Setiap Penyakit Ada Ubatnya.

Setiap penyakit yang menimpa seseorang itu perlu dicari ubatnya supaya kesihatan rohani dan jasmani dapat dipulihkan dengan segera. Perkara ini telah dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak mendatangkan penyakit kecuali mendatangkan jua ubatnya selain dari dari penyakit yang tidak ada ubatnya iaitu tua”. (HR: Tarmizi}

Sabda Rasulullah SAW yang lain maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Maka berubatlah. ”

Oleh itu setiap pesakit digalakkan berusaha dan berikhtiar untuk mengubati penyakitnya.

Ibu Segala Ubat Bagi Penyakit.

Rasa sihat adalah bila suhu badan manusia berada dalam keadaan suam, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Apa­ bila berpindah suhu badan kepada semakin panas dan semakin sejuk maka tubuh badan mulai rasa sakit. Badan boleh terasa lebih panas atau lebih sejuk disebabkan oleh cuaca, bahan ma­kanan atau rosaknya sistem di dalam badan.

Allah SWT telah menjadikan pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, tabiat panas dan sejuk. Jika seseorang yang ditimpa penyakit yang bertabiat panas, maka ubat yang sesuai baginya ialah turnbuh-tumbuhan dan haiwan yang bertabiat sejuk.

Demikian juga jikalau sakit pada akal atau roh yang bertabiat panas maka ubat yang sesuai baginya ialah ayat-ayat Al-Quran, hadis atau kata-kata hikmah atau selawat yang bertabiat sejuk. Jika sakitnya itu pembawaan sejuk yang bersifat lemah seman­gat, hilang daya ingatan dan lain-lain ubat yang sesuai ialah ayat-ayat Al-Quran, hadis atau kata-kata hikmah yang bertabiat panas seperti ayat lima, ayat empat hadis-hadis jihad dan kata-kata yang bersemangat.

Selain daripada itu pada tumbuh-tumbuhan ada bahan-bahan pelali. Bahan pelali ini boleh dimakan untuk menahan sakit, bukan mengubat sakit.

Pada ayat Al-Quran dan hadis serta kata-kata ahli sufi ada kata-kata yang membawa pendengarannya menjadi lali, memu­kau dan mempesona. Samada dengan sebab nada suara atau keindahan susunan kata-kata, ia boleh melalikan si sakit untuk menanggung sakit walaupun berat.

Penyakit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mengubat adalah wajib jika Liada tertahan menanggungnya lagi. Sunat bersabar dengan sakit yang menimpa kita, makruh mengeluh kepada Tuhan yang memberi penyakit. Mengerang seorang yang sakit itu adalah istighfar.

Kuatkan Jiwa Pesakit Sebagai Asas Pengubatan.

Bagi doktor yang bertaqwa perlu dikuatkan jiwanya dengan tauhid, bangunkanlah jiwa pesakit yang lemah beserta ubat, beri asas tauhid. Ubat itu hanya sampingan tetapi puncanya adalah dan jiwa yang tidak tenang boleh menirnbulkan berba­gai penyakit.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketahuilah, dengan mengingati Allah SWT itu jiwa akan menjadi tenang. ” (Ar-Ra’ad: 28)

Ketahuilah orang kuat hubungannya dengan Allah SWT, jiwanya juga kuat. Kerana itu mereka sentiasa redha dengan ketentuan yang telah Allah SWT berikan kepadanya, sakit atau senang itu memang lumrah dan kehidupan di dunia ini.

Pengubatan Lahir.

Penyakit lahir dapat diubati, dengan beberapa kaedah. Di antara cara pengubatan allopathy, homeopathy, tradisional, acupuncture dan sebagainya.

Zaid bin Alaqah menceritakan hadis dan Usamah bin Syarikra. Suatu hari sewaktu Usamah bin Syarik ra. bersama Rasulullah SAW datang seorang desa bertanya: “Ya Rasulullah, apakah kami akan berubat?”
Rasulullah SAW menjawab:

“Tentu wahai hamba A llah SWT, sila berubat kamu semua. Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan telah menjadikan ubatnya, kecuali satu penyakit yang tiada ubatnya. ”

Mereka bertanya: “Penyakit apa itu Ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: “Penyakit tua.” (HR: Ahmad)

Sebenamya Allah SWT telah menjadikan ubat yang boleh menyembuhkan untuk semua penyakit, cuma manusia saja yang belum mengetahui, Allah SWT belum mengajarkan ilmu-ilmu yang masih tersembunyi itu. Selagi tidak bertemu dengan ubat yang sesuai, jangan berputus asa teruskan juga usaha tersebut.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menurunkan penyakit-penyakit dan ubat dan dia menjadikan tiap-tiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah, akan tetapi jangan kamu berubat dengan benda yang haram … ” (HR: Abu Daud) Dan sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Sesung guhnya arak bukanlah ubat tetapi ia adalah penyakit … ” (HR: Tarmizi)

Masalah Ketika Berubat.

