Sakit Itu Ada Hikmahnya.

Setiap insan yang sihat akan merasa sakit, yang senang ada susahnya dan yang susah ada senangnya. Begitulah kehidupan di dunia ini. Untuk apa Allah datangkan musibah dan cubaan kepada hambanya? laitu berupa sakit yang dideritainya? Oleh itu setiap muslim jangan salah sangka kepada setiap takdir Allah Taala. Jangan kita sangka Allah SWT hendak memberi kita susah dan nasib buruk, sedangkan kita belum tahu dan nampak hikmah di sebaliknya.

Penderitaan yang dialami oleh sesuatu penyakit itu adalah satu bentuk ujian yang mempunyai maksud yang sangat pen­ting. Mereka yang dapat mengetahui maksud itulah yang dapat pengajaran dan pendidikan dari setiap takdir Allah Taala itu.

Hikmah dari sakit yang dideritai mempunyai faedah yang besar kepada kita sarna ada di dunia atau di akhirat. Jika kita tidak mengeluh, tidak mengadu sakit melainkan kalimah zikir yang diucapkan pada setiap denyut sakit yang memuncak, rintihan inilah yang tercatat sebagai tasbih. Setiap nafas yang disedut dan dilepaskan itu dicatat sebagai sedekah. Sekiranya sepanjang hari kita terlantar sakit, ia akan dicatat sebagai ibadah. Syaratnya hendaklah kita redha dengan sakit itu.

Orang yang redha dengan ketentuan Allah SWT dan sentiasa bertaqwa kepada Allah Taala tidak pernah terlintas di hatinya sangkaan buruk terhadap Allah SWT kerana mereka ditimpa sakit.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk dan patuh, iaitu mereka apabila disebut nama Allah gemen­tar hati mereka dan sabar atas ujian yang telah menimpa mereka.” (Al-haj: 34-35)

Orang-Orang Soleh Menghadapi Sakit.

Orang-orang yang soleh adalah seperti orang-orang lain juga mempunyai akal dan perasaan, tuntutan semulajadi rnereka sa­ma dengan tuntutan semulajadi insan yang lain, mereka perlu makan, minum, tidur dan berkahwin dan mereka juga ditimpa sakit.

Mereka bukanlah terkenal dengan kegagahan fizikal tetapi terkenal dengan kegagahan dan ketahanan pada hati. Hati me­reka cekal dan gagah untuk menanggung segala musibah hidup, mereka redha dan cekal dengan ujian Allah Taala. Jika sakit yang datang pada mereka dapat dihadapi dengan tenang, lapang dada, lega, bahagia dengan itu mereka mampu mengorak sen­yum kerana hati mereka melihat apa yang berlaku itu adalah
berada dalam pentadbiran Allah Taala.

Malah ada yang apabila tidak didatangi sakit dengan seba­rang bentuk ujian seperti sakit dan sebagainya lebih 40 hari maka akan menangislah mereka dan merintih. “Aku risau Allah mengalihkan pandangan-Nya dari­padaku.”

Bagi orang-orang yang soleh, sakit itu dirasakan ujian yang mengandungi rahmat yang terlalu banyak, malah sakit bagi mereka umpama hadiah dari Allah Taala, kerana sakit itu ter­dapat tiga keuntungan iaitu peringatan dari Allah SWT, pembersihan dan penebus dosa-dosa dan doa orang sakit itu adalah mustajab.

Maka dengan itu mereka sabar sedaya upaya sebagaimana Nabi Ayub as. dengan sakitnya yang ditanggung selama 8 tahun. Fizikalnya yang sakit tidak dirasakan olehnya sama sekali, kera­na hatinya sibuk dengan Allah. Ucapan syukur sentiasa menjadi basahan bibirnya. “Tuhan aku tetap bersabar dengan ujian-Mu dan lidahku masih boleh berzikir.”

Firman Allah Taala menerangkan: “Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada Tuhan-Nya. Ya Tuhanku aku mendapat penyakit dan cubaan dari syaitan”

Nabi Ayub as. sangat sabar dan taqwa kepada Allah SWT, baginda telah diuji dengan penyakit kulit sehingga berubah kulitnya menjadi tua dan orang tidak merasa enak melihatnya. lsterinya yang solehah dan taat selalu mendampinginya.

Kesabaran Nabi Ayub as. menghadapi penyakit dan keteguhan jiwa seorang isteri yang setia perlulah dicontohi.

Saidina Ali ra. pernah berkata: “Bukti seorang hamba cintakan sahabatnya diberikan kesenangan padanya. Bukti Allah cintakan hambanya maka ditimpakan kesusahan dan kesakitan.”

Ubai bin Kaab yang ditimpa demam panas pernah berdoa: “Ya Allah, jangan engkau hilangkan panas dari tubuhku hingga aku mati dan jangan engkau halangi aku dari solat, puasa, haji, umran dan jihad dengan penyakit panas ini. ”

Bila bertemu dengan orang lain mereka tidak menyangka bahawa mereka sakit. Seboleh-bolehnya mereka mahu sem­bunyikan sakit itu dari orang. Lalu sedikitpun mereka tidak merasa terseksa dengan sakit itu. Buruk sangka jauh sekali, sikap tenang dan sabar menjadi perisai mereka.

Tidak Perlu Mengeluh Kerana Sakit.

Setiap orang ditimpa sakit itu adalah merupakan ujian bagi­nya, ujian itu adalah guru yang tidak bercakap tetapi ia sangat mengajar dan mendidik setiap hati manusia yang ditimpa sakit.

Bagi kita memang tidak mampu untuk mencungkil hikmah­-hikmah yang terdapat pada sesuatu kejadian yang Allah SWT
takdirkan, oleh itu kita perlu berbaik sangka dengan Allah SWT. Walau bagaimanapun jika kita ditimpa sakit bolehlah diberitahu atau menyatakan sakit itu, “Aku sedang sakit,” atau “Aku sangat panas” yang dilakukan bukan dengan cara marah-marah dan menampakkan rasa tidak redha dan keluh-kesah.

Mengeluh dan meratap ketika sakit adalah tidak beradab, seolah-olah kita menyalahkan Allah SWT Yang Maha Suci memberi kita sakit. Oleh itu jika ditimpa sakit hendaklah ber­ikhtiar mengubati penyakit itu, jangan cepat berkeluh-kesah, kerana rasa marah dan tertekan itu akan menambahkan lagi kesakitan yang ditanggung. Sakit itu adalah pada hakikatnya Allah SWT mahu menguji hambanya.