Cara Pengubatan Untuk Rohani.

Insan itu bukan sahaja bertarung atau bertentangan dengan kehendak-kehendaknya, alam dan kemahuan-kernahuan masyarakat, tetapi manusia sering bertentangan dengan kernahuan-kemahuan dan kehendak-kehendak dengan dirinya sendiri.

Orang-orang yang berjaya menghadapi dan menyeIesaikan perlawanan dan pertarungan dengan penuh kebijaksanaan akan
dapat menghindarkan diri mereka dari kekacauan jiwa, sedang­kan orang yang gagal mencari penyelesaian yang bijak, mere­ka akan gugur menjadi korban-korban, perasaan serba salah, gelisah rungsing dan gundah guIana yang tidak berkeputusan.

Kerana itulah timbulnya penyakit jiwa yang mana setiap pengidapnya akan terhimpit dengan perasaan yang tidak ten­teram hingga menimbulkan penyakit fizikal pula.

Selain daripada pengubatan penyakit lahir dengan meng­gunakan kaedah tradisional, homeopathy, accupuncture dan sebagainya. Ada satu lagi kaedah yang disarankan oleh Rasul­ullah SAW iaitu pengubatan secara rohani.

Setelah berusaha dan berikhtiar untuk mengubati penyakit­nya umat Islam digalakkan untuk bertawakkal kepada Allah SWT.

Banyak kisah sejarah yang memaparkan bagaimana Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang soleh menyerah diri kepada Allah SWT setelah habis ikhtiar dan usaha mereka.

Misalnya kisah Ibrahim Adham seorang raja Iraq, sebelum ba­ginda menjadi wali, kehidupan sehari-hari mewah sekali, Ba­ginda sering keluar berburu di hutan.

Suatu hari ketika baginda sedang makan, datang seekor ga­gak menyambar rotinya, lalu dibawanya terbang. Ibrahim Ad­ham lantas mengejar dengan kudanya, tetapi burung gagak ter­bang semakin tinggi dan semakin jauh pula, kerana kuat untuk mengetahui rahsia di sebalik kejadian itu, diikuti terus hingga sampailah ke dalam hutan.

Di bawah sebatang pokok, didapati sesuku tubuh manusia dalam keadaan terikat kaki dan tangannya. Lantas ia bentanya kepada pemuda tersebut: “Mengapa anda berada dalam keadaan begini?”

Orang itu menjawab: “Saya seorang saudagar. Ketika saya lalu di sini. Barang dagangan saya dirompak dan kedua tangan dan kaki saya diikat. Saya tidak dapat melawan kerana bilangan mereka terlalu ramai. ”

Di tanya lagi: “Sepanjang tangan dan kaki anda diikat siapakah yang memberi saudara makan?”

Dijawabnya: “Saya lalu berdoa kepada Allah SWT supaya lepaskan saya dari kesusahan ini. Dengan rahmatnya didatangkan seekor burung gagak dan hinggap berdiri di alas dada saya, sambil membawa makanan di paruhnya dan diletakkan ke mulut saya. Saya bersyukur kepada Allah SWT yang menggerak­kan gagak itu untuk memberi makan kepada saya sehinggalah tuan sampai ke sini”

Dari kisah itu dapat diambil pengajaran bahawa manusia diwajibkan bertawakkal dalam keadaan apa sekalipun. Salah satu cara bertawakkal ialah memohon perlindungan kepada Tuhan, baik dari kejahatan perbuatan yang ghaib mahupun dari­pada perbuatan syaitan yang dapat dilihat oleh mata kasar.

