Cara Mencegah Sesuatu Penyakit.

Setiap insan yang ditimpa penyakit kadang-kadang tertanya­-tanya mengapa dia mendapat sakit? Yang kadang-kadang penyakit itu sukar diubati. Dalam hal ini penyakit rohani dan jasmani yang menular dalam masyarakat manusia hanya boleh dilakukan dengan menangani masalah dan punca penyakit tersebut iaitu dengan menutup pintu-pintu kerosakan yang menjadi agen merebaknya berbagai jenis penyakit.

Apa yang boleh membawa kerosakan perlu dicegah awal­-awal lagi. Umpamanya zina merupakan satu dosa besar. Oleh itu Islam telah menutup segala pintu yang boleh membawa kepada perzinaan dengan mewajibkan umatnya menutup aurat, mengharamkan pergaulan bebas dan lain-lain.

Begitu juga dengan bidang perubatan penyakit zahir, kita disuruh menutup pintu-pintu yang membawa penyakit itu kerana: “Pencegahan lebih baik daripada pengubatan.”

Untuk memelihara daripada penyakit haii daripada cen­derung untuk berbuat maksiat, kita disuruh bersahabat dan berdampingan dengan orang-orang yang soleh dan rnenjauhi mereka yang fasik, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perumpamaan rakan yang baik dan yang keji ialah seperti membawa minyak kasturi dan si tukang besi. Pembawa kasturi sama ada akan memberikan minyak kasturinya kepadamu ataupun dapat kamu membeli itu daripadanya ataupun dapat kamu menghidu keharumannya. Adapun si tukang besi, sama ada ia membakar bajumu ataupun kamu mendapat bau busuk daripadanya. ” (HR: Bukhari dan Muslim)

Untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit zahir, kita disuruh menjauhi kawasan-kawasan yang terdapat wabak itu atau penyakit berjangkit. Pemah suatu ketika Saidina Umar AI-Khataab telah membatalkan rancangannya untuk memasuki Syam kerana mendapat berita negara itu sedang diserang wabak taun.

Oleh itu Islam menggalakkan umatnya menjaga kebersihan diri dalam kehidupan untuk kesejahteraan manusia itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersuci itu adalah setengah daripada iman. ” Anas bin Malik meriwayatkan: “Rasulullan andaikata memasuki tandas, maka aku dan seorang budak suruhan yang lain akan membawa satu kulit yang berisi air dan sebatang tongkat yang tajam dan baginda bersuci dengan air.” (HR: Bukhari dati Muslim)

Pakar-pakar perubatan moden telah mendapati banyak penyakit lahir yang boleh dicegah dengan menjaga kebersihan diri, umpamanya kebanyakan wanita-wanita yang terkena penyakit barah rahim mungkin boleh dicegah jika suaminya berkhatan.

Selain daripada itu menjaga kebersihan kuku akan menolong supaya tidak merebaknya kuman-kuman penyakit. Memotong rambut, misai akan mencegah penyakit kutu di kepala.

Untuk mencegah penyakit gigi, Islam menganjurkan umat­nya bersuci sekurang-kurangnya lima kali sehari. Dari Abu Hu­rairah ra. katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Andaikata tidak akan menjadi keberatan bagi umatku dan sekalian manusia, nescaya mereka itu akan aku perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap akan sembahyang. ”

Dari Abu Hurairah ra. dari nabi SAW bersabda: “Kefitrahan-kemumian sejak kejadian manusia itu ada lima hal, iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur kumis (misai). ”

Dari Aisyah fa. RasuluUah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada sepuluh hal termasuk kefitrahan dan kemurnian sejak kejadian manusia iaitu, mencukur kumis, membiarkan tumbuh janggut, bersiwak, menghirup air dalam hidung, memotong kuku, membasuh ruas-ruas jari, mencabut bulu ketiak; mencukur bulu ari-ari dan beristinjak.: (HR: Muslim)

Dari Ibnu Umar ra. dari nabi SAW: “Guntinglah kumis yang memanjang melebihi dua bibir biarkan tumbuh janggut.”

Cara Membuang Najis Yang Betul.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan salah seorang dari kamu kencing dalam air tenang yang tidak mengalir kemudian berwudhuk di dalamnya. ” (HR: Tarmizi)

Pembuangan najis yang betul boleh mencegah penyakit­-penyakit berjangkit seperti taun, demam kuning, demam kepialu dan sebagainya.

Menjaga Makanan Dan Minuman.

