Memilih Makanan Yang Baik.

Makan Disunatkan Dengan Tangan Kanan.

Rasulullah SAW telah bersabda dengan seorang anak supaya makan dengan tangan kanan, perintah itu hukumnya sunat pula
untuk mereka yang telah dewasa bagi kaum muslimin, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hai anak. makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dengan apa-apa yang ada di dekatmu. “(HR: Dati Umar bin Abi Salah)

Makan hendakJah dengan tangan kanan, begitu juga dengan minum hendaklah dengan tangan kanan juga. Berilah makanan
dan minuman pada orang lain dengan tangan kanan juga.

Cara inilah yang disuruh oleh Rasulullah SAW bagi mereka yang beradab dan mengenal sopan santun. Kita patut bersyukur
kerana telah diajar oleh Rasulullah SAW untuk makan dengan tangan kanan. Ini dikecualikan bagi yang tidak rnernpunyai
tangan kanan atau jari-jari tangan kanannya putus.

Tangan kiri sebenarnya banyajk digunakan untuk mernbuat pekerjaan kotor, oleh itu tidak digalakkan untuk rnakan dengan
menggunakan tangan kiri. Ini sesuai sekali dengan pandangan nabi agar kita makan dengan menggunakan tangan kanan. Maka dengan tangan kanan memang sesuai untuk menjaga kesihatan kita.

Hindarkan Makan Dengan Berlebihan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang yang beriman akan makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir akan makan dengan tujuh perut. ” (HR: Bukhari)

Oleh itu jika anda beriman anda tidak akan makan dengan cara yang berlebihan sangat, kerana makan berlebihan itu sering
dilakukan oleh orang-orang kafir sahaja. Yang dimaksudkan oleh nabi makan dengan tujuh perut itu adalah makan dengan
berlebihan. Makan berlebihan itu akan merosakkan kesihatan.

Menurut pakar kesihatan, bahawa makan berlebihan boleh merosakkan kesihatan tubuh, dengan makan berlebihan kerja
jantung menjadi tidak normal, ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit urat saraf dan sakit perut.

Kerana itu dalam Islam telah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan dan ditambah dengan puasa sunat yang lain. Umpamanya berpuasa pada setiap Isnin dan Kharnis.

Khasiat Makanan Dan Buah-Buahan Untuk Kesihatan.

Setiap makanan dan buah-buahan itu mempunyai khasiat yang tertentu untuk memelihara kesihatan tubuh seseorang itu
Oleh itu digalakkan kita untuk menjaga kesihatan dengan memilih makanan yang sesuai untuk tubuh badan kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa makan sarapan tujuh hari dengan buah kurma Madinah, maka ia tidak ditimpa pada hari itu oleh racun mahupun sihir”

(HR: Bukhari)

Hadis ini menunjukkan tentang pentingnya makan buah kurma yang diakui oleh ahli kesihatan, bahawa buah kurma mengandungi vitamin C serta unsur-unsur lain yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Dengan dernikian buah kurma mampu
memelihara tubuh dari penyakit yang diumpamakan oleh Nabi sebagai racun dan sihir.

1. Khasiat Bawang Putih – Di dalam hadis telah disebutkan, maksudnya: “Sesungguhnya makanan yang terakhir di makan oleh Nabi adalah bawang.” (HR: Abu Daud). Bawang pada umurnnya rnerniliki beberapa manfaat untuk kesihatan badan:

• Dalam sebuah laporan kesihatan menerangkan bahawa bawang putih berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit kanser perut. Selain dari itu bawang putih juga boleh mencegah batuk.

• Bawang putih juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, mencegah bisul, mengurangkan sesak nafas bagi mereka yang mengidap penyakit asma. Selain dari itu bawang putih boleh digunakan untuk mengubati penyakit cacing dan juga radang telinga.

• Bawang yang mengandungi vitamin B Kompleks bermanfaat untuk melancarkan air kencing boleh menambah nafsu syahwat dan menurunkan tekanan darah tinggi.