Kerana itu Rasulullah SAW menyarankan umatnya agar me­mohon pertolongan dan bantu an Allah SWT yang Maha Penyayang itu sangat suka mendengar rintihan hambanya yang mukmin dan selalu berdoa dan bertawakkal kepadanya.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Berdoalah. kepadaku, nescaya akanAku kabulkan.” (Al-Mukmin: 60)

Setelah ditiupkan roh ke dalam jasad nabi Adam, Allah SWT mengajamya doa yang pertama yang berbunyi: “Ya Tuhanku, tunjuklah aku jalan yang lurus, jalan mereka yang pernah beroleh kumia daripada-Mu, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. ” (Al-Fatihah: 6)

Sejak ini mulailah doa itu dipergunakan kepada sesiapa sahaja yang ingin pertolongan dan bantuan dari Allah SWT.

Sebenamya banyak penyakit yang boleh disembuhkan dengan doa-doa, membaca ayat-ayat Quran dan membaca selawat. Oleh itu perlu diingat agar doa itu dimakbulkan, kita mestilah menjaga adab-adabnya dan tabu pula ketika mana dan waktu bila doa itu mustajab.

Berubat Dengan Doa, Jampi Dan Azimat.

Rasulullah SAW melakukan pengubatan dengan doa.Di antara cara pengubatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan berdoa. Ini disebabkan penyembuh segala penyakit ialah Allah SWT. Adalah tidak wajar sesiapa yang ditimpa penyakit enggan berdampingan dengan Allah SWT. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lebih-lebih lagi bersikap menjauhkan diri dari Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah SWT hati akan menjadi tenang. ” (Ar-Rad: 28)

“Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu,” (Al-Baqarah: (52)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat, madu dan Al-Quran. ”

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Tidaklah duduk satu kaum untuk berzikir kepada Allah SWT melainkan malaikat-malaikat akan mengelilingi mereka dan rahmat akan menghampiri mereka dan akan turun kepada mereka ketenangan dan akan Allah SWT sebut mereka di kalangan mereka yang di sisinya” (HR: Muslim)

Pemah Saad bin Waqas datang menemui Rasulullah SAW agar baginda doakan sembuh dari sakit. Lantas Rasulullah SAW terus berdoa: “Ya Allah! sembuhkanlah Saad” (3 x)

Beberapa orang sahabat singgah di sebuah kampung dalam satu perjalanan. Kebetulan ketua kampung tersebut sedang sakit dan anak buahnya minta pertolongan mereka untuk mengu­batinya.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bangkit dan menuju kepada ketua kampung itu. Sahabat-sahabat yang lain hairan kerana mereka tahu bahawa sahabat mereka itu bukanlah tabib. Setelah beliau membaca sesuatu ketua kampung itupun sembuh.

Mereka berasa hairan dan bertanya: “Apakali engkau ini tukang jampi?”

Beliau menjawab: “Aku hanya membaca Ummul Kitab (Al-Fatihah). ”

Peristiwa itu disampaikan kepada Rasulullah SAW. Lantas baginda menjawab: “Siapa tahu surah itu (Al-Fatihah) adalah ubat. ”
Peristiwa inilah yang menyebabkan para ulama besar Islam berpendapat bahawa ayat-ayat Al-Quran boleh jadikan penawar kepada penyakit-penyakit.

Adab Berdoa.

1. Setiap orang hendaklah berdoa dengan hati penuh kusyuk, sesuai dengan riwayat hadis dari Abdullah bin Umar men­gatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai manusia perintahlali oleh kamu semua akan Dia dalam keadaan kamu semua yakin dengan kemakbulan, bahawasanya, Allah SWT tidak makbulkan doa dari seorang hamba yang hatinya kosong lalai. (Fir: Ahmad)

2. Bila berdoa hendaklah berbaik sangka kepadaAlIah SWT.

3. PanjatkanJah doa dengan berasa dukacita dan merendahkan diri.

4. Melahirkan kelemahan dan kehinaan diri.

5. Membesarkan Allah SWT dengan puji-pujian dan bersyukur.

6. Mengadap kiblat dan menadah kedua belah tangan dengan bersungguh-sungguh.

7. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan. Sifat ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu berdoa, ia hendaklah memperlihatkan besarnya keinginan untuk memperolehinya, kerana tidak ada satu pun yang dianggap besar oleh Allah SWT” (HR: Abu Uwanah dan Ibnu Hibban)

8. Memulakan dengan memuji Rasulullah SAW. Kemudian dahulukan dengan istighfar 3 kali dan berdoalah untuk kebaikan diri orang lain.