Antara perkara yang menyebabkan sakit adalah bersumber daripada makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut kita. la bukan saja mesti bersih bahkan dari sumber yang halal.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Wahai manusia, makanlah apa-apa di atas muka bumi ini yang halal yang baik-baik dan jangan kamu mengikut langkah-Iangkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata. ” (Al-Baqarah)

Selain daripada untuk mendapatkan makanan dari sumber­-sumber yang halal penyediaan makanan harus juga diperhatikan untuk memastikan makanan itu tetap halal dan bersih:

1. Penyembelihan binatang yang dimakan seperti ayam, lembu dan lain-lagi hendaklah sembelih secara Islam dan bersih.

2. Jika sudah disembelih secara Islam hendaklah dibasuh dengan cara mengalirkan air pada sembelihan tersebut.

3. Cara memasaknya hendaklah sesuai dengan cara yang betul, agar makanan itu dimasak dengan semprna dan tidak mentah.

4. Jika menyediakan makanan dari sayuran, sayuran itu hendaklah dibersihkan juga dengan mengalirkan air ke atasnya.

5. Sayuran yang sudah dicuci dengan bersih hendaklah dima­sak dengan sempurna agar tidak tercemar oleh bakteria dan kuman-kuman yang lain.

Jika makanan dimasak dan disediakan dengan betul ia akan memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan bagi mereka yang memakannya. Cara ini boleh mengelakkan daripada penyakit.

Makan Dengan Cara Yang Betul.

Berikut adalah saranan-saranan Rasulullah SAW tentang adab-adab menjaga makanan dan minuman. Di dalamnya ba­nyak terkandung rahsia dan nikmat untuk menjaga kesihatan dan juga dapat berkat daripada makan dan minum.

1. Bismillah.

Membaca Bismillah sebelum makan dan diakhiri dengan mengucap “Alhamdulillah” Amru bin Abi Salamah ra. berkata Rasulullah SAW mengajar kepada saya: “Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan dari yang dekat-dekat kepadamu. ” (HR: Bukhari dan Muslim) (HR: Abu Daud dan AII.Nasa;)

Makan yang tidak disertai bersama Bismillah akan makan bersama syaitan. Umaiyah bin Masyir ra. berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk ada seorang insan makan dengan tidak menyebut nama Allah SWT, hingga tinggal makanan kecuali sesuap. Tiba­-tiba ketika yang tinggal itu akan diletakkan di mulutnya ia membaca Awwalahu Wa Akhirahu. Mendadak Nabi tertawa dan bersabda: “Syaitan selalu makan bersama ia, kemudian ketika ia menyebut nama Allah SWT, tiba-tiba syaitan itu memun­tahkan isi perutnya”

2. Tidak Makan Dengan Berlebihan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam lebih keji daripada perut. Cukup bagi anak Adam dengan beberapa suap untuk membetulkan tulang belakangnya. Dan seki­ranya ia terpaksa melakukan juga, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk nafasnya .” (HR: Tarmizi}

3. Makanan Yang Berzat Dan Berkhasiat.

Selain dari menentukan halal dan haramnya makanan yang dimakan, setiap muslim juga harus menentukan makanan yang berkhasiat untuk dimakan, tentukan anda mendapat makanan yang seimbang setiap hari agar kesihatan anda terjamin.

Ibnu Qaiyium menyatakan bahawa Rasulullah SAW makan makanan yang kebiasaannya dimakan oleh orang-orang setem­pat, berbentuk daging, buah-buahan, susu, roti, tamar dan lain­-lain.

Daging adalah makanan berkhasiat kerana itu Islam meng­galakkan umatnya memakannya, jika mengambilnya berle­bihan atau kekurangannya akan membawa mudharat. Disu­natkan makan daging sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dan makruh hukumnya jika mampu tetapi tidak makan daging selama 40 hari. Begitulalah indahnya Islam ia bukan saja men­dorong tuntutan naluri dan fizikal bahkan mengatur masa.

4. Duduk Dengan Betul Ketika Makan.

Jika duduk dengan betul ketika makan ini akan membantu proses penghadaman. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah. SAW melarang seseorang makan sedangkan ia berbaring.” (HR: lbnu Majah Abu Daud An-Nasai)

Sabda Rasulullah SAW yang lain: “Sesungguhnya Rasulullah SAW duduk untuk makan dalam keadaan tawaruk (bersimpuh) iaitu diletakkan tapak kaki kirinya di alas belakang kaki kanan”

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya aku duduk seperti duduk seorang hamba dan aku makan seperti makannya seorang hamba” (HR: Ibnu Habban, Asakir dan Ibnu Saad)

Abu Huzaifah ra. berkata sabda Rasulullah SAW. “Aku tidak suka makan dengan bersandar.”