• Bawang putih juga bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit Tibi, influenza, bronchitis, suara serak, serta menghilangkan rasa ngeri bagi wanita yang datang haid.

• Bawang putih yang ditumbuk halus dan ditempelkan pada bekas gigitan kalajengking dan ular atau anjing boleh menolong menghilangkan rasa sakit semen tara anda mendapatkan rawatan yang lebih efektif dari doktor.

2. Khasiat Cuka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik sambal ialah cuka. ” (HR: Muslim)

• Boleh digunakan sebagai bahan campuran jamu.

• Cuka bermanfaat menyembuhkan luka bahagian luar ataupun dalam.

• Cuka yang dicampurkan dengan gula akan bermanfaat untuk mengubat demam.

• Cuka bermanfaat untuk perut yang bengkak, penyakit kuning, menolak ubat-ubat yang merbahaya, bermanfaat untuk kesihatan limpa, mengurangkan rasa haus, membantu pencemaan, menghilangkan lendir di tenggorok.

• Jika berkumur-kumur dengan cuka yang dicampur dengan air hangat akan menguatkan gusi dan boleh menyembuhkan sakit gigi.

3. Khasiat Jintan Hitam – Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu dengan menggunakan jintan hitam ini, maka sesungguhnya di dalamnya terdapat bahan penyembun (ubat) untuk semua penyakit, kecuali kematian. ”

Hadis itu menerangkan keutamaan menggunakan jintan hitam untuk menyembuhkan beberapa penyakit, segaJanya ter­serah pada Allah SWT jika Dia ingin memberi kesembuhan dengan menggunakanjintan hitam. Danjelaslah bahawa Nabi SAW memberi pujian tentang khasiat jintan hitarn untuk beberapa macam penyakit.

• Jintan hitam juga bermanfaat untuk melancarkan air susu ibu.

• Jintan hitam dapatjuga menyembuhkan sakit gigi (campur cuka).

• Boleh juga mengubat kencing manis, dengan mencampurkan jintan hitam dalam masakan anda, begitu juga dengan kencing yang tidak lawas dan juga haid yang kurang lancar.

• Jintan hitam tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan, cukup dengan beberapa butir sahaja dicampurkan daJam masakan boleh menimbulkan khasiat yang dikehendaki.

4. Khasiat daging – Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami (Allah) memberi tambahan pada mereka dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka inginkan di daLam syurga.” (Ath- Thur: 22)

Daging Lelah diakui oleh pakar kesihatan amat berguna untuk kesihatan tubuh dan pembesaran yang baik bagi kanak-kanak, ia juga boleh membantu manusia untuk sentiasa sihat dan segar dalam hidup mereka.

Daging kambing, daging lembu, daging kerbau dan daging ayam memang banyak khasiatnya.

• Daging kambing adalah sebagai pembentuk darah rmemperkuatkan daya ingatan dan otak dan membina kekuatan tubuh manusia.

• Daging kerb au yang dikatakan boleh menyembuhkan beberapa penyakit. Ia boleh dimakan dengan dicampurkan rempah seperti bawang putih, lada hitam, halia dan lain­-lain.

• Daging ayam, sangat bermanfaat bagi penderita penyakit perut, paru-paru, kerana mudah dicema dan menambah kekuatan.

• Daging amab boleh melancarkan kencing, menyihalkan perul dan menghilangkan penyakit gementar

• Daging babi adalah sebagai daging yang haram dimakan oleh kaum Muslimin. lni telah diperkualkan dalam surah Al-Baqarah ayat 173, tentang haramnya memakan daging babi (khinzir). Dalam penyelidikan disebutkaan, bahawa daging babi boleh menyebabkan kolik dan sering buang air
besar, kurang darah, ural-ural membengkak mengandungi cacing pita dan boleh menimbulkan beberapa macam penyakit yang lain.

