Menjaga Kesihatan Dengan Beramal.

Puasa Untuk Kesihatan Jiwa Dan Fizikal.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Berpuasalah. kamu maka kamu akan sihat”

Dalam Islam telah ada perintah untuk melaksanakan puasa Ramadhan sebanyak sebulan di samping adanya puasa-puasa sunat yang lain
Dan Allah Taala berfirman maksudnya:

“Hai mereka yang beriman telah diwajibkan bagimu untuk berpuasa (Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan atas mereka yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang bertakwa”

(AI.Baqarah: 183)

“Dan berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu me­ngetahuinya”

Al-Baqarah: 184)

Puasa telah diakui sebagai salah satu cara untuk mengurang­kan kegemukan, dengan cara yang tidak merbahayaklan bagi mereka yang melaksanakan puasa tersebut boleh menyihatkan badan.

Adapun cara menurunkan berat badan melalui tablet-tablet yang berunsur dari bahan-bahan kimia akan mendapat me­nimbulkan kesan sampingan yang kurang baik bagi mereka yang mempraktikkannya. Cara menurunkan berat badan mela­lui puasa-puasa benar-benar diakui manfaatnya yang baik bagi kesihatan seseorang. Dan orang yang tidak seimbang antara tinggi berat badannya dengan jumlah berat badannya pada jan­tungnya, dan akhimya jantung itu pun akan menjadi lemah. Dan jika jantung itu lemah seseorang boleh mengidap sakit jantung dan mungkin memendekkan hayatnya. Dengan demi­kian puasa adalah satu cara yang paling baik baginya.

Orang yang terlalu gemuk badannya boleh menyebabkan nafasnya sesak kerana adanya gangguan pada pemafasan. Dan untuk menghindarkan gangguan seperti ini maka orang terlalu gemuk harus banyak bergerak, berolahraga dan bekerja dengan giat, Juga mengurangkan makanannya misalnya makan daging, telur, ayarn, ikan, susu, keju dan lemak. Benarlah jika Rasulullah bersabda yang maksudnya:

“Tidak memenuhi seseorang akan mendapat tempat yang lebih merbahaya dari perutnya sendiri.”

Dengan demikian seseorang perlu mengurangkan makanan dan jika terlalu gemuk ia boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Nabi SAW juga memberikan nasihat tentang perlunya menjaga kesihatan dengan cara menghindarkan diri daripada makanan jika telah kenyang dengan sabdanya bermaksud:

“Kami adalah golongan yang tidak makan kecuali sedang lapar, dan jika kami makan tidak sampai kenyang,”

Hadis ini telah diperkuatkan pula dengan firman Allah yang tidak membenarkan makan dan minum dengan berlebih-le­bihan, sesuai dengan firman Allah Taala yang maksudnya:

“Makanlah dan minumlah kamu tetapi janganlah berlebih­-lebihan, sesungguhnya Allah tidak mencintai mereka yang berlebih-lebihan .”

(At-A’raf: 31)

Maka mereka yang berpuasa diharapkan akan menjadi orang-orang yang sihat dan ada pula berrnacam-rnacam penyakit yang diharapkan pula akan menjadi sembuh akibat berpuasa, misalnya menderita kerana:

• Kencing manis (diabetes).

• Terlalu banyak lemak dalam darah.

• Asma.

• Tekanan darah tinggi.

• Penyakitjantung.

• Tekanan jiwa.

Kesihatan Menurut Ajaran Islam.

Islam sebagai agama yang ajarannya paling lengkap meliputi
ibadat, hukum, akhlak, pengetahuan dan kebudayaannya itu menunjukkan bahawa agama ini benar-benar sebagai ajaran dari Allah yang disampaikan melalui Nabi SAW dan Rasul­Nya tidak ketinggalan masalah kesihatan pengubatan dan kedoktorannya yang diakui kebenaran oleh para ahli perubatan yang bersikap jujur.

Islam telah mengajar masalah kesihatan berdasarkan Quran dan sunnah dan hukurn fekah Islam secara Lidak langsung ban­yak memberikan penjelasan ten tang perlunya mengikutinya ajaran hidup sihat bagi rohani dan jasmani melalui peribadatan, perintah dan larangan-larangan dari Allah yang wajib dipatuhi oleh segenap umat Islam.

Ajaran hidup sihat dalam Islam telah ditandai pula dengan hasil yang menggembirakan bagi pembangunan beberapa hospital Islam di masa lampau sebagai tempat perubatan dan tempat pelaksanaan bagi pesakit yang harus dirawat. Hospital dalam Islam telah dilengkapi pula dengan taman bacaan dan pemandian umum.

Sedangkan Khalifah Walid bin Abdul Malik tahun 707 Masihi telah membangunkan sebuah hospital lepra. Adapun hospital jiwa yang pemah didirikan di Aleppo telah dilengkapi dengan peralatan hospital yang memenuhi syarat dan teratur.