhan antara 25-35 minit,kalau nak buat urut 1 jam.Sila ambil perhatian setiap habis urutan,lakukan menarik minyak dengan tuala dan ‘efflarage’.

Urut Bahagian Hadapan.

Cara tukang urut duduk:Apabila pesakit mula terlentang pesakit diberi sebiji bantal untuk mengalas kepala mereka.Kalau yang sudah ada bantal semasa meniarap itu sudah ok.

1.  Urutan bawah kaki dan menarik jari jemari kaki.Selepas mengurut kedua-dua kaki,kita akan menolak dan menarik kedua-dua tapak kaki supaya berlakunya regangan yang melegakan.Sebelum itu rapatkan kedua-dua belah kaki.
2.  Urutan kepala lutut dengan cara membulat.
3.  Urutan paha depan atas sebelah kanan dan kiri.
4.  Urut perut dengan cara: Bagi pesakit lelaki- Memusing tapak tangan seperti tawaf mengelilingi pusat ikut pusingan jam.Bagi pesakit perempuan- Bermula berhampiran faraj,tolak tapak tangan dari arah bawah dan sisi kiri serta kanan ke arah pusat.
5.  Urut dada bermula urut di bahagian rangka dada.Sambil mengurut rangka kita teruskan gerak kerja kita hingga ke bawah ketiak yakni dengan menarik ketiak dan sisi bahagian perut(bermula di pinggang) ke atas.Buatlah ini berkali-kali kerana urutan di dada baik bagi pesakit yang menghidap asma dan perokok.Saluran bronchus atau pernafasan menjadi lega dan kahak dan lendir yang tersumbat dapat dilekangkan dengan urut dada ini.Di kawasan ini juga merupakan poin utama bagi seseorang yang mengidap asma.Pengalaman dari pengidap yang lepas,anak bongsu beliau yang memghidapi asma selain daripada memakan ubat yang diberi oleh doktor setiap pagi,beliau akan mengurut keseluruhan belakang dan dada anak beliau dengan minyak.Semakin hari semakin besar asmanya  terus hilang begitu saja.Begitu juga bagi sang perokok yang kuat merokok.Dengan urutan dada dan belakang,ia dapat mengeluarkan kahak dan lendir yang boleh melegakan urat saraf di paru-paru.
6.  Urutan seterusnya adalah bahagian leher dan ke dagu.Di dagu kita akan menusuk bermula dari tengah dagu hingga ke rahang untuk 2 atau 3 kali.
7.  Urutan seterusnya adalah mengurut kedua-dua belah pipi dengan cara pusing ‘rolling’ ke atas.
8.  Selepas mengurut pipi,kita akan terus mengurut kedua belah telinga.Di telinga depan kita boleh guna teknik tusuk,lipat dan gentel.Di telinga belakang kita boleh tusuk di sepanjang pangkal telinga belakang tersebut.
9.  Kita teruskan dengan menusuk sambil menarik kedua-dua lekok antara kedua mata dan batang hidung.
10. Selepas itu kita tusuklah kedua-dua belah kening dalam 2 pusingan(set).
11. Langkah seterusnya adalah dengan memicit dahi dan mengurutnya.
12. Pengurut boleh duduk di atas kerusi di bahagian kepala pesakit atau bersimpuh di bahagian kepala pesakit.Kemudian langkah seterusnya adalah mengurut,menusuk dan menarik dasar rambut bahagian atas dahi ke arah belakang.Selepas ini kita menarik minyak dan ‘efflarage’ bahagian dada dan muka pesakit.Ingin dimaklumkan bahawa urutan keseluruhan kepala dapat melegakan migrain.Selepas selesai barulah kita bangun dari posisi di kepala dan terus ke posisi antara tangan.
13. Urut tangan kanan dan kiri satu persatu: Kita mulakan dengan mengurut tangan bermula dari tangan bahagian atas.
14. Kita teruskan pula dengan mengurut bahagian tangan bawah.Setelah habis kita mulakan mengurut bahagian tapak tangan dan jari jemari.Cara mengurut tapak tangan adalah dengan cara tusuk,urut,pusing’twisting'(keseluruhan tapak tangan).
15. Urut tangan sampai ke bahu.Letak minyak sepanjang tangan sampai ke bahu.Tekan tangan bahagian atas.Kemudian tapak tangan satu lagi tekan dan berkerak sampai ke bahu.Buat 3,4,set.Kemudian terbalikkan tangan.tekan tapak tangan.Tangan lagi satu tekan menyusur bergerak sampai bahu.ulang 3,4 set.
16. Kita minta pesakit tidur mengiring sebelah kanan mereka.Kaki kanan pesakit lurus.Kaki kiri membengkok kemas.Mulalah pijak anak gajah ke atas kaki pesakit yang lurus tersebut.Kemudian kita akan menarik serentak tangan kanan pesakit dan menolak punggung pesakit.Dengan gerak kerja kemas dan mantap,pasti akan dapat mendengar bunyi krik,krik di urat pinggang pesakit.Kemudian tukar sebelah kiri pula.

Penutup Urut.

Selepas habis kita lakukan penutup iaitu dengan meminta pesakit duduk membelakangkan kita dan kita lakukan tugas meng’karate’ dan ‘cuffling’ seluruh belakang.Inilah gerak kerja penutup rawatan urut seluruh badan.Itulah di antara cara-cara asas urut sihat untuk seluruh badan bagi perjalanan darah dan membuang angin yang tersepit di dalam pembuluh darah.