5. Minuman.

Minum minuman yang berkhasiat Ibnu Qaiyim berpendapat bahawa dalam satu minuman yang terhirnpun padanya ke­manisan asli dan kesejukan air, adalah di antara minuman yang paling bermanfaat untuk badan.

6. Makanan.

Jangan makan makanan yang boleh membawa kemuda­ratan, dengan mencampurkan makanan yang boleh membawa kemudaratan seseorang itu mungkin mendapat sakit atau sebagainya.

Di antara disiplin yang disarankan oleh Rasulullah SAW iaitu baginda tidak pernah sekali mencampurkan di antara susu dan ikan, di antara susu dan makanan yang mempunyai bahan­-bahan asid, di antara dua jenis makanan yang mempunyai unsur-unsur panas di antara susu dengan telur,di antara daging dengan susu, di antara makanan yang dipanggang dengan api yang dimasak secara biasa.

7. Dilarang Tidur Selepas Makan.

Dalam sebuah hadis ada meriwayatkan: “Rasulullan SAW melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati. ” (HR: Abu Nuaim)

8. Jangan Habiskan Minum Dengan Satu Teguk.

Rasululllah SAW bersabda yang maksudnya: “Jangan kamu minum dengan satu teguk seperti cara
meminumnya unta. Akan tetapi minum dengan dua atau tiga teguk dan sebutlah “Bismillah” bila kamu minum dan pujilah “Alhamdulillah’ bila selesai minum. ” (HR: Tarmizi) Anas bin Malik meriwayatkan: “Rasulullah SAW minum dengan tiga nafas. (tiga kali untuk satu gelas). ” (HR: Bukhari dan Muslim)

9. Jangan Minum Daripada Bekas Yang Pecah Dan Bernafas Ke Dalam Bekas Minuman.

Rasulullah SAW bersabda, Abu Said Al Khudri telah berkata: “Rasulullah SAW telah melarang daripada meminum daripada bekas yang pecah-pecah (melarang daripada bernafas di dalam bekas minuman)” (HR: Abu Daud)

10. Memotong Dan Mengoyak-Ngoyak Makanan Yang Keras Untuk Memudahkan Mengunyah.

Makanan yang keras seperti daging perlu dikunyah sedikit demi sedikit. lni sernata-mata untuk memudahkan penghada­man makanan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Gigitlah daging sedikit demi sedikit dengan gigi kamu, cara ini lebih mengenakkan dan lebih menghadamkan. ” (HR: Tarmizi dan Hasan)

11. Menjilat Jari Selepas Makan. 

Kaab bin Malik meriwayatlcan bahawa: “Rasulullah SAW memakan sesuatu dengan menggunakan tiga jari dan baginda menjilat jari-jarinya sebelum mengesat tangannya. ” (HR Muslim)

12. Membasuh Tangan Sebelum Dan Selepas Makan.

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: “Keberkatan makan berwudhuk sebelumnya dan ber­wudhuk selepasnya. ” (HR: Tarmizi dan Abu Daud)

Berwudhuk sebelum makan dan selepasnya bermaksud dengan membersihkan tangan. Tangan yang dibasuh sebelum dan selepas makan akan mendatangkan keberkatan di samping menjaga kebersihan makanan daripada memasuki perut. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Berwudhuk sebeLum makan menghindarkan kepapaan, dan berwudhuk selepas makan menghilangkan syaitan dan membaiki penglihatan” Lagi sabda Rasulullah SAW: “Berwudhuk sebelum dan selepas makan menjauhkan kepapaan dan ia adalah sunnah para Rasul. ” (HR: At-Thabrani)

13. Mula Dan Selesai Makan Dengan Garam.

SaidinaAli ra. ada menegaskan amalan memulai dan meng­akhiri makan dengan garam boleh mengelakkan dan meng­hilangkan 70 jenis penyakit.

14. Menutup Makanan Dan Minuman.

Makanan dan minuman apabila ditinggalkan hendaklah ditutup, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kuncilah pintu rumah kamu dan ikatlah (yakni tutup) tempat menyimpan air dan balikkan bekas-bekas air atau tutup (dengan sesuatu) dan padamkan pelita sebelum tidur di waktu malam. ” (HR: Tarmizi)

15. Makanlah Makanan Yang Bersih Suci Dan Halal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hati ditimpa dengan apa yang dimakan. ” Hati adalah seketul darah yang mengandungi sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu datangnya daripada makanan. Jika makanan kita bersih (halal mengikut syariat Islam) maka sel dan zat itu juga turut bersih. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan berta­wakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya” (AI·Maidah: 88)

Perintah makan makanan yang halal adalah wajib. Tetapi kalau kita makan makanan yang haram atau syubhat tanpa kita ketahui ianya haram maka tidak berdosa, tetapi hati kita tetap akan kotor.

