Pesanan Rasulullah Tentang Kesihatan.

RASULULLAH SAW menyarankan agar orang yang sakit itu berikhtiar untuk mengubati penyakitnya dengan menemui doktor dan sebagainya. Seperti yang pemah dikatakan oleh Nabi SAW kepada sahabatnya yang maksudnya:

“Jika kamu sakit maka tanyakanlah pada Harith: Dalam hal ini Haritb bin Kaladah telah dinyatakan sebagai doktor dan ahli dalam ilmu perubatan pada waktu itu. Sebahagian pertanyaan tentang pengubatan pernah menyatakan. Jangan kamu makan ubat kecuali kerana terpaksa, sebab ubat itu tidak berguna jika tidak: diperlukan.:

Pandangan Harith bin Kaladah tentang pemakanan dan ubat:

• langan kamu makan ubat jika kamu tidak kuasa buat menerimanya.

• langan kamu makan buah-buahan kecuali yang telah masak.

• Jika ingin sihat bangunlah pagi-pagi, tidurlah cepat-cepat, berpakaian dengan pakaian yang rapi dan ringan dan kurangkan hubungan seks.

• Tidak boleh makan ketika marah.

• Berilah waktu buat dirimu mendapatkan kerehatan. (Maksudnya menghiburkan hati dengan cara yang tidak diharamkan).

• Sedikit makan makanan malam agar dapat tidur dengan nyenyak.

• Badan adalah laksana tanah, akan subur jika dalam keadaan baik, tetapi jika dibiarkan akan menjadi rosak.

• Makan berlebihan akan mempersempitkan pernafasan.

A. RASULULLAH SAW SEBAGAI DOKTOR.

Tidak ada suatu agama yang telah memberi petunjuk kepada masalah kesihatan dan kedoktoran, kecuali agama Islam muncul pertama kali dalam dunia Arab maka temyatalah di masa jahiliah telah ada doktor-doktor yang boleh mengubati beberapa penyakit.

Rasulullah SAW menyatakan kepada seorang doktor jahiliah maksudnya:

“Jangan kamu mengubati seseorang sebelum mengetahui penyakitnya.”

Dengan sabda Rasulullah SAW demikian maka ia menyatakan:

“Ya Muhammad anda lebih mengetahui dariku dalam ilmu kedoktoran. ”

Pengetahuan yang diperolehi oleh Rasulullah dalam masalah kedoktoran dan ubat-ubatan semata-mata hanyalah menurut apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya. Rasulullah SAW dalam beberapa masa telah memberikan petua kedoktoran berdasarkan garis-garis yang diberikan oleh Tuhan yang sudah dipastikan kebenarannya, bahkan kepakaran dan kebijaksanaannya melalui doktor-doktor yang lain.

Rasulullah SAW adalah lebih tepat sebagai pemimpin para doktor dan ahli jiwa yang merangkap sebagai Nabi dan Rasul untuk segenap umat Islam.

Baginda telah memerintahkan tentang kewajipan ber­wudhuk untuk kesucian rohani dan jasmani.

Diharamkan minum minuman keras dan menagih dadah kerana minuman keras itu boleh merosakkan akal, meng­hilangkan ingatan, dan kesedaran, melemahkan semangat, tidak boleh mengendalikan hawa nafsu dengan wajar, menyebabkan sakit perut dan darah tinggi, melemahkan jantung, menderita penyakit urat saraf, rosak akhlak boleh menjadi lumpuh dan boleh juga membawa kematian.

Rasulullah SAW juga melarang perjudian, perzinaan, makan daging babi, darah, bangkai, dan binatang yang disembelih tanpa disebut nama Allah Taala, Dianjurkan untuk menghindar dari penyakit lepar, lari dari harimau. Lalat yang jatuh pada makanan hendaklah ditenggelamkan kemudian diangkat kerana bahagian pada sayapnya mengandungi ubat dan sebahagian lain mengandungi penyakit.

Adapun Rasulullah SAW itu sebagai doktor dengan sabdanya yang bermaksud:

“Perut adalah tempat penyakit, sedangkan pencegahannya adalah pangkal pengubatan. ”

Dalam hal ini tidak ada seorang doktor pun yang berani membantah kerana memang terbukti kebenarannya. Ini menun­jukkan kepada kita falsafah kedoktoran yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada umatnya adalah merupakan satu falsafah yang tinggi.

Rasulullah SAW melarang pengubatan dengan azimat, ramalan dan tukang sihir, bahkan dibenarkan membunuh tukang sihir jika telah diakui bahawa tukang sihir yang bersangkutan membunuh orang dengan sihirnya.

Nabi SAW melarang suami isteri mengadakan hubungan seks jika isteri sedang dalam haid sesuai dengan surah AI­-Baqarah ayat 222.

Begitu juga dengan berkhatan, bahawa khatan itu sunat un­tuk lelaki, dan satu kemuliaan buat wanita, Tetapi dalam mazhab Syafie bahawa khatan itu hukumnya wajib, pendapat ini juga berdasarkan pada AI-Quran.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa hadis-hadis Nabi banyak sekali menyebut adanya dasar-dasar kesihatan dan kedoktoran dan kemudian diikuti oleh kedoktoran moden.