• Daging anjing telah diakui daging yang kurang enak dimakan, hukum memakannya haram. Sabda Rasululah SAW yang berrnaksud: “Semua binatang buas yang bertaring hukumnya haram” (HR: Muslim}

Menurut Ali bin Abi Talib ra. bahawa daging yang halal dimakan, boleh mencerahkan wama kulit, mengecilkan perut, memberikan kebaikan pada perangai seseorang. Juga dikatakan barangsiapa meninggalkan memakan daging selama 40 hari, mereka akan buruk perangainya.

Dalam hal ini Islam menyuruh umatnya memakan daging binatang temakan kecuali yang diharamkan, dan cara makan daging binatang halal ini tidaklah boleh berlebihan sangat.

Dari laporan kesihatan mengatakan, bahawa bangsa yang makan banyak zat putih telur (protin) yang terdapat pada daging akan lebih tahan dari gangguan penyakit dan akan lebih panjang umur. Di samping itu mental mereka yang suka makan daging lebih sihat, daripada mereka yang tidak mahu makan daging.

Kekurangan protin dalam makanan boleh menyebabkan kurang nafsu makan, badan lemah dan sukar tidur, kurang darah, pucat, pertumbuhan yang lambat bagi anak-anak.

Tiap menu dalam hidangan setiap hari mesti dilengkapi dengan:

1. Nasi.

2. Sayur-sayuran.

3. Daging (ikan, telur).

4. Buah-buahan.

5. Susu.

5. Khasiat buah delima.

Allah Taala telah memberikan isyarat dalam Al-Quran tentang perlunya kaum muslimin makan buah-buahan, termasuk di antaranya buah delima yang dimakan oleh mereka yang berada di dalam syurga.

Kerana tiap-tiap buah-buahan mengandungi khasiat untuk kesihatan tubuh seseorang. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C akan boleh menghindarkan penyakit bagi mereka yang mengamalkan makan buah-buahan,

Buah delima berguna untuk kesihatan perut, menyembuhkan sakit kerongkonng, dada, paru-paru, Buah delima juga boleh merawat sakit muntah-muntah dan juga menyembuhkan cirit­-birit.

Selain dari itu buah delima bermanfaat untuk mereka yang mengidap sakit kuning dan saki! jantung. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Pada kedua syurga terdapat buah-buahan kurma dan delima. ” (Ar-Rahman: 68)

6. Lagi khasiat madu – Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah. memberikan ilham, pada lebah: Buatlah sarang di gunung-ganang, dan pada pohon-pohon kayu dan pada tempat-tempat yang boleh dijadikan atap. Kemudian makanlah buah-buahan yang bermacam­-macam, dan laksanakanlah jalan Tuhanmu dengan cara yang mudah. Akan keluarlah dari perut lebah berupa minuman (madu) dengan warnanya yang bermacam­-macam untuk kesembuhan penyakit manusia. Sesungguhnya yang demikian adalah sebagai tanda pemikiran bagi mereka yang akan berfikir” (An-Nahl)

Khasiat madu menurut beberapa penelitian adalah seperti berikut:

• Madu mengandungi vitamin untuk kesihatan dan kekuatan tubuh manusia.

• Madu boleh dimanfaatkan untuk rematik dan merangsang kerja saraf otak.

• Madu berguna untuk segal a macam penyakit yang dise­babkan oleh keracunan.

• Madu boleh digunakan untuk penyakit kulit dan gusi.

• Madu boleh digunakan untuk segal a mac am penyembuhan
luka.

• Madu telah digunakan oleh doktor moden untuk penyakit barah perut, pendarahan dalam usus, malaria demam campak dan keracunan.

• Madu adalah bertindak sebagai antibodi untuk melawan segala macam penyakit.

• Madu boleh digunakan untuk mereka yang tidak boleh tidur (insomnia),juga untuk mereka yang sakit kepala dan pening­ perung.

• Madu digunakan untuk penyembuhan mereka yang ketagihan rninuman keras.

• Madu mengandungi vitamin B dan C berguna untuk kesi­hatan tubuh dan memperkuatkan daya ingatan.

