Persediaan MengurutMasa Persiapan Sebelum Mengurut.

Persiapan Fizik.

1. Sebelum mengurut, tubuh harus dalam keadaan bersih, terutama jari-jari tangan.

2. Biasakan mencuci tangan sebelum dan selepas mengurut.

3. Seluruh pakaian harus bersih, sebaiknya memakai baju lengan pendek.

4. Jangan memakai pakaian yang akan menghalang kebebasan anda bergerak sewaktu mengurut.

5. Gunakan pewangi untuk menyenangkan pesakit anda.

6. Cuba jangan mengeluarkan peluh secara berlebihan sewaktu mengurut, untuk itu sediakan tuala untuk mengesat peluh yang meleleh.

7. Jangan biarkan kuku anda memanjang, jika anda sudah memutuskan jadi pengurut potonglah kuku anda pendek-pendek.

8. Pastikan bahawa anda dalam keadaan segar, tidak sakit. Jika anda sakit atau merasa keletihan janganlah menerima pesakit. Akan mengakibatkan kemudaratan.

Persiapan Mental.

1. Yakinlah bahawa anda mampu menyembuhkan pesakit anda. Untuk menambah keyakinan anda berdoalah menurut keyakinan anda.

2. Usahakan agar pesakit merasa yakin pula bahawa anda dapat menolong, membantu dan menyenangkannya.

3. Sabarlah mendengarkan keluhan, teguran dan berbagai kata-kata yang keluar dari mulut pesakit anda. Walau anda tidak suka sekalipun anda tetap diwajibkan mendengarnya dengan setia. Sandiwara anda yang penuh perhatian itu akan membantu meringankan beban mental pesakit anda.

Kelengkapan Mengurut Yang Diperlukan.

1. Minyak urut banyak dijual di kedai-kedai ubat atau farmasi. Anda boleh juga membuat sendiri sesuai selera anda. Misalnya dengan bahan-bahan berikut ini:

80% minyak kelapa (bukan minyak sayur atau minyak goreng)

Usahakan minyak kelapa ini dibuat sendiri agar terjamin kebersihannya.

10% minyak serai

10% minyak kayu putih (ada juga menyenangi minyak Gondopura,

namun bau minyak ini menyengat hidung). Semua bahan

dicampur dan disimpan dalam botol.

2. Ingat, jangan sekali-kali memakai kayu putih mahu pun minyak yang banyak mengandungi banyak alkohol, ini akan membahayakan kulit. Sebab tujuan utama atau fungsi manyak hanya sebagai pelicin atau pemulas agar dalam pengurutan tidak melecet pada kulit.

3. Untuk menghadapi pesakit bertubuh gemuk anda boleh menggunakan alat bantuan seperti tongkat kecil untuk mengurut.

4. Katil tempat mengurut harus disesuaikan dengan tubuh pengurut. Yang baik ukuran tinggi kaki katil beserta ketebalan tilamnya adalah setinggi pentengahan peha pengurut. Katil yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan menyulitkan dan meletihkan pengurut itu sendiri.

5. Tilam yang diletakkan di katil urut hendaklah sederhana saja. Tidak terlalu empuk dan tidak terlalu keras. Demikian pula keadaan bantalnya.

6. Ukuran ruangan kamar usahakan tidak terlalu luas mahu pun sempit. Anda boleh membuat ukuran bilik urut dengan luas 2.5.x 3 meter. Jangan gantung apapun dalam dinding bilik, catlah dinding bilik dengan warna cerah.

7. Sediakan tuala dan kain lap. Kedua benda itu sangat penting. Jika minyak tumpah anda boleh membersihkannya dengan segera. Manakala tuala boleh digunakan untuk mengesat lumuran minyak yang tidak disukai pesakit.

8. Sediakan sinki di berhampiran jendela atau alat penedaran udara di bilik urut, agar anda tidak perlu susah-susah mencuci tangan jika selesai mengurut.

Persiapan Mengurut Lain.

Persiapan mengurut ini boleh di pecahkan juga kepada 2 iaitu persiapan mengurut oleh pesakit(pelanggan) dan persiapan mengurut oleh tukang urut.Persiapan mengurut oleh pesakit adalah seperti, dia mesti yakin terhadap seseorang tukang urut yang menjadi pilihannya sendiri kerana dalam memilih tukang urut ini buat pertama kali, ia ibarat beradu nasib. Jika dapat tukang urut yang betul-betul bagus, ianya dikira bagus.Jika pertama kali masuk ke dalam bilik urut itu bersama tukang urut tersebut, kalau boleh janganlah pelanggan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap tukang urut tersebut kerana jika tukang urut tersebut adalah tukang urut yang betul-betul pakar, keadaan syak wasangka ini mungkin akan mengganggu emosi tukang urut tersebut. Natijahnya,urutan yang baik yang akan dibuat oleh tukang urut tersebut akan menjadi urutan yang tidak mencapai tahap 100%.Pelanggan janganlah menilai seseorang tukang urut itu berdasarkan rupa dsb.Oleh itu,sebelum mendapatkan seorang tukang urut,kita mestilah membuat penyelidikan yang teliti melalui pertanyaan fizikal dll. Persediaan mengurut oleh tukang urut pula ialah,di boleh menerima siapa sahaja pelanggannya dan juga tukang urut ini mesti juga mempunyai kekuatan mental dan fizikal dengan niat yang betul untuk memulihkan pesakit sehingga tamatnya tempoh rawatan urut. Persiapan mengurut ini termasuk samada sebelum mengurut atau semasa mengurut.