Cara Pengubatan Dalam Islam.

Sakit itu adalah pahala percuma, anugerah Tuhan tanpa kita berbuat apa-apa amal ibadah. Itu lebih selamat daripada kita berbuat pahala-pahala yang lain. Apabila kita sembahyang, pua­sa, berjuang atau berjihad kerana Allah SWT, kadang-kadang boleh menimbulkan perasaan riak, megah, ujub dan sebagainya. Tetapi bila sakit mana kita boleh bermegah, riak dan lain-lain
sifat mazmumah. Adakah pemah seorang itu berkata: “Aku rasa bangga dapat sakit ini,” tidak ada orang rasa riang bila mendapat sakit.

Peranan Doktor Dalam Islam.

Setiap doktor Islam mestilah seorang yang warak. waras dan bertaqwa. Sebelum mengubat pesakit dia perlu memastikan latar belakang pesakit itu terlebih dahulu.

Doktor hendaklah memeriksa dan meneliti apakah penyakit sebenar seorang itu, hendaklah dia mengubati dengan ikhlas dan sungguh-sungguh agar pesakitnya sembuh segera dan sentiasa memberi semangat bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya.

Sebab Seseorang Ditimpa Sakit.

Adapun seseorang itu ditimpa sakit ada beberapa sebab:

1. Kerana kasih sayang Allah SWT.

2. Kerana kemurkaan Allah SWT.

3. Kerana mahu menginsafkan seseorang.

Sebab Sakit Sukar Sembuh.

Sesetengah penyakit zahir itu luahan daripada penyakit batin. Penyakit zahir itu tidak akan sembuh selagi penyakit batin itu tidak diubati dahulu, sebab seorang doktor Islam itu hendaklah mengetahui mengapa dan kenapa seseorang itu ditimpa sakit. Ada beberapa sebab atau punca mengapa sesuatu penyakit itu sukar diubati:

1. Sakit Derhaka

Seseorang yang sakit kerana derhaka kepada ibu bapa, sakit ini sukar untuk disembuhkan kecuali orang yang sakit itu meminta ampun dari Allah SWT serta meminta maaf dari ibu bapanya, mereka itu sungguh-sungguh bertaubat.

2. Sakit Kerana Menghina AI-Quran

Sakit kerana menghina Al-Quran seperti menyepak dan memijak Al-Quran, sakit kerana kutukan Allah SWT, kerana memaki Tuhan dan sebagainya, ini juga sukar untuk sembuh.

Jika anda derhaka kepada orang tua atau sebagainya, jika mereka masih hidup bolehlah anda minta ampun dan maaf kepadanya, tetapi jika mereka telah meninggal dunia, si pesakit perlulah insaf selalu menghadiahkan surah Al-Fatihah, surah Al-lkhlas dan lain-lain amal bakti.

3. Akibat Zalim Kepada Makhluk Allah SWT

Pernah seorang lelaki sudah berbelas tahun sakit, sudah ramai doktor pakar yang merawatnya, kemudian dia dirawat oleh seorang doktor Cina Islam. Doktor itu bertanya: “Adakah kamu pelihara apa-apa binatang ?”

Dia mengaku ada memelihara burung dalam sangkar kecil dan ikan dalam balang kecil mereka tidak bebas. Kamu azab makhluk Tuhan, cuba kamu lepaskan binatang itu, lnsya Al­lah, penyakit kamu akan cepat sembuh.

Setelah pesakit itu membebaskan binatang peliharaannya, dia pun sembuh. Orang yang zalim di dunia lagi akan dibalas dengan kezalimannya.