Rasulullah SAW pemah rnendengar seorang lelaki yang berdoa setelah tamat sembahyang tanpa memuji Allah SWT dan mengucapkan selawat terlebih dahulu, baginda berkata bahawa orang itu begitu tergesa-gesa, lalu dipanggil dan berkata kepadanya dan juga kepada orang lain. “Bila salah seorang kamu berdoa, maka hendaklah dengan memulakan dengan membesarkan Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia serta memuji atas-Nya. Kemudian ia mengucap selawat atas Nabi SAW. Kemudian barulah ia berdoa apa yang ia kehendaki.”

9. Sesorang itu hendaklah merendahkan suara pada waktu mengucapkan doa, tidak terlalu keras, tidak pula terlalu rendah. ltu bertujuan untuk menenangkanjiwa orang yang berdoa dan sesuai dengan syariat Islam bahawa Allah SWT tidak tuli. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah. kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan tidak mengeraskan suara. Sesungguhnya Dia (Allah SWT) tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. ”

10. Pilihlah masa dan waktu yang lebih utama agar doa itu dimakbulkan. Dalam sebuah hadis seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai Rasulullah, mana satu doa yang lebih didengar oleh Allah SWT?

Jawab Nabi: “Doa di tengan malam dan selesai sembahyang fardhu.: (HR: Abu Umamab)

Hadis yang lain pula: “Jarak yang terdekat antara seorang hamba dengan Tuhannya, ialah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu. ” (HR: Abu Hurairah)

11. Diucapkan doa dengan jelas dan diulang-ulang untuk sesuatu yang lebih dihajati.

12. Berdoa setiap ketika sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.

13. Supaya doa segera dimakbulkan, orang yang berdoa itu mesti menjaga makan dan minumnya ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada RasuluUah SAW: “Wahai Rasulullah, bagaimana doaku agar mustajab?” Jawab Rasulullah SAW yang bermaksud:

• Ketika saat genting dan cemas.

• Ketika sujud dalam sembahyang.

• Waktu antara azan dan iqamah.

• Ketika hujan lebat mulai turun.

• Ketika berkecamuk perang fisabilillah.

• Pada malam-malam bulan Rarnadhan terutama malam Lailatulqadar. “Wahai Saad,jagalah soal makananmu, nescaya engkau menjadi orang yang makbuL doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tangan-Nya, jikalau seorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat pulun hari. Dan sesiapa juga hamba yang turnbuh dari makanan haram dan riba, maka neraka lebih Layak baginya. ” (HR: Ibnu Abbas)

14. Doa yang dipohon tidak mengandungi dosa atau sesuatu yang memutuskan tali silaturahim.

15. Jangan berdoa sesuatu yang buruk sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jangan berdoa buruk terhadap dirimu, juga terhadap anak-anak kamu. Jangan sampai nanti doa kamu bertepatan dengan suatu saat di mana Allah swt akan me­menuhi permohonan hingga doa buruk itu benar-benar termakbul. ”

16. Menyapu tangan ke muka apabila selesai berdoa.

Waktu Yang Mustajab Berdoa.

• Sedang Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.

• Waktu menjelang fajar subuh.

• Waktu sebelum dan sesudah sembahyang fardhu.

• Ketika khatib duduk an tara dua khutbah Jumaat.

• Pada malam dan pagi Jumaat.

• Ketika tawaf di Kaabah.

Mengubati Dengan Jampi.

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW pemah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai jampi.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak salahnya dengan jampi, selagi mana tidak ada unsur-unsur syirik di dalamnya. ” (HR: Muslim)

Hadis ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi dalam usaha-usaha pengubatan, asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah Islam (iaitu jampi dengan menggunakan ayat-ayat Quran, doa-doa serta wirid dari Rasulullah SAW).

