Adab-Adab Menziarahi Pesakit.

Menziarahi Pesakit.

APABILA anda mendengar ada jiran atau sahabat-sahabat yang sedang sakit, adalah digalakkan kita pergi menziarahinya sebagai mana sabda Rasulullah SAW yang bennaksud: “Hak muslim alas muslim yang lain enam perkara di antaranya: Kalau ia saki! hendaklah diziarahi, kalau ia wafat hendaklah diiringi jenazahnya.” (HR: Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang mak­sudnya: Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka berserulah
malaikat di langit: “Engkau telah. berbuat baik, jadi baik pula perjalananmu. Engkau akan mendiami sebuah rumah di dalam syurga.”

Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Allah swt akan berfirman dihari kiamat: “Hai anak-anak Adam, aku sakit tetapi engkau tidak menziarahi Aku!”

Orang itu berkata: “Wahai Tuhanku betapa aku akan menziarahi Engkau, pada hal Engkau sekalian alam?” Jawab Allah SWT: “Tidakkan
engkau tahu, sekiranya engkau menziarahi dia engkau pasti akan mendapati Aku di sisinya?” (HR: Muslim)

Adab Berziarah.

Dalam hal ini menziarahi orang yang sakit mempunyai adab yang tersendiri.

1. Menziarahi orang yang sakit pada waktu yang sesuai,jangan waktu malam ia tidur atau waktu ia bersama keluarganya.

2. Memberi salam serta merninta izin masuk.

3. Membawa buah tangan seperti buah-buahan, biskut dan sebagainya.

4. Setelah duduk di sisinya rasalah tangannya, dahinya dan sebagainya. Bertanyakan khabar bagaimana sakitnya dan bagaimana keadaannya.

5. Tunjukkan rasa simpati padanya.

6. Doakan baginya: Ya Allah sembuhkanlah sakit sahabatku ini. ” Atau “Semoga Allah SWT sembuhkan saudara dengansegera “.

7. Jangan menziarahinya terlalu lama kerana ini boleh membosankan pesakit.

8. Kurangkan gelak ketawa kerana ini boleh menimbulkan dendam kepada pesakit.

9. Jangan berkata sesuatu, selain daripada perkataan yang boleh menggembirakan dan menguatkan jiwa pesakit. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kalau kamu mengunjungi orang sakit, gembirakanlah hatinya dengan umur panjang, kerana dengan itu walaupun tidak dapat menolak qada dan ajal, namun ia dapat menyenangkan hatinya. ”

Menziarahi Pesakit Bukan Islam.

Orang Islam dibolehkan menziarahi orang kafir yang sedang sakit jika terdapat hubungan kerabat, persahabatan atau jiran. Lebih-lebih lagi dengan tujuan berdakwah kepadanya. Dari Anas bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bahawa ada seorang pelayan Yahudi melayan Nabi
Muhammad SAW dan ketika pelayan itu sakit Nabi pun pergi menziarahinya serta memberi nasihat kepadanya supaya memeluk Islam, dan orang itu pun memeluk Islam. ”

Begitu juga dengan kisah bapa saudara Rasulullah SAW Abu Talib yang masih jahiliah, tetap diziarahi oleh baginda Rasulullah SAW sewaktu bapa saudaranya itu sedang nazak, Hadis dari Said Ibnu Musayyib dari ayahnya: “Di saat Abu Talib dalam sakaratulmaut, Rasulullan SAW
datang rnenziarahinya. “