Abdullah bin Umar ra. menegaskan: “Rasulullan SAW melarang daripada memakan daging binatang yang memakan kotoran-kotoran dan najis-najis dan melarang meminum susu binatang itu. ” (HR: Tarmizi)

16. Membanyakkan Makan-Makanan Asli Dan Kurangkan Memakan Makanan Yang Dicampur Dengan Bahan Perasa, Bahan Awet Dan Pewarna.

Abdullah bin Jabar ra. berkata: “Saya melihat Rasulullah SAW memakan tamar basah bersama dengan sayur-sayuran,” (HR: Bukhari dan Muslim). Saidina Aisyah ra. meriwayatkan: “Rasulullah SAW pemah makan buah tembikai dengan tamar basah.” Aisyah ra. juga meriwayatkan: “Nabi SAW amat menyukai makanan yang manis dan madu” (HR: Tarmizi)

17. Makanan Yang Disimpan Lama Dan Diperhangatkan.

Elakkan daripada memakan makanan yang telah disimpan lama dan dihangatkan, eloklah makanan yang segar dan baru dimasak. Rasulullah SAW tidak pernah makan lauk yang dihangatkan dan ini dapat difahamkan dari hadis yang menceritakan bahawa baginda tidak boleh tidur sehinggalah makanan yang ada di dalam rumahnya disedekahkan pada fakir miskin pada malam itu juga.

18. Makanan Atau Minuman Yang Terlalu Panas Dan Sejuk.

Diriwayatkan di dalam hadis: “Rasulullali SAW melarang makan makanan panas kecuali pada kadar yang boleh dimakan (suam).” (HR: AI Thabrani). Ibnu Abbas meriwayatkan: “Rasulullan melarang meniup supaya sejuk makanan dan minuman. ”

19. Makanan Di Atas Alas Meja Dan Mengutip Makanan Yang Terjatuh.

Dari Jabir ra. berkata: Rasulullah SAW menyuruh mem­bersihkan sisa makanan yang di piring mahupun yang di jari, sambil bersabda: “Kamu tidak mengetahui di bahagian yang manakah makanan kamu yang berkat” (HR: Muslim). Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Syaitan berdiri (menyenai) semua urusanmu, hingga diwaktu makanmu. Maka apabila jatuh makanan salah se­orang dari kamu, hendaklah diambil dan dibersihkan koto­rannya kemudian dimakan, dan jangan dibiarkan dimakan oleh syaitan. Dan bila selesai harus membersihkan tangan kerana ia tidak mengetahui di bahagian manakah dari makanan itu ada berkat.” (HR: Muslim)

20. Dilarang Menghisap Rokok.

Merokok dilarang kerana ia jelas membawa kepada kemud­aratan kepada kesihatan badan. Seperti yang telah diumumkan bahawa merokok boleh menimbulkan berbagai penyakit, se­perti sakit paru-paru, batuk kering, barah dan lain-lain. Kesannya walaupun tidak secara tiba-tiba tetapi ia tetap membawa kebinasaan.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan … ” (Al-Baqarah: 195)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak gu­nung dan membunuh diri maka dia akan menjatuhkan diri­nya ke dalam neraka untuk selama-lamanya, Dan barang­ siapa meminum dan membunuh diri, makan racun itu akan berada di dalam tangannya untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa membunuh diri dengan alat tajam, maka alat itu akan berada di tangannya dan dia akan menikam dirinya di neraka Jahannam untuk selama-lamanya” (HR: Bukhari dan Muslim)

21. Makan Dan Minum Yang Memabukkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai mereka yang beriman sesungguhnya arak,judi, undi nasib adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana ini jauhilah, agar kamu beruntung. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu sebab arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengingati kepada Allah SWT dan sembahyang, apakah kamu tidak berhenti?’ (AI·Maidah: 90-91)

22. Makan Apabila Kamu Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami adalah umat yang tidak makan kecuali apabila lapar dan apabila makan tidak sampai kenyang (berhenti sebelum kenyang)…”.

23. Makan Secara Berjamaah.

Jabir ra. berkata, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Makanan seorang mencukupi dua orang, dan makan dua orang mencukupi buat empat orang dan makan empat orang, mencukupi untuk lapan orang .” (HR: Muslim). Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Makanlah beramai-ramai (berjamaah. nescaya diberkatkan untuk kamu padanya) .” (HR: Muslim)