• Madu berguna untuk para penderita kencing manis, dan di dalam beberapa ujian menunjukkan beberapa hasil yang baik. Pembenan madu kepada penderita penyakit kencing manis Lelah dapat menurunkan unsur gula di dalam darah dengan hasil yang seimbang. Madu yang manis seperti gula lebih diterima oleh tubuh dengan tidak menunjukkan ia meningkat dalam darah. Dalam pengambilan madu untuk pesakit kencing manis, harus di bawah pengawasan doktor.

• Tentang pengambilan madu untuk pesakit kencing manis seorang doktor menulis: “Memandangkan ada sejumlah besar gula buah-buahan yang terdapat pada madu lebah, maka hal ini tidak akan menambah jumlah gula dalam darah penderita sakit kencing manis. Tidak merbahaya memberikan madu kepada pesakit kencing manis asalkan tidak berlebihan.”

7. Khasiat halia – Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dalam syurga itu mereka diberi minuman segelas yang campurannya adalah halia. ” (Al-Insan: 17)

• Halia bermanfaat untuk kembung perut, melancarkan pencernaan, menambah selera makan dan berguna untuk mengubati penyakit sesak dada.

• Halia juga berguna untuk penyakit hati. Air halia yang manis dapat menghilangkan riak seseorang.

8. Khasiat telur – Dalam hadis telah disebutkan maksudnya: “Sesungguhnya seorang Nabi mengadu kepada Allah SWT tentang kelemahan dirinya, lalu Allah SWT memerintahkan padanya untuk makan telur” (HR: Baihaqi). Hadis ini menunjukkan pada kaum Muslirnin agar makan telur (bagi mereka yang tidak menimbulkan kesan sampingan seperti gatal-gatal dan sebagainya).

Dalam ilmu perubatan moden telur adalah penting untuk kesihatan tubuh badan. Umpamanya mereka yang berwajah pucat kerana kurang darah. Mereka yang menderita kanser hati, atau tidak cergas, mengalarni penyakit buta senja (rabun ayam) telur baik dimakan sebiji sehari.

Telur adalah sebagai penambah darah menghilangkan beberapa macam penyakit, misalnya batuk, paru-paru, penyakit kerongkong, ginjal dan saluran kencing. Telur yang paling baik adalah telur ayam karnpung.

9. Khasiat susu – Firman Allah SWT yang berrnaksud: “Perumpamaan syurga yang dijadikan mereka yang takwa (taat kepada Allah) itu di dalamnya terdapat sungai-sungai yang tidak berubah rasa dan baunya, dan sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya” (Muhammad: 15)

Dalam ayat tersebut memberi pengertian bahawa syurga akan diberi pada mereka yang takwa, di dalarnnya ada sungai yang tidak berubah rasanya, sungai susu, sungai arak, sungai madu dan segaJa macarn buah-buahan.

Maka jika Allah telah menyediakan adanya sungai-sungai di syurga, jelaslah ten tang manfaatnya susu untuk kesihatan tubuh badan seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang berrnaksud: “Bagimu susu. sapi, maka sesungguhnya di dalamnya
terdapat berkat (kebaikan).”

Berubat Sambil Berdoa Dan Berzikir.

Dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah ra. dari Abdullah bin Ma’ud menyatakan bahawa ketika Rasulullah SAW sedang bersolat maka tiba-tiba ketika baginda sedang sujud lalu menyengat seekor kalajengking pada jarinya dan ketika Nabi SAW selesai solat lalu bersabda yang maksudnya: “Allah mengutuk kalajengking, yang binatang itu tidak membiarkannya (buat menyengat) baik terhadap Nabi mahupun selainnya.” (HR: Tarmizi)

Nabi SAW lalu menyatakan untuk mengambil air yang dicampur garam, lalu diletakkan pada bekas sengatan kala­jengking tadi. Baginda juga “membaca surah Al-Ikhlas dan surah Mu’ awwinain (Al-Falak dan An-Nas) hingga akhirnya sengatan itu hilang .”