Bersuci & Sembahyang Orang Sakit.

Cara Bersuci.

Sekiranya seorang yang sakit hingga tidak boleh bersuci atau mengambil wuduk kerana terlalu lemah badannya. Ia boleh meminta pertolongan orang lain membantunya. Bagi penyakit yang mana ada anggota wuduk tidak boleh terkena air, bolehlah ia bertayammun. Hendaklah ia mengambil wuduk dengan meninggalkan anggota wuduk yang tidak boleh terkena air, kemudian ia bertayammum sebagai ganti, iaitu dengan menggunakan debu tanah yang suci.

Cara Solat.

Sesungguhnya dalam keadaan uzur, selagi akal berfungsi ibadah sembahyang tetap wajib dikerjakan. Jika tidak mampu dilakukan dengan berdiri, lakukanlah dengan cara duduk, jika tidak marnpu juga, maka lakukanlah sembahyang dengan cara berbaring dan jika tidak boleh juga dibolehkan dengan sembahyang menggunakan isyarat mata.

Solat Duduk.

Cara duduk yang sebaiknya ialah duduk tasyahhud awal, tetapi kalaulah pesakit tidak marnpu melakukannya, bolehlah ia duduk berlunjur mengikut kemampuannya.

I. Hendaklah ia duduk mengadap kiblat. Kalau berlunjur, tapak kaki mengadap arah kiblat.

2. Apabila hendak duduk, bolehlah disyaratkan dengan menun­dukkan badannya sedikit dengan niat rukuk dan sampaikan kedua tangan sekadar yang boleh ke atas kepala lutut.

3. Lakukan sujud seperti biasa jika mampu. Jika tidak boleh sujud, kerana sakit belakang atau sebab duduk berlunjur, maka bongkokkan badan lebih sedikit daripada rukuk tadi dengan niat melakukan sujud.

4. Untuk duduk di antara dua sujud atau tahiyyat, tegakkan badan kembali dengan kedua tangan di hujung paha.

5. Buatlah menurut tertib sehingga selesai rnemberi salam.

Solat Berbaring.

Seorang yang sembahyang berbaring pili han pertama hendaklah ia mengiringkan badannya di atas lambung yang kanan dengan badan menghadap kiblat. Sekiranya tidak mampu bolehlah ia berbaring terlentang. Oi sini dada hendaklah diting­gikan sedikit supaya mengadap kiblat (dengan ditinggikan bantal di bawah kepala dan bahu pesakit).

1. Apabila hendak rukuk bolehlah diisyaratkan dengan menundukkan kepala atau menutup kelopak mata setelah kepala tidak boleh digerakkan lagi.

2. Apabila hendak iktidal, angkat semula kepala atau buka kembali kelopak mata dengan niat melakukan sujud.

3. Begitu juga dengan sujud, sama ada ditundukkan kembali kepala atau tutup kelopak mata dengan niat melakukan sujud.

4. Untuk duduk antara dua sujud, angkat kembali kepala atau buka kelopak mata dengan niat melakukannya.

5. Begitulah seterusnya hingga selesai memberi salam.

Perhatian: Bacaan dan niat dalam sembahyang sama dengan sembahyang biasa.