Sembelit.

Sembelit

Orang Jawa kata, bila terlalu banyak mengalami sembelit akan berkuranglah potensi kejantanan seseorang, maka boleh jadi lemah syahwat. Kerana itu hati-hatilah dengan gangguan yang sepertinya seperti ini.

Rawatan Urut Untuk Masalah Sembelit.

1. Pesakit berbaring terlentang.

2. Urut antara anus (dubur) dengan pangkal buah zakar. Gunakan kekuatan 4 selama 2 minit.

3. Selanjutnya urutlah dengan jari daerah sebelah kiri bawah perut selama 4 minit.

Ramuan Tradisional Untuk Sembelit.

Untuk mengatasi sembelit gunakan ramuan di bawah ini :

2 gram daun Sledri (jadikan serbuk halus), 10 gram daun Senamagi, 2 gram Kemukus, 2 gram Jahe, 5 gram Kelembak Cina, 2 gram Kencur, 2 gram Adas.

Caranya : Rebuslah dengan air sebanyak dua gelas besar. Selanjutnya di tapis dan dibubuh madu murni 2 senduk makan. Diminum setiap selesai makan satu senduk makan. Untuk mempercepatkan kesembuhan seringlah makan buah-buahan:

Pisang, Jambu Air, Betik.

Bronkitis.

Sembelit

Penyakit yang menyerang liang tenggorokan sering disebut bronkitis. Rawatan urut tidak dapat menghilangkan penyakit ini, hanya menyerang rasa sakitnya saja yang membuat penderita menjadi lega kerana mendapat pertolongan secara cepat. Untuk menghilangkan penyakit ini anda gunakan saja ramuan tradisional yang diberikan.

Rawatan Urut Untuk Penyakit Brokitis.

1. Pesakit berbaring terlentang. Lemaskan otot-otot dada bahagian atas dengan cara mengurutnya dari arah tukang dada ke sisi badan, kiri dan kanan, sampai ke bawah ketiak. Urutlah dengan kekuatan 4 gunakan teknik ibu jari selama 10 minit.

Ramuan Untuk Penyakit Bronkitis:

Perhatian! Dalam membuat ramuan di bawah ini harus diperhatikan kebersihannya.

1- Ambillah pati Kerbau, ditumbuk secukupnya.

2. Bubuhi air panas lalu diperah dan ditapis.

3. Bubuh pula madu murni.

4. Diminum 3-4 kali dalam sehari.

Untuk mempercepatkan penyembuhan bersihkanlah isi perut anda.

Batuk.

Rawatan Urut Untuk Masalah Batuk.

Sembelit

1. Suruh pesakit duduk terlentang. Kenakan minyak pada tapak tangan. Bermula di perut, letakkan dua tapak tangan di atas perut pesakit, tolak ke atas sampai bahu. Ulangi langkah ini beberapa kali. Ini akan memberi satu rawatan untuk kelegaan pernafasan seseorang.

2. Suruh pesakit duduk terlentang. Duduk di sisi pesakit. Kenakan minyak pada 2 tapak tangan. Letakkan tapak tangan di sisi badan pesakit. Tarik tapak tangan kemudian letak balik. Kemudian tarik lagi. Ulang beberapa kali ke seluruhan sisi badan tersebut bermula dari ketiak pesakit sampai ke pinggang pesakit. Kemudian ulang teknik ini di sisi sebelah sana pula. Ini untuk melancarkan peredaran darah di sisi badan pesakit tersebut dan seterusnya memberi kelegaan kepada pernafasan pesakit.

Batuk berat : Sering disebut juga batuk kokol.

Ramuan Untuk Ubat Gosok :

1. Ambil jahe secukupnya, minyak tanah secukupnya. Dan kecubung secukupnya. Semua bahan ditumbuk dan dicampur kemudian gosokkan pada punggung anda.

Ramuan untuk diminum:

7 lembar daun sirih, Gula batu secukupnya, Air bersih 1 gelas.

Daun sirih dicuci bersih lalu direbus bersama gula dan air. Biarkan mendidih hingga airnya tinggal setengah gelas. Pemakaiannya adalah 3 kali sehari sesendok makan. Berikutnya gunakan jari tengah saja untu melakukan urtut unyeng (muka tiga jari) dengan kekuatan 3 selama 20 detik pada titik-titik di bawah ini. Mulailah dari atas ke bawah. Ulangilah urutan ini 3 kali.

Semoga anda dapat mencuba langkah langkah yang diberikan di atas untuk mengubati penyakit Bronkitis Dan Batuk dan Sembelit.