B. PENYAKIT JIWA DAN RAGA.

Setiap orang yang hidup pasti merasa sakit, kerana sudah menjadi lumrah kehidupan ini sakit lawarmya sihat. Begitujuga sebaliknya. Dalam arus kemodenan ini setiap orang ingin terus hidup senang dan bahagia tanpa gangguan penyakit, setiap hari manusia mencari dan mencari bagairnana mereka harus dapat hidup sihat selama-Iamanya. Dalam hal ini mereka lupa bahawa arus kemodenan telah menyebabkan mereka lupa akan nilai-nilai kesihatan dan bagaimana untuk menghindari penyakit sebenarnya.

Dalam arus pembangunan yang begitu canggih manusia tidak sedar bahawa kecacatan tamadun moden telah membuat manusia menjadi orang-orang yang tarnak, haloba dan suka mementingkan diri sendiri.

Ini menyebabkan mereka banyak berfikir tentang diri merekasendiri hinggakan mereka begitu Ialai dan tamak untuk mencari wang.

Akibatnya mereka hidup dengan penderitaan batin yang berat, walaupun mereka tenggelam dalam kesenangan dan kemewahan namun mereka mengidap berbagai kesakitan dan kekacauan jiwa, menderita berbagai penyakit akal, walaupun harta mereka melimpah ruah.

Memang tidak dapat dinafikan sejak dan dahulu hingga kini momok “Hospital Gila” masih menjadi ejekan dan kecurigaan masyarakat seluruhnya. Kerana itu tidak ada para penderita penyakit jiwa yang telah sembuh sanggup menerangkan hal yang dialarni semasa mereka dalam rawatan, seperti yang di te­rangkan oleh orang-orang sakit jasmani yang sanggup mene­rangkan tentang pembedahan yang dilakukan ke atasnya.

Memang sukar untuk dipastikan sebagai insan biasa untuk melihat kesakitan yang dideritai oleh pesakit jiwa, tetapi sebenamya dalam jiwa yang bergelombang, resah gelisah, takut dan bercita-cita tinggi, tamak haloba dan tidak senang dengan orang lain akan menimbulkan berbagai-bagai gejala yang buruk pada ural sarafyang mana boleh muncul sebagai sakitjasmani yang sebenamya.

Dalam kehidupan biasa kita boleh melihat tindak tanduk seseorang yang gugup dan gemuruh sedang menghadapi satu ujian penting, mungkin dia tiba-tibademam tanpa sebab-sebab yang nyata.

Juga seorang pengurus yang baru dilantik tiba-tiba mendapat sakit kepala yang cukup tenat tanpa sebab-sebab yang nyata. Sebenarnya keinginan mereka kepada kejayaan dan kebimbangan mereka kepada kegagalan telah menimbulkan ketegangan dan keresahan dan tidak dapat jalan keluar kecuali mengubah masalah emosi mereka kepada pengidapan pengidapan jasmani.

Ramai orang yang enggan mempercayai bahawa pengi­dapan-pengidapan jasmani yang disebabkan oleh ketegangan-ketegangan saraf itu bukanlah pengidapan khayali tetapi adalah pengidapan yang hakiki.

Dalam hal ini kita faharn bahawa penyakit ketegangan­-ketegangan saraf boleh menimbulkan penyakit jasmani yang nyata.

Ada beberapa cara untuk menghindarkan penyakit ketegangan saraf ini:

• Hindarkan dari terlalu ghairah dalarn sesuatu hal.

• Jangan bersikap angkuh dan tarnak haloba.

• Hindarkan dari iri hati dan syak wasangka kepada orang
lain.

• Redha dengan yang sedikit dan bersyukur dengan yang banyak.
• Sederhana dalam segala hal.

• Menghormati hak dan perasaan orang lain.

• Belajarlah memaafkan kesalahan orang lain.

• Percaya hanya kepada Allah dan yakin pada diri sendiri.

• Elakkan dari sikap berputus asa dan berkhayal.

C. KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI DALAM HIDUP.

Kebahagiaan yang sebenamya dalarn hidup ini bukan sesuatu yang harus dikejar secara langsung, kerana jika kita mengejamya maka ia akan lari dari kita.

Sebaik jalan untuk mencapai kebahagiaan, adalah men jadi muslim yang taat, lakukan kerja-kerja yang berfaedah sehingga anda tidak punyai waktu untuk bertanya pada diri sendiri, adakah anda bahagia atau tidak?

Hidup bahagia itu sebenamya apabila seseorang itu dapat mengisi waktu-waktu dengan kerja yang wajar, sarna ada ber­cucuk tanarn, mengarang buku, menyuap makanan pada mulut bayi, maka kita akan berasa bahagian setelah melaksanakan kerja-kerja itu.

Kebahagiaan dengan ada hasil usaha berjaya. dan keme­rahan di wajah menandakan anda sihat dan berpuas hati. Dengan ini anda tidak perlu mernikirkan tentang kelemahan diri sendiri rasa tidak berguna dan sebagainya yang negatif.

Kemampuan melaksanakan hidup dengan wajar adalah lambang kesihatan yang tidak boleh dijual beli. Hanya dengan keredhaan Allah Taala anda boleh mencapai kesihatan jiwa dan raga dengan baik di dunia dan bekalan di akhirat.