Sekiranya jampi itu bercanggah dengan akidah dan syariat, maka ia dihararnkan.

Menggunakan Azimat.

Mengenai penggunaan azimat pula, ada di antara ulamak­-ulamak yang mengharuskan penggunaannya sebagai salah satu ikhtiar sahaja iaitu Imam Syafie dan Imam Malik. Tetapi dengan syarat seseorang yang menggunakan azimat itu tidak mengi’tiqadkan bahawa azimat itu mampu menghindarkannya dari sebarang malapetaka.

Menurut sebuah hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: “Jika salah seorang dari kamu mengalami ketakutan diwakiu tidur; hendaklah ia mengucapkan doa yang ertinya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah. SWT yang sempuma dan kemarahan seksaan-Nya dan dari kejahatan dan hamba-hamba-Nya dan dari bisikan syaitan dan agar syaitan tidak menghampirinya. Dengan itu syaitan tidak dapat menimpa bencana ke atasnya. ”

Abdullah bin Umar telah mengajarkan doa ini kepada anak­-anaknya yang boleh bercakap dan untuk anak-anak yang masih
belum bercakap, dituliskan doa ini untuk dijadikan azimat. Agar anak-anak terhindar dari gangguan syaitan.

Pemah seorang sabahat mengadu kepada Rasulullah SAW tentang seluruh anggota keluarganya menghadapi masalah su­kar untuk tidur. Maka Rasulullah SAW mengajarkan beberapa kalimah doa untuk dibaca. Untuk anak-anaknya yang belum boleh bercakap Rasulullah SAW anjurkan don tersebut ditulis atas bekas minuman kemudian dimasukkan air lalu diberi minum.

Berubat Dengan Ayat Al-Quran.

Semua ayat AI-Quran mempunyai barakah dan menjadi ubat dan rahmat bagi mukmin.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. ” (Al-Israk)

Cara Pengubatan Yang Dilakukan Oleh Rasulullah SAW.

1. Sakit Perut 

Abu Said menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Sesungguhnya saudaraku mengadu hal penyakit perutnya. ”  Lalu Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Berilah minum madu”

Khasiat madu:

• Membersihkan perut.

• Menghilangkan kahak.

• Melawaskan buang air kecil.

• Boleh memanjang dan mencantikkan rambut bagi wanita.

• Menguatkan badan.

• Dapat mengubat gigitan anjing gila.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang menelan( minum sedikit) madu tiga kali setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit yang teruk. ” (HR: Ibnu Majah) ”

2. Demam 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya penyakit demam atau keadaan yang terlalu panas adalah sebahagian daripada panas neraka jahannam, maka hilangkan daripadamu dengan air sejuk.”

Jika demam terlalu panas, lap dengan kain yang basah untuk menurunkan kadar panas pesakit sebelum mencari ubat yang lebih mujarab.

Rasulullah SAW bersabda mengenai hikmah terkena demam panas yang bermaksud: “Tiada penyakit yang lebih kusukai selain daripada penyakit demam panas. Kerana penyakit ini masuk ke seluruh ang­gota tubuhku sedangkan Allah SWT memberi pahala pada setiap anggota tubun yang terkena penyakit. ”

3. Sakit Kepala

Ibnu Majah meriwayatkan: Apabila Rasulullah SAW pening kepala, baginda menam­palkan dengan inai dan berkata: “Sesungguhnya inai bermanfaat untuk penyakit kepala dengan izin Allah SWT.”

4. Penawar Pada Sayap Lalat

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila ada lalat jatuh ke dalam hidanganmu, hendaklah kamu tenggelamkan lalat itu. ke dalam hidangan itu (sebelum diangkat), kerana pada salah satu sayap lalat itu mengan­dungi penyakit dan pada sayap yang lain mengandungi ubat penawar”.