Secara umumnya kaedah mudah untuk menyelesaikan apa saja masalah yang berkaitan dengan bidang perubatan ialah berpandukan kepada syarat-syarat berikut:

1. Kaedah yang dijalankan hendaklah sah di sisi syariat Islam.

2. Niat berubat semata-mata kerana Allah SWT.

3. Dalam masa berubat jangan ada yang bercanggah dengan syariat Islam misalnya percampuran di antara lelaki dan perempuan serta membuka aurat, menggunakan ubat yang haram sebelum mencuba ubat yang dihalalkan ter­lebih dahulu dan sebagainya.

4. Tidak meninggalkan ibadah-ibadah yang asas dalam masa berubat itu, walaupun sakit dan berubat hendaklah melakukan sembahyang, (walaupun dengan isyarat) puasa zakat dan sebagainya.

5. Natijah daripada perubatan itu pesakit menjadi sihat, redha dan syukur kepada Allah SWT jangan semakin leka dengan maksiat dan mungkar.

Masalah Ubat-Ubatan.

Keharusan untuk berubat dengan benda yang haram hanya ketika darurat, iaitu ketika diyakini si pesakit akan binasa salah satu anggota badannya jika tidak diubati dengan benda-benda yang haram.

1. Keharusan itu hanya setakat kadar yang diperlukan untuk menyembuhkan penyakit sahaja.

2. Ketentuan menggunakan ubat tersebut mestilah dilakukan oleh doktor Islam yang adil dan boleh dipercayai.

3. Diharuskan menggunakan ubat tersebut setelah habis ikhtiar untuk mencari ubat altematif yang halal.

4. Harus berubat dengan benda yang haram jika diyakini akan mempercepatkan sembuh sesuatu penyakit.

Menurut ulamak Mazhab Hanafi tidak ada kesalahan meninum sesuatu yang menghilangkan akal untuk memotong kudis yang memakan badan dan yang sehubungan dengannya.

Jelaslah ada keharusan untuk menggunakan ubat bius untuk pembedahan walaupun ia menghilangkan akal. Tetapi menggunakan arak sebagai ubat diharamkan secara mutlak.

Masalah Pembedahan Badan Atau Tukar Jantina.

Islam mengizinkan pembedahan dilakukan ke atas pesakit dengan tujuan menghilangkan penyakit yang mengancam hidupnya.

Menurut sebuah hadis yang bermaksud: “Nabi telan menghantar seorang tabib kepada Ubai Ibnu Kaab sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran­-saluran darahnya dan kemudian menyelar” (HR: Muslim)

Harus diperhatikan bahawa ada juga yang melakukan pem­bedahan semata-mata untuk kecantikan badan (pembedahan plastik) dan pembedahan tukar jantina). Pembedahan seumpama ini pada dasarnya adalah dilarang dalam Islam. Seolah-olah kita tidak meredhai pemberian Allah SWT dan ingin mengubah apa yang telah Allah SWT ciptakan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya akan aku (iaitu syaitan) pengaruhi mereka sehingga mereka mengubah ciptaanAllah SWT. (An-Nisa: 199)

Dalam sebuah hadis yang lain: “Rasulullah SAW melaknat perempuan-perempuan mentatu dan yang minta ditatu dan yang mengikir gigi dan yang meminta giginya dikikir” (HR: At-Thabrani) Nabi juga melarang perbuatan yang menjarangkan seperti yang tersebut di dalam hadis: “Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang berubah ciptaan Allah SWT. (HR Bukhari dan Muslim)

Pengguguran Anak.

Pengguguran anak ini dilakukan sebagai satu cara untuk menghadkan bilangan anak. Pengguguran dilakukan dikenali sebagai D&C (dilatation and curettage) menyedut keluar dari rahim dan sebagainya mengikut tahap pembesaran kandungan di dalam rahim.

Di dalam syariat Islam seluruh ulamak fekah telah sepakat mengharamkan pengguguran anak sekiranya dilakukan selepas bayi itu bernyawa (iaitu selepas 120 hari) kerana perbuatan tersebut adalah dianggap pembunuhan terhadap satu nyawa.

Mengenai kedudukan ini, Imam Ghazali berkata: Mencegah kehamilan dengan anzal (membuang mani di luar rahim isteri) tidak sama dengan pengguguran dan pembunuhan, sebab apa yang disebut sebagai pembunuhan atau pengguguran adalah satu perbuatan jenayah terhadap manusia yang telah wujud, walaupun kewujudan bayi itu bertahap-tahap. Tahap pertama iaitu bersarangnya mani di dalam rahim, dan bercampur dengan mani perempuan yang bersedia untuk menjalani kehidupan. Merosakkan ini bererti satu tindakan jenayah telah dilakukan.

Jika telah membesar menjadi segumpal darah dan seketul daging, maka jenayahnya semakin besar lagi dan jika sudah ditiupkan roh dan sempuma kejadiannya adalah jenayahnya yang bertambah besar. Yang paling besar jenayahnya ialah yang dilakukan apabila anak tersebut telah dilahirkan di dalam keadaan hidup.

Walau bagaimanapun pengguguran anak adalah diharuskan pada ketika darurat umpamanya sekiranya diteruskan kehamilan itu akan menyebabkan si ibu mati dan sebagainya. lni merupakan hukum pengecualian yang mesti ditentukan oleh seorang doktor Islam yang tidak fasik. Doktor Islam fasik tidak boleh diterima arahannya.

Antara ciri-ciri orang fasik itu ialah:

I. Mengekalkan dosa kecil.

2. Melakukan dosa besar.

3. Mengerjakan amalan tanpa ada sandaran.

4. Peribadinya meragukan dan tidak berwibawa serta berperangai tidak senonoh. Tidak tahu menjaga imejnya sebagai seorang doktor.

Merancang Keluarga.

Menurut program merancang keluarga (mencegah ke­hamilan secara barat) bilangan anak-anak akan dihadkan. Tetapi dalam syariat Islam konsep perancangan keluarga itu berlainan sekali. la berdasarkan kepada beberapa faktor.

1. Islam menyuruh umatnya berkahwin dan meramaikan anak­-anak dan ini sekaligus meramaikan umat Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kahwinilah perempuan yang berketurunan perempuan yang ramai anak, sesungguhnya kami akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai pada hari kiamat. ” (HR: Abu Daud, An-Nasal dan Al-Hakam)

2. Islam tidak izinkan kita umat Islam mengurangkan anak dan membunuh anak-anak kerana takutkan miskin. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan miskin. Kamilah yang memberikan rezeki kepada mereka dan kamu” (AI-Israk)

3. Islam menyeru agar merancang kehidupan berkeluarga, agar sentiasa mematuhi syariat dan hukum-hukum Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka” (AI-Tahrim) Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu untuk mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-larangannya. Inilah penghalang untuk mereka dan kamu dari api neraka” (HR: Ibnu Iabir dan Ibnu Munzir)

• Keadaan darurat itu benar-benar berlaku, bukan sesuatu yang dinanti-nantikan. Atau wujud satu keadaan yang benar-benar merosakkan dan menghancurkan satu di antara lima perkara, agama, nyawa, akal, keturunan ataupun harta benda. Ketika itu barulah hukum rukhsah boleh diambil.

• Telah dipastikan tidak ada benda-benda yang halal lain yang boleh diambil melainkan yang haram saja.

• Jika masih ada benda-benda yang halal mestilah dipastikan bahawa benda-benda halal itu tidak dapat meringankan kemudharatan kehancuran yang menimpa pesakit.

• Jangan sekali-kali melanggar hak asasi manusia seperti membunuh, merompak, berzina dan sebagainya.

• Hendaklah pengambilan yang haram itu sekadar perlu sahaja untuk menghilangkan darurat yang menimpa, tidak boleh berlebihan .

• Pada waktu rawatan dan pengubatan, pengambilan yang haram ketika darurat mestilah dipastikan oleh seorang doktor Islam yang adil dan tidak fasik, yang boleh dipercayai tentang agamanya, ilrnunya dan amalannya.